BUNYI ketukan jari di meja dapat didengar oleh halwa telinga Maisarah. Dia juga terkejut dengan ajakan yang dia terima oleh lelaki itu pada hari semalam. Terasa bagaikan semua doanya dimakbulkan.
"Saya rindukan awak, Faiq. Awak baru selesai operasi ke?" soalnya dengan riang.
"Hentikan drama bodoh ni Mai. Aku muak."
Maisarah terus menelan air liur saat melihat wajah ketat Faiq. Tiada langsung kemanisan di wajah lelaki di depannya saat ini. Mata tajam lelaki itu seolah memberi amaran kepadanya. Dada Maisarah terus berasa dedar.
"Apa yang awak cakap ni Faiq? Saya tak faham," ucapnya gugup.
"Kau pergi jumpa dengan isteri aku kan? Lepastu kau beritahu dia yang kau teman wanita aku? Then hantar gambar tak senonoh kononnya aku dengan kau tu dah bersama?" satu per satu diluahkan oleh Faiq.
Tangan Maisarah yang berada di bawah meja mula menggigil hebat. Dia tidak sangka Faiq sudah mengetahui tentang hal itu. Ternyata sangkaannya meleset kerana mengandaikan Hawra akan berdiam diri sahaja.
"Dengar penjelasan saya dulu Faiq. Awak tak boleh percaya bulat-bulat kata-kata perempuan tu," balas Maisarah.
"Aku lebih percayakan isteri aku daripada kau yang aku anggap sebagai orang asing." Faiq melemparkan renungan sinis.
"Okay fine. Saya memang pergi serang dia haritu. But why? Saya ada hak. Awak layan saya macam teman wanita awak sejak dua tahun yang lepas Faiq. Dan sekarang awak berkahwin dengan dia secara tiba-tiba. Mana keadilan buat saya? Kenapa awak beri harapan buat saya? Awak sendiri tahu yang saya ada hati pada awak," jelas Maisarah dengan mata yang sudah berair.
"Aku hanya anggap kau sebagai kawan lama aku sahaja. Aku tak pernah cakap yang aku terima luahan hati kau pada aku dulu. Aku dah pesan untuk padamkan rasa tu dalam diri kau dulu. Tapi kau tetap degil. Kau tetap paksa aku untuk tetap berkawan dengan kau. Jadi siapa yang keras kepala dan bersalah sekarang ni?" bidas Faiq.
Maisarah menggigit sedikit bibirnya kerana berasa geram. Itulah hakikat yang sukar untuk dia terima. Faiq sudah menolak cintanya sejak dua tahun yang lalu. Tetapi dirinya sahaja yang masih terhegeh-hegeh untuk merebut hati Faiq. Malah dia juga memaksa Faiq membawanya ke rumah sewaktu hari raya pada tahun lepas dengan harapan dia dapat mengambil hati Datin Farisya. Tetapi semuanya sia-sia.
"Tapi perempuan tu mandul. Awak dengan dia takkan dapat zuriat," sebut Maisarah dengan penuh sinis.
Faiq terus menumbuk meja itu sehingga terangkat cawan mereka berdua. Matanya terus mencerlung ke arah Maisarah. Pekerja dan pengunjung yang lain juga mula terteleng ke arah mereka berdua.
Maisarah sudah mula berasa ketakutan. Pertama kali dia melihat amukan Faiq itu. Jujur dia mahu melarikan diri saat itu.
"Siapa yang beritahu kau benda tu?" soal Faiq dengan marah yang ditahan.
"Kawan saya," jawab Maisarah dengan gagap.
"Siapa nama dia!" jerkah Faiq. Wajahnya sudah merah kerana marah yang memuncak.
"Hanis Ilyana. Bekas madu isteri awak dulu," ujarnya dengan nada sedikit bersalah.
"Perempuan ni memang sengaja cari pasal dengan aku. Kau dengar sini Maisarah. Sekali lagi aku tahu kau ganggu isteri aku. Aku akan buat report polis. Kau jangan cabar aku. Kau sentuh isteri aku walau berlapik kain, aku akan heret kau masuk dalam penjara. Ingat tu!" tutur Faiq dan terus beredar pergi.
Maisarah yang menggigil terus menangis teresak-esak. Hancur musnah segala angan-angan dongengnya untuk bersama dengan Faiq. Malah Faiq sanggup membuat apa sahaja demi isterinya itu.
🌼
HAWRA duduk berehat di meja kerjanya. Kepalanya masih terasa pening sejak dia masuk selepas waktu rehat sebentar tadi. Tekaknya juga terasa mual sedikit.
Dia terus meletakkan kepalanya di atas meja. Tangannya juga mengusap perutnya yang kadang berasa sebu.
"Hawra tak sihat ke?" tegur Sakinah yang duduk di meja sebelahnya.
"Sakit perut dengan pening kepala," jawab Hawra dengan nada lemah.
"Segugut ke?" bisiknya perlahan supaya pekerja lelaki tidak mendengarnya.
"Mungkin kut. Saya rasa tak sedap badan sikit."
"Nah. Saya ada ubat panadol. Cuba awak telan dulu. Kalau masih tak hilang, better awak pergi klinik atau hospital," cadang Sakinah.
Satu tablet ubat panadol diletakkan di atas meja Hawra.
"Terima kasih Kinah. Saya akan buat kalau sakit ni tak hilang," balasnya lembut.
Sakinah terus tersenyum dan menyambung kerjanya yang tertangguh.
Hawra pula terus menelan sebiji ubat panadol dan berehat buat seketika. Apabila dia berasa selesa sedikit, dia meneruskan semula kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.
🌼
ARJUNA ceria bermain badminton dengan beberapa orang pembantu rumah. Hawra pula masih berasa tidak enak badan dan hanya memilih untuk duduk di tepi.
Datin Farisya yang baru sahaja keluar duduk di sebelah Hawra. Dia perasan dengan kelainan di wajah Hawra itu.
"Hawra tak sihat ke?"
"Rasa tak sedap badan sikit je mama," jawabnya polos.
"Mama tengok muka Hawra pun pucat. Kita pergi klinik nak?" cadang Datin Farisya.
"Takpe mama. Hawra dah makan ubat tadi. Nak naik bilik, kesian dengan Juna pula. Dia nak saya tengok dia main badminton," jelasnya lemau.
"Pergi berehat dekat bilik. Biar mama yang temankan Juna. Lagipun ada pembantu rumah yang lain tengah layan dia. Hawra pergi rehat ya. Mama risau Hawra rebah dekat sini ke apa. Nanti mama bawakan makan malam," tutur Datin Farisya.
"Okay mama. Sorry susahkan mama," ucapnya dan berdiri.
"Tak apa. Pergi rehat ya."
"Mommy nak pergi mana?" Soal Arjuna apabila Hawra bangun dari kerusinya.
"Mommy Juna tak berapa sihatlah. Juna main dengan grandma boleh?" Datin Farisya cuba memujuk si kecil itu.
"Boleh. Tapi mommy dah telan ubat?"
Hawra tersenyum melihat cara Arjuna itu.
"Mommy dah telan sayang. Mommy minta maaf ya tak dapat teman Juna main," ucapnya lembut.
"It's okay mommy. Get well soon tau mommy. Nanti kita main badminton sama-sama."
"InsyaAllah sayang. Mommy naik atas dulu ya."
Hawra terus berjalan masuk ke dalam rumah. Sejak dia pulang daripada bekerja lagi kepalanya sudah terasa mahu pecah. Faiq pula masih tidak pulang.
Katanya pergi berjumpa dengan Malique dan Ali. Dia berharap Faiq pulang dengan kadar segera. Dia perlukan semangat lelaki itu.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
Storie d'amoreSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...