HAWRA menutup hidungnya saat Faiq berdiri di pintu bilik. Faiq yang baru sahaja pulang dari Johor ternganga melihat perlakuan Hawra itu. Busuk sangat ke dia sampai Hawra membuat muka menahan bau itu?
"Kenapa sayang tutup hidung? Abang bau peluh ke?" soal Faiq pelik.
Bukannya dia berlari sebelum masuk ke dalam rumah. Dia sudah membersihkan badan dan menyembur minyak wangi sebelum bergerak pulang.
"Saya tak suka lah bau abang. Boleh ke abang berdiri jauh sikit," ucap Hawra dengan wajah serba salah.
"Sampai hati sayang. Abang nak peluk sayang. Abang rindukan sayang tau. Dalam operasi pun abang fikirkan sayang dengan anak kita tu," luah Faiq dengan nada kecewa.
Sudahlah hampir tiga bulan dia tidak bersua muka dengan Hawra. Kerinduaannya pada si isteri sudah merajai hati. Tetapi sekarang, dia ditolak oleh Hawra sendiri. Dia baru sahaja mahu memeluk Hawra yang serupa teletubies itu.
"Saya rasa mual bila bau badan abang. Sorry abang," ucap Hawra.
Dia juga mahu melepaskan kerinduannya kepada Faiq. Tetapi tekaknya akan berasa mual ketika Faiq muncul di hadapannya.
"Kenapa anak daddy kejam macam ni? Daddy miss you so much tau," lirih Faiq dengan penuh drama.
Hawra hanya tergelak kecil. Dia juga tidak boleh berbuat apa. Usia kandungannya juga sudah berginjak ke lima bulan. Malah mereka semua juga terkejut dengan perut Hawra yang cukup besar itu. Hasya memberitahu bahawa mereka berdua dikurniakan anak kembar.
Cukup besar nikmat yang diberikan oleh Allah buat hambanya yang bersabar.
🌼
FAIQ duduk termenung di atas sofa. Mahu berada di bilik, dia disekat oleh Hawra. Jadi itu sahajalah tempat untuk dia melepaskan rasa kecewa.
"Kenapa dengan kau ni?" soal Faiz yang baru sahaja pulang daripada mengambil Arjuna.
Arjuna pula sudah naik ke biliknya sebelum bergerak ke bilik Hawra. Itulah rutinnya. Dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan adik kembarnya itu.
"Aku nak tanya kau sikit, waktu Hasya pregnantkan Juna dulu, dia ada alahan apa-apa tak?" Faiq menoleh ke arah Faiz di depannya.
"Hmm...seingat aku takde. Hasya siap boleh bedah mayat lagi waktu tu," ujarnya dengan senyuman tipis.
Isterinya itu benar-benar lain daripada orang lain. Dia juga sudah risau saat itu tetapi Hasya hanya tenang sahaja.
"Aku lupa yang perempuan tu tak berapa normal." Faiq mengeluh perlahan.
"Kenapa? Hawra alahan apa?"
"Dia tak boleh bau badan aku. Betapa dahsyatnya aku diuji. Aku baru balik dari operasi. Baru nak lepas rindu, tetapi jadi begini," luahnya sayu.
"HAHAHA."
Faiz hanya ketawa sakan. Dia dapat melihat wajah kecewa Faiq itu. Sama je dengan muka orang tak bernyawa.
"Mama dulu pun macam tu Faiq." Muncul Datin Farisya dari dapur.
Faiq terus bangun daripada baring.
"Yeke mama? Lama tak mama alahan dengan bau papa?" soal Faiq dengan laju.
"Seingat mama, mama alahan dengan bau papa sampai kamu berdua lahir."
Faiq terus ternganga saat mendengar cerita tersebut. Terasa dipanah petir saat itu juga. Hangus habis harapannya itu.
"Mama. Roh Faiq dah terbang," ucap Faiz dan sambung ketawa.
"Ish kamu ni Faiq. Setiap perempuan ni berbeza. Mama percaya alahan Hawra ni tak lama." Datin Farisya cuba memujuk semula anaknya itu. Kesian betul dia melihat wajah monyok Faiq.
Faiq sudah berasa kosong isi kepalanya. Dia mahu bermanja bersama Hawra. Berbual dengan anaknya itu. Tetapi kerana alahan itu, dia terpaksa bersabar. Dia hanya mampu mendoa supaya alahan Hawra tidak lama.
🌼
"ABANG buat apa?" tegur Hawra yang tiba-tiba muncul di sebelah Faiq.
Sudah seminggu dia tidak berjumpa Faiq secara dekat. Walaupun serumah, mereka hanya berinteraksi melalui whatsapp sahaja.
Tetapi sekarang dia sudah tidak dapat menahan rindu lagi. Dia mahu menatap wajah kacak suaminya itu sendiri di depan mata.
"Ya Allah sayang. Terkejut abang. Sayang buat apa dekat sini?" soal Faiq dan mengacau ayam masak merah di dalam kuali.
Disebabkan rasa bosan, dia membantu Datin Farisya dan Mak Esah memasak di dapur.
"Saya rindu dekat abang. Abang tak reply pun mesej saya. Jadi saya turun lah bawah nak tengok apa yang abang buat. Rupanya tengah memasak. Kemain abang pakai apron," usik Hawra dan ketawa kecil.
Faiq menunduk ke bawah. Apron bunga-bunga kecil itu membuatkan dia juga ketawa. Dia tidak sangka disebabkan kebosanan, dia berubah seperti itu. Jika Malique dan Ali melihatnya saat itu sudah pasti dia akan diejek.
"Eh sayang!" ucapnya tiba-tiba sehingga mengejutkan Hawra.
"Kenapa abang?" Hawra pula cuak. Ada sesuatu yang Faiq terlupa ke?
"Sayang boleh bau badan abang ke?"
"Eh. Haah lah abang. Tekak saya dah tak rasa mual," ucap Hawra apabila tersedar.
Faiq terus memeluk tubuh Hawra dengan rasa terharu. Mujurlah alahan itu itu berlarutan sehingga Hawra melahirkan. Boleh gila dia. Hawra juga tersenyum melihat reaksi Faiq. Dia dapat melihat wajah gembira Faiq itu.
"Amboi bakal mak ayah ni. Dah takde tempat lain nak sweet-sweet?" tegur Datin Farisya yang baru masuk ke dapur selepas mengambil serai di belakang rumah. Mak Esah juga tersengih melihat Hawra dan Faiq yang berpelukan itu.
"Mama. Alahan Hawra dah takde. Faiq nak lepas rindu kejap. Ayam tu Faiq dah rasa. Sedap. Faiq naik bilik dulu ya mama," ucap Faiq dan terus menarik Hawra pergi. Apron juga sempat ditanggal oleh Faiq.
"Gelojoh betul anak sorang ni." Datin Farisya hanya menggeleng kepala sambil ketawa.
Bahagia dia melihat Faiq dan Hawra sekarang. Masing-masing matang dalam hubungan mereka.
🌼
PADA petang itu, mereka berdua menerima satu bungkusan hadiah. Faiq terus membuka kotak itu dan memandang ke arah Hawra.
Hawra terus membaca isi kandungan surat yang diselitkan. Barangan bayi yang diberi juga membuatkan hatinya berasa sebak.
"Assalamualaikum Hawra, ini saya Hanis. Saya nak minta maaf atas segalanya. Maafkan segala caci maki saya pada awak. Saya menyesal dengan semuanya. Saya berharap Hawra mampu maafkan saya yang penuh dengan dosa ni. Izzul beritahu saya yang awak mengandung. Saya doakan supaya urusan awak dan Faiq dipermudahkan. Doakan buat saya dan Izzul juga ya. Saya harap Hawra sudi mendoakan buat kami berdua pula. Saya minta maaf Hawra atas segalanya."
Hawra terus menitiskan air mata. Bahunya dipeluk lembut oleh Faiq. Dia sentiasa memaafkan Hanis dan Izzul atas semuanya. Malah segala caci maki daripada Puan Anida juga telah dia maafkan. Dia tidak mahu berdendam lagi. Cukuplah semua itu menjadi pengajaran terbesar dalam hidupnya.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...