SUARA Arjuna di bawah dapat didengari oleh Hawra. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh. Faiq pula di tandas. Entah macam mana suaminya itu boleh sakit perut.
Di ruang tamu itu, dia melihat suara Arjuna yang sedang berbual bersama dengan Faiz. Faiz pula dengan lembut melayan segala kerenah Arjuna. Dia tidak melihat Faiz yang kekok dalam melayan Arjuna walaupun mereka sudah lama tidak berjumpa.
"Mommy!" jerit Arjuna dan memandang ke arah Hawra.
Faiz juga menoleh dan tersenyum ke arah Hawra. Saat itu dia benar-benar kagum dengan ciptaan Allah.
Bagaimana dua insan yang berbeza mempunyai paras rupa yang cukup sama? Kekuasaan Allah itu tiada bandingannya.
"Mana Faiq?" soal Faiz saat melihat Hawra duduk di hadapan mereka.
"Dia sakit perut. Ada dalam tandas lagi rasanya. Hasya mana?" balas Hawra semula.
Dia tidak nampak pula bayangan si Hasya di bawah itu. Hanya Faiz dan Arjuna sahaja.
"Hasya masih tidur dalam bilik. Harini dia ada syif malam. Jadi saya tak nak ganggu dia. Jangan risau ya. Dia dah solat Subuh," jelas Faiz.
Hawra hanya mengangguk faham. Dia juga tidak menyangka Faiz akan memberitahunya perihal Subuh Hasya padanya. Di situ dia sedar yang Faiz tidak mahu dirinya memandang serong kepada Hasya.
"Mommy. Terima kasih sebab kahwin dengan daddy," ucap Arjuna tiba-tiba.
"Huh?" Hawra sudah tergamam dengan ayat Arjuna.
"Sebab daddy susah sangat nak terima perempuan lain. Juna dah cakap dulu untuk kahwin dengan cikgu Juna. Tapi daddy tak nak. Daddy tu high demand lah mommy. Mujur mommy sudi dengan daddy," omelnya dengan tangan yang disilang ke dada.
"HAHAHA." Faiz sudah menghamburkan tawanya dengan omelan Arjuna.
Hawra juga sudah tergelak kecil. Dia tidak sangka Arjuna cukup memerhati perihal status Faiq.
"Amboi dia. Mentang-mentang dah ada papa dengan mommy, laju je dia mengadu. Mari sini."
Muncul Faiq yang dengan kain pelikatnya dan mengejar Arjuna di ruangan itu. Faiz terus memeluk tubuh Arjuna untuk melindungi Arjuna.
"Daddy tak boleh tangkap Juna. Papa dah ada," ejek Arjuna sambil menjelir lidahnya.
"Daddy lagi hebat daripada papa kamu lah."
Faiq terus mengambil Arjuna daripada Faiz. Faiz juga hanya merelakan sahaja Arjuna yang sudah dibawa pergi.
"Papa! Help Juna! Help!" jerit Arjuna saat Faiq membawanya pergi dari ruang tamu itu.
Hawra sudah mula risau. Dia dapat melihat bagaimana wajah Faiq yang geram dengan Arjuna.
"Jangan risau Hawra. Faiq cuma nak ajar Juna cara menghormati orang yang lebih tua," tutur Faiz dengan tenang.
Hawra hany mengangguk faham. Dia juga kurang jelas dengan ayat Faiz. Tetapi dia tahu pasti Faiq tidak akan melakukan hal yang buruk kepada Arjuna.
Tak sampai beberapa minit, muncul Arjuna dengan tangisan yang cukup nyaring. Hawra dapat melihat Faiq di belakang yang hanya berjalan tenang manakala Arjuna sudah berlari ke arah Faiz untuk mengadu.
"What's happend?"
Muncul Hasya dari tingkat atas. Mereka bertiga terus ketawa apabila melihat tudung yang dipakai Hasya adalah terbalik.
"Mama..." Arjuna mengadu pula pada Hasya yang sudah berada di sebelah Faiz.
Faiq juga hanya memasang muka selamba dan duduk di sebelah Hawra. Hawra memandang ke arah Faiq dengan wajah meminta penjelasan dan Faiq hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...