SUASANA tegang di ruang tamu itu membuatkan Puan Anida dan Hanis berasa tidak selesa. Izzul pula asyik berjalan ulang-alik di hadapan mereka. Malah telefon juga sentiasa dilekapkan di telinga.
"Mana Ara ni mak!" Marahnya sambil menekan-nekan telefonnya.
"Dia tersekat dalam jammed lah kut," balas Puan Anida. Sejujurnya dia malas hendak mengambil tahu.
"Tapi sekarang dah pukul 11.45 malam. Mana ada jalan sesak." Izzul sudah stress. Semua panggilannya dijawab oleh mesin operator sahaja.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Izzul segera mengangkat panggilan daripada nombor yang tak dikenali itu.
"Hello," jawabnya kasar.
"Izz. Aku ni Manis." Manis sudah dapat mengagak apa ayat Izzul nanti.
"Mana Ara? Kau bawa dia pergi mana?" Sembur Izzul dengan laju.
"Sabarlah. Aku nak beritahu kau yang Ara duduk dekat rumah aku malam ni. Boleh ya Izz?"
"Aku tak izinkan. Kau bawa Ara balik sini sekarang juga," arah Izzul.
Hanis yang mendengar ayat Izzul mula berasa bengang. Dia pelik melihat kegelisahan lelaki itu saat Hawra tidak pulang. Puan Anida juga sudah jemu dengan sikap Izzul itu.
"Maaf ya Izz. Aku tak boleh nak hantar Ara balik sebab dia dah tidur. Dia penat sangat dengan kerja harini."
Manis memandang ke arah Hawra yang sudah lena di atas katil. Dia memutuskan untuk memberitahu Izzul bahawa Hawra ada di rumahnya. Jika dia memberitahu Hawra berada di hospital, sudah pasti lelaki itu akan membuat kecoh.
"Pastikan dia balik esok dekat sini. Kalau dia tak balik, aku cari dia sampai jumpa."
Izzul terus mematikan panggilan itu. Hatinya mula membahang.
"Betul ke si Ara tu duduk dekat rumah kawan dia? Entah-entah keluar dengan jantan lain." Puan Anida mula melemparkan tuduhan.
Izzul memandang tajam ke arah Puan Anida. Hatinya mula terusik dengan ayat ibunya itu.
"Mak. Tak baik cakap macam tu. Mungkin Kak Ara memang dekat rumah kawan dia," ucap Hanis. Dia mahu mempamerkan sikap yang baik di hadapan Izzul.
"Mak bukan apa. Cuma biasalah perempuan kalau kerja dekat pasar raya tu, mudah nak diangkut dengan mana-mana lelaki."
"Mak please. Jangan cakap macam tu tentang Ara. Dia tahu jaga diri dia," balas Izzul yang mula terasa serabut dengan ayat Puan Anida.
"Apa? Mak cakap benda betul. Bulan lepas mak ada nampak si Ara tu keluar naik motor dengan jantan. Takkan Izz tak percaya dekat mak?" Puan Anida mula menyimbah minyak ke atas api.
"Mak nampak dekat mana?" Izzul mula berasa tidak tenang.
"Dekat pasar raya tempat dia kerja lah. Kemain sampai berpeluk mak tengok. Mentang-mentang waktu tu kamu ada kerja dekat Indonesia," tambahnya lagi.
Hanis hanya mengunci mulut. Dia tidak sangka Puan Anida pandai dalam mereka cerita.
Izzul mula terdiam. Dia tidak sangka dengan semua itu. Kepercayaan buat Hawra mula memudar. Hatinya mula berasa berdebar. Lelaki yang dulunya dia pernah lihat mula menerjah ke dalam otak fikiran.
"Sebab tu mak suruh Izz ceraikan dia. Perempuan kalau tak pandai jaga maruah diri, tak layak jadi isteri. Apa lah yang susah sangat Izz nak faham," bebel Puan Anida.
Izzul terus berlalu naik ke bilik. Fikirannya mula berasa kusut. Dia tidak suka dengan apa yang diperkatakan oleh Puan Anida.
"Mak yakin ke dia buat semua tu?" Soal Hanis selepas bayang Izzul hilang.
"Hanis. Kalau perempuan balik lewat malam. Apa je yang dia orang buat. Mestilah keluar dengan lelaki lain," jelas Puan Anida dengan rasa puas hati.
"Oh...Hanis tak suka cara Abang Izz," luah Hanis dan memeluk lututnya.
"Kenapa Hanis?"
"Abang Izz cakap dia tak sayangkan Hawra tapi tadi dia dah tunjuk yang dalam hati dia masih ada Hawra. Hanis kecewa lah mak," sambung Hanis dengan mata yang berair.
"Kamu jangan risau. Tak lama lagi cerailah dia orang berdua tu. Mak yakin."
Hanis hanya mengeluh perlahan. Dia juga berharap seperti itu. Dia cuma mahu Izzul menumpukan perhatian buat dirinya seorang. Bukan orang lain.
🌼
IZZUL mencuba menghubungi nombor Manis buat beberapa kali. Hanis yang duduk di atas katil mula berasa tertekan. Sejak Izzul pulang daripada kerja, Izzul hanya menatap telefon di tangannya sahaja.
"Abang Izz nak makan?" Soalnya lembut. Dia mahu Izzul melupakan tentang Hawra.
"Kejap lagi. Abang nak call Manis kejap," ucap Izzul dan berura-ura untuk keluar.
"Sampai hati abang tak nak layan Hanis. Hanis sanggup tahan lapar demi nak makan sama-sama dengan abang," rentuh Hanis tiba-tiba. Air mata juga sudah mengalir di pipi.
Izzul terus tersentak. Langkahnya dipusing ke arah katil. Dia mula berasa kasihan dengan Hanis.
"Kenapa tak makan lagi? Abang kan memang balik petang?" Soal Izzul dan mengesat air mata di pipi Hanis.
"Sebab dari semalam Abang Izz asyik fikir tentang Kak Ara. Hanis sedih bila abang abaikan Hanis. Semuanya tentang Kak Ara. Kak Ara dah dewasa abang. Dia boleh jaga diri dia sendiri. Abang cakap abang dah tak sayangkan Kak Ara. Tapi ini apa!" Hanis mula memberontak.
"Ya Allah Hanis. Kak Ara tu masih isteri abang. Mestilah abang risaukan dia. Abang minta maaf kalau Hanis rasa terasing dengan abang." Izzul cuba untuk memeluk tubuh Hanis tetapi ditepis oleh Hanis.
Hanis hanya memasang wajah ketat dan berlalu keluar dari bilik mereka. Izzul terus duduk di atas katil. Kepalanya sudah bertambah stress dengan rajuk si Hanis itu. Sudahlah Hawra masih belum pulang ke rumah.
Izzul segera bergerak turun ke bawah untuk memujuk Hanis. Dia risau Hanis mengadu pada Puan Anida pula. Pasti dirinya akan dimarahi oleh maknya itu.
"Sayang... Abang minta maaf," ucapnya lembut sambil memeluk bahu Hanis.
Hanis hanya membatukan diri di atas sofa itu. Dia mahu melihat sejauh mana Izzul akan memujuknya.
"Kita makan sama-sama ya. Abang pun dah lapar ni. Hanis masak apa harini?" Soal Izzul dan memaniskan wajahnya. Pipi Hanis dicium lembut.
"Betul ni abang lapar?" Hanis memusingkan badannya mengadap Izzul. Dia terubat dengan cara Izzul memujuknya.
"Ya. Abang lapar ni. Jom kita pergi makan ya. Nanti perut Hanis masuk angin." Tangan Hanis ditarik lembut untuk bangun.
Hanis terus tersenyum senang dan berjalan ke ruang makan bersama dengan Izzul. Dia juga perasan dengan telefon Izzul yang diletakkan di meja ruang tamu. Ketika itu dia tahu bahawa tumpuan Izzul hanyalah untuknya.
Puan Anida yang melihat Izzul dan Hanis ke dapur mula tersenyum senang. Dia sudah meletakkan harapan tentang kehadiran cucunya kelak. Hubungan Izzul dan Hanis juga sudah semakin romatis baginya.
Halangan dua insan itu adalah Hawra sahaja. Dan dia perlu memusnahkannya. Itu niatnya.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...