BAB 30 🌼

8.9K 328 3
                                    

HANIS melangkah turun dari katil selepas menutup alarm di telefonnya. Jam juga sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Izzul di sebelahnya juga masih dalam mimpinya.

Saat Hanis menjejak kakinya untuk berdiri, perutnya tiba-tiba berasa sakit. Terasa seolah dicucuk di bahagian bawah perutnya.

"Abang..." lirihnya dan jatuh melorot di tepi katil.

Izzul yang baru sahaja tersedar terus bangun dan mendapatkan Hanis di tepi katil mereka.

"Kenapa ni Hanis?" soal Izzul dengan nada cuak.

"Perut Hanis rasa sakit sangat. Tolong Hanis abang," ucapnya dan memegang perutnya.

Belum sempat Izzul mencempung tubuh Hanis, satu aliran darah mula mengalir dari belakang Hanis. Saat itu juga, Hanis sudah menangis teresak-esak.

Izzul yang sudah berdebar ketika itu dengan pantas mencempung tubuh Hanis. Tompokan darah yang ada di atas karpet itu dibiarkan sahaja. Dia perlu membawa Hanis ke hospital dengan segera.

🌼

PUAN ANIDA dan Encik Zamir yang baru sahaja tiba di hospital segera berjalan ke arah wad yang menempatkan Hanis. Berita yang disampaikan oleh Izzul sudah cukup membuatkan hati Puan Anida berasa tidak tenang.

Sampai di wad yang dinyatakan, mereka berdua melilau mencari katil Hanis. Mujurlah Izzul ternampak mereka berdua dan memanggil segera.

Puan Anida segera mendapatkan Hanis di katil. Wajah muram itu membuatkan Puan Anida berasa sedih.

"Apa yang dah berlaku? Mak kamu cakap Hanis masuk hospital," tanya Encik Zamir.

"Hanis keguguran..." tutur Izzul dengan nada kecewa.

Puan Anida terus menoleh ke arah Hanis. Hanis sudah mengalirkan air matanya saat itu. Hancur impiannya untuk mempunyai sebuah keluarga yang sempurna bersama Izzul.

Malah sejak mereka diberitahu tentang kegugurannya itu, Izzul langsung tidak bercakap dengannya. Dia dapat melihat wajah kecewa Izzul saat itu.

"Macam mana boleh gugur?" soal Puan Anida dengan nada hairan.

Hanis tersentak. Gaya pertanyaan Puan Anida seolah mahu menyalahkannya. Bertambah sakit hatinya apabila Izzul memilih untuk berdiam diri sahaja.

"Mak tanya ni Hanis. Macam mana boleh gugur? Kan mak dan mak kamu dah pesan untuk berhati-hati," tegur Puan Anida.

Dia berasa cukup kecewa saat itu. Cucu yang diidamkan oleh dirinya sudah tiada. Malah mereka baru sahaja tahu tentang berita itu pada minggu lepas.

"Hanis tak tahu. Mak tanyalah Abang Izz sendiri. Hanis nak rehat."

Hanis terus berkalih ke arah lain. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja. Dia sedar dirinya salah dalam menjaga kandungannya. Tetapi tidak bolehkah Izzul membelanya di hadapan Puan Anida itu.

Puan Anida memandang pula ke arah Izzul. Pandangannya sudah ditayangkan untuk mendapat penjelasan.

"Hanis cuma terjatuh tepi katil Subuh tadi. Kandungan dia kan masih tak kuat. Jadi gugurlah anak kami. Dah takde rezeki mak," jelas Izzul dengan rasa sebal.

Encik Zamir dapat merasakan ada sesuatu yang disorok oleh anak sulungnya itu. Tampak seperti sedang memendam sebuah masalah yang besar.

"Tak apalah. Mak faham. Izz pergilah makan dengan abah dulu. Mak temankan Hanis dekat sini."

Izzul hanya mengangguk dan mengajak Encik Zamir untuk pergi. Encik Zamir hanya menurut sahaja kerana dia juga tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.

Sejak pernikahan Izzul dan Hanis termakbul, hatinya kuat mengatakan hubungan itu tidak akan kekal lama. Dia tidak berkenan dengan Hanis. Walaupun Hanis adalah anak kepada abangnya sendiri. Dia sudah lali dengan sikap gadis itu yang agak manja.

🌼

SECAWAN kopi diletakkan ke atas meja. Izzul menarik kerusi dan duduk di hadapan Encik Zamir. Pinggan yang berisi kuih itu ditenung lama.

"Izz menyesal ke sekarang?" aju Encik Zamir.

Izzul mengeluh perlahan. Rambutnya yang semakin panjang diselak ke belakang. Wajahnya diraup kasar.

"Kalau Izz menyesal sekarang, Ara boleh kembali pada Izz ke abah?" luah Izzul dan memandang ke wajah Encik Zamir.

"Abah tak jamin yang Ara akan kembali pada kamu. Dia dah banyak terluka kerana kamu dan mak kamu. Yang abah cakap sekarang ni adalah tentang Hanis. Bukan Ara."

Izzul terdiam. Dia cuba untuk menangkis firasat hatinya yang tidak baik itu. Tetapi ianya tetap bersarang hebat di lubuk hati.

"Izz berdosa abah. Izz bersalah pada Hanis," ucapnya dan menunduk.

"Izz bergaduh dengan Hanis ke semalam?"

Anggukkan Izzul membuatkan Encik Zamir mengeluh perlahan. Dia sudah menjangkakan hal itu.

"Adakah ianya berkaitan dengan Ara?" tanyanya lagi.

"Izz cuma nak minta maaf dekat Ara. Ara sakit abah. Izz dah tuduh dia yang bukan-bukan sedangkan dia tengah sengsara dengan sakit dia," ujar Izzul dengan rasa berat.

"Sakit? Ara sakit apa Izz?"

Jujur Encik Zamir amat terkejut. Dia tidak menyangka bekas menantunya itu sedang menderita sakit.

"Ara ada kanser stage 3. Izz baru dapat tahu Isnin haritu. Izz berdosa pada dia abah. Izz tuduh dia tanpa sebarang penjelasan daripada dia. Disebabkan benda ni, Hanis marah. Hanis fikir Izz nak kembali pada Ara. Dan kami gaduh semalam."

"Astagfirullah al azim. Bila mak kamu beritahu abah yang Ara ada lelaki lain, abah dah tak percaya. Ara itu pandai jaga maruah diri dia. Kenapa Izz tergamak lontarkan tuduhan pada dia tanpa dengar cerita daripada dia?" Encik Zamir mula terkesan dengan semua itu.

"Izz tak nak mak kecewa dengan Izz kalau Izz bela Ara. Izz tak nak derhaka pada mak, abah," luah Izzul dengan air mata yang sudah menitis di atas meja.

"Ada benda kita kena dengar cakap seorang ibu dan ada benda kita tak boleh ikut. Isteri kamu tu tiada siapa yang akan bela kalau suami dia sendiri pilih untuk abaikan dia. Salah tetap salah Izz. Walaupun itu ibu kamu. Keadilan pada Ara dah takde bila kamu percaya bulat-bulat dengan kata-kata mak kamu," tegur Encik Zamir.

Dia tidak menyangka Puan Anida sanggup menggunakan taktik jijik itu untuk memisahkan hubungan yang suci itu. Malah isterinya itu sudah menuduh seorang anak perempuan yang tidak bersalah.

"Izz tersepit bah. Izz buntu dengan semuanya. Hati Izz ni dah hancur dengan apa yang dah berlaku. Bila anak yang Hanis kandung tu gugur, Izz sedar yang Allah nak tegur Izz. Tak semua benda yang kita harapkan dalam dunia ni kita akan dapat. Rezeki tu semua adalah milik Allah," ujarnya pedih.

"Abah harap kamu dapat jumpa dengan Ara dan minta maaf dekat dia. Tentang mak kamu, Izz jangan risau. Nanti abah akan nasihatkan dia. Sepatutnya dia tak boleh masuk campur perihal rumah tangga kamu dan Ara dulu. Begitu juga dengan Hanis sekarang." Encik Zamir benar-benar terluka dengan sikap isterinya.

Izzul hanya mengangguk lemah. Tangannya disatukan untuk menghilangkan rasa getar. Segalanya seolah menampar wajahnya untuk kembali sedar. 

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now