HAWRA mengalirkan air matanya tanpa henti. Hatinya seolah dipijak sehingga hancur lumat. Fitnah yang dilempar padanya sudah cukup membuatkan akal fikirannya terjejas.
Sedang dia berjalan di tepi jalan itu, satu lampu kereta menyuluh ke arahnya sehingga membuatkan kepalanya berpusing.
Belum sempat Hawra berbuat apa-apa, tubuhnya sudah dilanggar oleh kereta itu.
🌼
"ABANG janji takkan tinggalkan sayang. Abang percaya yang sayang diciptakan khusus buat abang. Bukan wanita lain yang mampu duduk dalam hati abang," ucap lelaki itu dengan penuh ikhlas.
"Saya percaya dengan abang. Cuma hati saya masih takut dengan semua yang telah berlaku," balas Hawra.
Lelaki itu hanya tersenyum tipis dan mengucup dahi isterinya itu. Dia sudah berjanji untuk membahagiakan wanita itu sepenuh hatinya.
🌼
"Sehancur-hancur hidup kita, kita masih ada Allah"
(Esok pada pukul 8.30 malam, saya akan post full bab sehingga Epilog. Stay tuned ❤️)
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...