BAB 39 🌼

8.5K 366 5
                                    

SYARIKAT yang cukup gah itu dapat dilihat dengan jelas oleh Hawra. Saat itu juga dadanya berdebar hebat. Dia cukup kenal dengan syarikat tersebut. Malah dia tidak pernah menyangka bahawa pemilik syarikat itu adalah ayah kepada Faiq.

Faiq terus memandu masuk ke tempat letak kereta di bahagian bawah. Bahagian VIP yang sememangnya kosong diisi dengan kereta milik Faiq.

"Kita dah sampai. Jom turun," ajak Faiq dan menoleh ke arah Hawra.

Faiq terus memegang lembut tangan Hawra selepas dia melihat Hawra termenung. Hawra terus tersentak apabila tangannya dipegang oleh Faiq.

"Are you okay Hawra?" soal Faiq dengan risau.

"Saya okay. Jomlah. Kesian papa tunggu lama nanti," ucap Hawra dan menanggalkan tali pinggang.

Faiq hanya mengunci mulut. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri Hawra.

Hawra mula merasa resah saat mereka berdua di dalam lif. Walaupun Faiq memegang tangannya lembut, jantungnya tidak dapat tenang. Dia sudah sedikit getar saat mereka tiba di tingkat 20.

Mereka berdua berjalan bersama-sama ke arah sebuah bilik yang berada di bahagian agak hujung. Pekerja yang berkerja di aras itu hanya melemparkan senyuman kepada Faiq kerana mereka semua sudah mengenali anak Dato' Mazlan itu.

"Assalamualaikum Kak Syura," sapa Faiq saat berdiri di hadapan meja setiausaha ayahnya.

Syura yang sedang membuat kerja terus tersenyum saat melihat Faiq dan Hawra. Dia juga ada hadir ke majlis pernikahan Faiq dan Hawra.

"Waalaikumussalam. Sampai pun. Dato' dah tunggu dekat dalam," jawab Syura dan bersalaman dengan Hawra. Hawra pula yang berasa kekok dengan layanan baik Syura.

"Terima kasih Kak. Faiq dengan Hawra masuk dulu ya," pamit Faiq.

Hawra juga tersenyum tipis sebelum menurut langkah Faiq ke dalam. Syura hanya tersenyum melihat pengantin baru itu. Baginya mereka dua cukup sepadan. Bagai pinang dibelah dua.

🌼

FAIQ membasuh tangannya selepas keluar dari tandas. Hawra pula masih berbincang dengan Dato' Mazlan di bilik papanya itu. Dia mahu memberi ruang untuk mereka berdua berbincang. Tambah pula dia perasan dengan rasa gugup Hawra itu.

Saat dia berjalan keluar dari tandas dan bergerak ke tengah, bahunya telah terlanggar dengan seseorang. Habis berderai beberapa helai kertas di lantai.

"Sorry Encik," ucap Faiq dan kalut membantu pekerja lelaki itu mengutip kertas.

Saat kertas dihulur ke arah pekerja lelaki itu, wajah Faiq terus berubah. Pertemuan yang tidak pernah dia sangkakan akan berlaku di situ.

Izzul yang memandang ke wajah Faiq juga terkedu. Dia juga tidak menyangka akan terserempak dengan Faiq di situ.

"Kau kerja dekat sini?" soal Faiq dengan nada tidak percaya.

Saat itu dia sedar perubahan sikap Hawra yang tampak gusar sewaktu tiba di situ.

"Ya. Aku kerja dekat sini dah lima tahun," jawab Izzul dan menyusun kertas yang jatuh sebentar tadi.

"Wow. Tak sangka pula aku." Faiq hanya memerhati Izzul yang hanya fokus dengan kertasnya.

Dia dapat melihat penampilan Izzul yang agak berbeza dengan yang dulu. Lelaki itu lebih nampak serius dan kurang senyuman.

"Apa kau buat dekat sini? Pekerja baru ke?" soal Izzul. Hairan.

"Teman isteri aku interview dengan ketua pengarah," ucap Faiq dengan tenang.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now