BAB 16 🌼

6K 283 1
                                    

HAWRA terduduk di atas lantai itu. Jiwanya kosong tatkala lafaz cerai itu disebut oleh Izzul. Lelaki yang dulunya cukup menyayangi dan menjaganya. Tetapi sekarang, lelaki itu sudah melepaskan dia buat selamanya.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi depan aku. Keluar dari rumah aku!!" Jerkah Izzul.

Dadanya juga turun naik kerana cuba menahan marah. Hanis di sebelahnya juga tidak berani untuk bersuara. Dia juga takut apabila melihat amukan Izzul.

Puan Anida sudah tersenyum menang. Rancangannya berjaya. Dan Hawra tidak akan lagi menganggu kehidupan anaknya itu. Puas hatinya apabila mendengar lafaz cerai yang disebut oleh Izzul.

Hawra bangun perlahan-lahan. Air mata yang mengalir ke pipi dibiarkan sahaja. Hatinya sudah remuk dengan Izzul.

Saat Hawra mahu mengambil baju yang dibuang oleh Puan Anida. Tiba-tiba timbunan baju itu disepak kasar oleh Izzul. Habis berterabur pakaian Hawra saat itu.

"Kau jangan berani nak bawa apa yang aku bagi dekat kau. Aku tak halalkan semuanya. Keluar dari rumah aku sekarang sebelum aku jadi gila!"

Izzul terus menunding jari ke pintu rumah. Puan Anida sudah mahu menjerit kegembiraan. Akhirnya Hawra akan keluar dari situ.

Hawra cuba menahan rasa marahnya. Dia tidak sangka Izzul sanggup menendang pakaiannya seperti itu. Sikap biadap Izzul hampir membuatkan dia mengamuk. Tetapi dia tahan kerana dia tidak berdaya lagi.

Tanpa menunggu lama, Hawra terus berlalu keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Kepercayaannya pada lelaki yang lagaknya pelindung pada dirinya sudah hilang.

Izzul terus berlalu naik ke tingkat atas. Marahnya masih meninggi saat itu. Wajah Puan Anida juga tidak dipandang langsung.

Hanis terus menghampiri Puan Anida. Jujurnya dia tidak mahu berasa gembira atau tidak.

"Mak yakin ke Kak Ara buat semua tu?" Soal Hanis dengan nada teragak.

"Cara ni je yang kita boleh buat untuk halau dia. Hanis jangan bimbang. Lepasni, rumah ni dan Izzul dah jadi milik Hanis seorang. Baju betina tu nanti mak akan bakar. Jijik mak tengok," luah Puan Anida dengan nada benci.

Selepas itu, Puan Anida terus berlalu ke dapur. Hanis memandang gambar yang berada di atas lantai itu. Dia mahu berasa kasihan kepada Hawra tetapi itu juga adalah keinginan daripada sifat tamaknya.

🌼

BUNYI guruh mula berdentang di langit tinggi. Angin juga membawa anak-anaknya melibas apa sahaja yang mengenainya. Hujan mula turun satu per satu.

Hawra berjalan bagaikan orang yang tiada akal. Air mata yang mengalir tidak kelihatan kerana hujan yang lebat. Langkahnya juga agak terhuyung-hayang.

Fikirannya agak bercelaru ketika itu. Dia mahu menghubungi Manis, tetapi dirinya juga tidak mahu menyusahkan Manis lagi.

Dadanya mula terasa sesak. Cuaca sejuk itu membuatkan badannya menggigil hebat. Hawra memandang ke arah depan. Dia melihat jalan raya yang lenggang itu.

Tiba-tiba otaknya meminta langkah dibuka dan bergerak ke tengah jalan. Hawra langsung melakukan hal tersebut.

Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi hon yang agak nyaring dan panjang. Mata Hawra juga memandang lama ke arah kereta yang sudah laju ke arahnya.

"Ara nak mati mak," ucapnya sebelum tubuhnya dilanggar sehingga membuatkan Hawra terbaring di atas jalan.

🌼

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now