1 -TK

189 7 2
                                    

"Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah selama - lamanya."

Tipu, ya bagi Nurjannah Auliya ungkapan itu ialah satu penipuan semata.

Kehilangan sosok ayah dalam keluarga lapan tahun lepas membuatkan dirinya nekad, tak mahu lagi menerima cinta atau berkahwin.

Membesarnya dia dengan melihat derita seorang isteri ditinggal suami pada usia yang muda membuatkan dirinya membenci perkataan cinta.

"Doktor Jannah!! Patient katil 17 kratikal, tekanan darah dia menurun drastik. "Ucap Ain Safia, seorang jururawat yang bertugas.

Tanpa membalas kenyataan yang diberikan jururawat itu , Jannah terus bergegas ke arah katil 17 seperti yang diberi tahu gadis itu untuk memberikan rawatan.

Setiba nya dia di samping pesakit katil 17 itu, dia tercengang. Melihat pada mesin yang diletakkan pada pesakit itu, menunjukkan nadi pesakit sudah tiada, kosong, graf di mesin sudah mendatar lurus.

"150 joule ! Everyone move ! "Arah Jannah.

Apabila mesin defibrilator sudah dihidupkan, dia meletakkan
paddles atau sticky pads pada dada pesakit untuk mengejutkan jantung supaya dapat mengambalikan degupan jantung yang telah hilang.

Percubaan pertama, gagal.

Jannah melakukan pekara yang sama bagi percubaan kedua, walaupun graf di mesin sudah rata tiada lagi degupan dari organ - organ yang diperlukan, Jannah masih tidak berputus asa untuk menyelamatkan pesakit tersebut.

Percubaan kedua, gagal.

Jannah meletakkan kedua sticky pads tersebut ke atas mesin nya semula, dia terus melakukan CPR secara manual menggunakan kedua tangannya.

Dia meletakkan kedua tapak tangan nya dengan satu tangan digenggam seperti yang dia pelajari, pada bahagian dada pesakit. Jannah melakukan tekanan sebanyak 3 kali sedalam 5 cm pada dada pesakit.

Keputusannya tetap sama, gagal mengembalikan degupan jantung pesakit.

Dengan penuh rasa hibanya , dia terpaksa mengumumkan kematian pesakit itu.

"Encik Muhammad Hilman, masa kematian pukul 5:45 petang masa tempatan Saya minta maaf. "Ucap Jannah tersekat - sekat kerana menahan sebak, mahu menangis tetapi layak kah dia untuk menangis kerana tak dapat menyelamatkan seorang pesakit.

"Anna.. "Panggil Amila sambil menepuk lembut bahu sahabatnya.

"Kau pergi tenang kan diri, aku akan beritahu waris Encik Hilman.. "Ucap gadis itu lagi.

"Thank you, Amila.. " Ringkas balasan dari Jannah. Sebelum dia melangkah kan kaki keluar dari wad tersebut.

Kaki nya melangkah laju ke suatu tempat yang selalu menjadi tempat persembunyian nya apabila dia sedih atau mahu menangis.

Penjuru koridor hospital, jalan yang tidak lagi digunakan orang ramai. Hanya orang - orang tertentu yang tahu tempat itu, contohnya Jannah dan Amila.

Kaki nya semakin rapuh, dirinya melorot jatuh membuatkan dia tersembam ke muka bumi. Jujur, setiap kali dia mengistihar kan kematian pesakit, setiap kali itu lah dia akan menangis sepuas nya.

Merasa dirinya gagal menjadi seorang doktor apabila tidak berjaya menyelamatkan nyawa pesakit - pesakit di hospital.

"Ayah.. Anna gagal lagi yah. Anna gagal selamatkan nyawa orang lagi yah ,kecuaian Anna membuatkan orang lain hilang sosok ayah, sosok suami mereka.. Anna takut ayah Anna takut.. " Ucap Jannah sendirian sambil menangis teresak - esak.

"Hidup dan mati ketentuan Allah, awak dah buat yang terbaik untuk segalanya. "Tegur seseorang sambil menghulur tisu kepada Jannah.

Serta merta Jannah menyeka air matanya yang sudah membasahi seluruh mukanya. Malu, ya malu apabila tangisannya diketahui orang lain.

"Tak salah nak menangis bila kita kecewa atau gagal dengan diri sendiri. Tapi jangan lama - lama sedihnya doktor.. Banyak lagi nyawa yang perlu awak selamatkan dalam wad sana tu. "Ucapnya sambil tangannya masih setia menunggu Jannah mengambil tisu yang diberikannya.

"Terima kasih. " Ucap Jannah ringkas.

"Muka merah ni sebab nangis atau sebab malu saya tengok awak menangis ?"Soal lelaki itu sambil tertawa halus. Suka mengusik orang gaya nya.

"Diam la, ish ! Terima kasih untuk ni. "Balas Jannah sambil melajukan langkah nya untuk pergi dari situ.

"Saya Ivan ! Ingat nama saya tau. "Ucap lelaki itu sebelum tertawa melihat gelagat Jannah yang mirip seperti kanak - kanak malu apabila terjatuh di taman.

"Auliya.. Doktor Auliya."Omel nya sendirian, dia ternampak tag nama di baju scrub milik Jannah sewaktu Jannah berdiri mengambil tisu dari tangannya tadi.

                              ***

"Jannah. "Panggil seseorang.

"Ya saya. Ada apa doktor Leo? "Tanya Jannah ringkas.

Dr. Leo Evan Mikael, 27 tahun seorang senior dalam jabatan Jannah dan Amila iaitu jabatan Cardiology ( Jantung ).

"Awak okay Jannah ? " Tanya nya semula.

"Alhamdulilah, saya dah tenang sikit dari tadi. "Jawab Jannah sambil tersenyum kepada doktor Leo.

"Bagus la kalau macam tu, shif awak sampai pukul berapa hari ni ?" Tanya doktor Leo mesra.

"Sampai pukul 7 malam doktor, kenapa doktor nak suruh saya buat apa - apa ke ? " Balas Jannah ringkas.

"Eh tak ada apa, saya nak suruh awak balik awal. Balik la awal sikit tenang kan diri awak dekat rumah. " Ucap nya mesra.

Dr. Leo amat mengambil berat tentang Jannah sejak kemasukan Jannah ke hospital ini. Dia merupakan sosok abang kepada Jannah dan Amila. Dia sepenuh nya muslim, walaupun namanya seperti orang mat saleh.

"Tak ada apa la doktor, saya dah okay sekarang. Kalau tak ada apa, saya pergi dulu boleh ? Saya nak check file pesakit dulu sebelum balik. "Ucap Jannah sambil tersenyum segan.

"Iya la Jannah, pergi la. Jaga diri awak juga jangan kerja kuat sangat sampai diri sendiri sakit. " Pesan Leo sambil mengelus lembut kepala milik Jannah yang berlapikkan tudung sarungnya.

Jannah tidak membalas, dia hanya mengangguk tanda faham dengan pesanan lelaki itu.

Jannah melangkah kan kaki untuk meneruskan kerjanya yang masih belum di siapkan. Dia harus menyelesaikan semua nya sebelum pulang , kalau tidak kerja nya akan tertangguh dan semakin banyak la kerja yang harus dilakukan selepas itu.

Menjadi seorang doktor bukan sahaja harus berdisplin tetapi juga harus kuat iman untuk menerima segala ujian, kematian diatas kegagalan dan kecuaian mereka.

Takdir Kita ( OG ) Where stories live. Discover now