BAB 49 🌼

8.3K 333 7
                                    

PINTU rumah dibuka dari luar. Faiq melangkah dengan memberi salam. Datin Farisya dan Dato' Mazlan langsung menjawab salam yang diberi oleh Faiq. Faiq terus menyalam tangan dua insan yang disayanginya itu.

"Faiq pergi mana ni? Sekarang baru balik," soal Dato' Mazlan.

"Faiq ada urusan kejap tadi dekat luar. Hawra mana?" soalnya selepas kelibat Hawra tiada di ruang tamu. Selalunya Hawra akan berkumpul bersama dengan Dato' Mazlan dan Datin Farisya di bawah.

"Hawra tak berapa sihat. Dia cakap pening kepala. Sejak petang tadi dia tunggu kamu balik. Mungkin tengah tidur kut. Mama ada ketuk bilik tadi tapi tak menyahut," jelas Datin Farisya.

"Hawra demam?"

"Tak pastilah mama. Faiq pergilah jenguk. Nanti Hasya balik, kita minta dia periksa Hawra."

"Baik mama. Faiq naik atas dulu ya."

Dato' Mazlan dan Datin Farisya hanya mengangguk. Faiq terus berlari-lari anak dalam memanjat tangga ke atas.

Sampai di biliknya dia dapat melihat suasana yang suram di bilik itu. Hanya terlihat lampu daripada lampu meja di katil sahaja. Hawra pula masih lena di bawah selimut tebal itu.

Faiq menyentuh lembut dahi Hawra. Panas yang dirasa mengejutkan Faiq. Belum sempat dia berdiri, lengannya disentuh oleh sesuatu. Faiq terus berpusing dan melihat Hawra membuka mata.

"Abang baru balik?" soal Hawra dengan keadaan yang masih mamai.

"Ya sayang. Sayang tidur lah lagi. Abang nak ambil cool fever kejap dekat bawah. Badan sayang panas sangat ni," ucap Faiq dengan lembut.

"Saya lapar." Hawra mencebik sedih.

"Kita makan sama-sama nak? Abang bawa naik makanan."

"Nanti mama marah bilik bau makanan macam mana?"

"Hahaha. Mama faham dengan keadaan sayang sekarang. Sayang tunggu kejap ya. Abang turun ambil nasi. Sayang baring dulu," ucap Faiq dan sempat mengucup pipi Hawra sebelum berlalu keluar.

Hawra bangun dari katilnya untuk pergi ke bilik air. Perutnya juga berasa tidak selesa.

Saat dia memijak lantai bilik dan berdiri, tiba-tiba dia merasakan ada cecair yang mengalir di antara kakinya itu. Saat itu Hawra terus berasa berdebar dan takut.

"Sayang!" muncul Faiq dan segera meletakkan pinggan ke atas meja dan bergerak menyambut Hawra.

"Abang. Ada darah," luah Hawra dengan air mata yang mengalir laju.

"Ya Allah. Kita pergi hospital sekarang."

Faiq segera mencapai kardigen dan tudung Hawra. Selesai memakaikan Hawra, dia langsung mencempung tubuh Hawra. Hawra pula tidak henti-henti menangis.

Di bawah Dato' Mazlan dan Datin Farisya terkejut dengan keadaan Faiq dan Hawra. Baru sahaja sebentar tadi Faiq mengambil makanan tetapi sekarang Faiq sudah mendukung Hawra.

"Kenapa ni Faiq?" soal Datin Farisya.

"Hawra bleeding mama. Faiq nak pergi hospital dulu."

Dato' Mazlan dan Datin Farisya terus mengucap panjang. Mereka berdua juga terkejut apabila mengetahui tentang pendarahan Hawra itu.

🌼

FAIQ sudah tidak tenang di luar bilik doktor itu. Faiz dan Hasya juga ada bersama selepas mendapat panggilan daripada Datin Farisya. Datin Farisya dan Dato' Mazlan kekal di rumah kerana perlu menjaga Arjuna yang sudah tidur.

"Sabar Faiq. Hawra tak apa-apa tu," pujuk Faiz dengan tenang.

"Macam mana kalau sakit dia datang semula. Aku tak sanggup nak terima semua tu," luahnya risau.

"Kebarangkalian untuk kanser tu hadir agak sikit Faiq. Aku dah tengok laporan kesihatan Hawra daripada Dr. Osman." Hasya pula yang menerangkan.

Faiq memejam matanya kemas kerana rasa yang tidak tenang. Dia cukup risaukan diri Hawra saat itu.

Seorang jururawat muncul dari bilik doktor dan meminta Faiq masuk ke dalam. Hasya dan Faiz sudah berdebar di luar.

Masuk ke dalam bilik itu, Faiq terus meluru ke arah Hawra yang terbaring di atas katil. Sayu hatinya melihat senyuman letih isterinya itu.

"Kenapa dengan isteri saya Dr.?" Soal Faiq dengan laju.

Puteri hanya tersenyum melihat wajah Faiq yang agak pucat itu.

"Puan Hawra hanya mengalami pendarahan kecil sahaja. Kandungan Puan Hawra masih selamat. Tahniah ya Tuan," jelas Puteri dengan senyuman lebar.

"Tapi..."

Faiq sudah terkedu. Hawra mengandung? Tetapi bagaimana? Bukankah Hawra memberitahunya bahawa dirinya mandul.

"Isteri Tuan ada beritahu saya yang dia dimaklumkan bahawa kurang subur sebelum ni. Tapi melalui pemeriksaan yang saya buat, Puan Hawra tidak mandul. Dan dia sihat daripada segenap segi. Jadi saya tak tahu kenapa Puan Hawra boleh mengatakan dirinya mandul sedangkan dia sihat sahaja," jelas Puteri.

"Ya Allah. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih sayang." Faiq terus memeluk tubuh Hawra. Matanya juga sudah menitiskan air mata.

Hawra juga mengalirkan air mata. Ternyata pening kepala dan panas badannya kerana tubuhnya yang sudah berubah fizikalnya. Dia tidak sangka sudah ada penghuni di dalam rahimnya itu.

Penantiannya selama ini cukup berbaloi. Malah bersama dengan lelaki yang benar-benar mencintai dan menghargainya.

🌼

HASYA terus melompat saat mendapat tahu beritahu tersebut. Dia juga sering mendoakan rezeki buat Hawra dan Faiq. Wanita sesabar Hawra memang layak menerima rezeki seindah itu.

"Mama happy sangat bila Hawra disahkan mengandung. Mama sentiasa doakan buat menantu-menantu mama ni." Tangan kanan Hawra dan tangan kiri Hasya diusap penuh sayang.

"Jadi Juna akan dapat adik ke grandma?" soal Arjuna dengan wajah polosnya.

"Ya Juna. Juna akan ada adik nanti. Juna boleh jadi big brother nanti?" pipi cucunya itu dielus lembut.

"Mestilah boleh. Juna akan bantu mommy untuk jaga adik Juna!" ujarnya semangat.

Mereka semua tergelak mendengar ayat Arjuna. Nampaknya semua ceria selepas mendapat berita itu.

Hawra juga sudah memberitahu Osman dan Aina. Mereka berdua berasa cukup gembira. Akhirnya adik mereka sudah mencapai kebahagiaan yang dicari selama ini.

Malah Manis juga menangis teresak-esak saat dia mendapat tahu tentang kehamilan Hawra. Sahabatnya itu tidak seperti yang dituduh oleh keluarga kejam itu. Semuanya berlaku jika diizinkan olehNya.

Hawra memandang ke arah Faiq yang sedang merenungnya dengan penuh pandangan cinta. Dia tidak sangka dirinya diberikan seorang lelaki sebaik itu. Moga semuanya berjalan dengan baik hendakNya.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now