HAWRA terbaring lemah di atas katil. Itu merupakan kemoterapinya yang keempat. Sudah lama dia berulang-alik ke hospital. Semangat untuk dia berjuang semakin berkurang. Dia seolah sudah penat untuk menghadapi semua itu.
Hasya melangkah masuk ke dalam wad dengan wajah yang dimaniskan sehabis mungkin. Dia tidak mahu Hawra berasa sedih jika dia menayangkan wajah yang terluka.
"Assalamualaikum Hawra," sapa Hasya dengan lembut.
Hawra yang sedah termenung memandang ke arah Hasya. Wajahnya yang mula cengkung dapat dilihat oleh Hasya. Baru sahaja semalam, dia dan Manis memotong rambut Hawra. Rasa sebak yang bersarang di dalam hatinya adalah kerana senyuman yang tidak mati dari mulut Hawra.
"Waalaikumussalam Hasya." Senyuman digariskan manis.
"Saya ada benda nak beritahu Hawra ni. Mesti Hawra berdebar kan." Usiknya lembut.
"Apa dia tu Hasya?"
"Nanti akan ada seorang doktor yang akan bantu Hawra lepas ni. Saya minta maaf sebab tak dapat nak bantu Hawra. Tapi Hawra jangan bimbang, dia akan jaga Hawra dalam sebulan je. Lepas daripada tu, saya pula yang akan ambil alih semula," jelas Hasya.
Dia terpaksa pergi ke Singapura atas urusan kerja yang lain. Tambah pula ada doktor yang baru tiba di hospital itu selama sebulan untuk membuat research tentang kanser paru-paru yang dihadapi oleh Hawra sekarang.
"Oh...doktor tu perempuan ke lelaki ya Hasya?" Hati Hawra mula berasa tidak sedap hati.
"Perempuan. Jangan risau, dia memang hebat dalam dunia perubatan. Lagi hebat daripada saya," ucap Hasya dengan lembut.
Hawra hanya mengangguk perlahan. Dia tiada kuasa untuk menolak. Pasti semua itu sudah dipertimbangkan oleh pihak atas. Dia sebagai pesakit hanya perlu menerima rawatan sahaja.
🌼
PADA petang itu, Hasya sudah memaklumkan kepada Hawra bahawa doktor yang mengambil alih rawatan Hawra akan datang. Sejak Hasya memberitahunya pagi tadi, hatinya berasa tidak tenang. Firasatnya kuat mengatakan akan ada sesuatu yang berlaku.
Sedang Hawra memandang ke luar tingkap wadnya, muncul satu suara wanita di sebelah katil. Dengan rasa debar, Hawra terus menoleh ke arah kanannya.
Alangkah terkejutnya Hawra saat melihat Aina di hadapannya sekarang. Aina juga membulatkan matanya sebesar yang mungkin kerana terkejut.
"Ara!" Sebut Aina dan segera bergerak ke arah Hawra.
"Kak Aina."
Tangan Hawra mula menggigil. Rasa hatinya benar-benar tepat. Dia telah berjumpa dengan kakak iparnya di situ.
"Macam mana adik akak boleh ada dekat hospital sekarang? How Ara?" Soal Aina dengan mata yang sudah berair.
"Kak Aina. Abang Osman takde dekat sini kan?" Soal Hawra dengan getar di bibir.
"Ara...apa yang dah berlaku? Jadi betullah apa yang Osman cakap. Hawra yang kami jangka adalah adik kami sendiri," luah Aina dengan nada kecewa.
"Kak Aina. Please, jangan beritahu Abang Osman. Ara mohon sangat," pintanya dengan air mata yang menitis.
"Sorry Ara. Abang Osman adalah orang pertama yang tahu sejak dia tengok nama Ara dalam list pesakit kanser. Akak cuba nafikan, tapi dia cukup kenal dengan nama Hawra Farhah. Adik dia sendiri," jelas Aina dan mengusap lembut tangan Hawra yang semakin kurus.
Hawra terus menangis ketika itu. Tubuhnya lantas ditarik dalam pelukan Aina. Aina lantas memujuk Hawra supaya bertenang. Dia juga sukar untuk menerima takdir yang disusun oleh Allah buat adik iparnya itu.
🌼
MALAM itu, Osman datang ke bilik Hawra. Dia sendiri yang meminta supaya Hawra ditukarkan ke bilik persendirian.
Hawra mula meramas tangannya yang sudah berpeluh hebat. Dadanya juga berasa sedikit sakit kerana menahan rasa takut. Dia risau jika Osman memarahinya selepas mengetahui tentang perceraiannya dengan Izzul.
"Ara tak nak tengok muka abang ke?" Soal Osman sewaktu duduk di kerusi sebelah katil Hawra.
"Ara minta maaf Abang. Ara tak sanggup..."
"Ara tak salah. Tiada siapa yang salah. Andai Allah dah uji Ara dengan sakit ni, kita tetap perlu terima. Abang tak marahkan Ara atas sakit Ara sekarang. Tapi. Pandang abang ya. Abang rindukan adik abang ni," pujuk Osman dengan lembut.
Perlahan-lahan Hawra mengangkat kepalanya. Matanya yang sudah basah dengan air mata dilap lembut oleh Osman.
"Abang akan sembuhkan adik abang sendiri. Ara jangan bimbang. Ara dah tak sendiri." Tubuh Hawra dipeluk erat.
Ketika itu juga tangis Hawra pecah. Esakan yang kecil mula menjadi kuat apabila Osman mengusap belakangnya.
Osman menemani Hawra sehingga tangisan Hawra kembali reda. Dia tidak pernah melihat adiknya menangis seperti itu. Dia tahu Hawra sejenis yang sukar menitiskan air mata. Selepas kematian ibu dan ayah mereka, adiknya itu benar-benar jarang mengalirkan air mata.
Tetapi sekarang, adiknya menitiskan air mata yang cukup berharga itu.
"Abang decide nak bawa Ara balik ke UK," ucap Osman tiba-tiba.
"Kenapa? Kalau Izz..." Sebut Hawra untuk menutup kes perceraiannya.
"Ara tak perlu sebut nama jantan tu lagi. Abang dah tahu yang Ara dan dia dah berpisah lebih daripada dua bulan."
Kata-kata Osman menyentak hati Hawra. Dia tidak menyangka Osman sudah mengetahui tentang hal itu.
"Macam mana abang tahu?" Tanyanya dengan debar.
"Abang nampak dia keluar dengan perempuan lain sambil pegang tangan. Dan abang sendiri yang tanya pada Uncle Zamir. Dia minta maaf atas perceraian yang berlaku," jelas Osman dengan nada kendur.
Hatinya benar-benar terhiris saat mengetahui tentang perkara itu. Tambah pula dengan sakit yang dialami oleh Hawra. Dia cukup berang dengan perbuatan Izzul.
"Ara minta maaf sebab tak dapat pertahankan perkahwinan Ara dengan Izz." Kepala Hawra sudah ditunduk ke bawah.
"Ianya bukan salah Ara. Kalau Allah dah takdirkan jodoh korang berdua takat tu je, kita tak dapat nak halang. Sekarang Ara dah berada di bawah tanggungjawab abang dan Kak Aina. Kita orang yang akan jaga Hawra. Don't worry," ucap Osman dan mengusap lembut pipi Hawra yang sembab.
Hawra hanya mendiamkan diri. Dia juga tidak tahu untuk berkata apa lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Tiada guna untuk merana.
"Jadi abang dengan Kak Aina akan bawa Ara ke UK. Abang akan uruskan proses rawatan Ara di sana. Kami berdua hanya berada di Malaysia selama sebulan je. Jadi abang nak Ara ikut kami sekali. Boleh kan Ara? Kita bina hidup yang baru." Tangan Hawra digenggam kemas oleh Osman.
"Baik Abang. Ara setuju," jawab Hawra tanpa berfikir panjang.
Dia tidak mahu menyusahkan Manis, Hasya dan Datin Farisya lagi. Cukuplah mereka membantunya. Dia terlalu banyak berhutang budi dengan mereka semua.
Kini, dia mahu mencari kebahagiaannya sendiri. Dia mahu sihat dan sembuh seperti sebelum ini. Dia mahu membuktikan yang dirinya juga boleh bahagia.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...