IZZUL menyilangkan tangannya tanda mahu marah. Dia sudah menanti Hawra sejak jam 11 malam lagi. Dan sekarang, pukul 11.30 barulah kelibat Hawra muncul. Dia memerhati setiap pergerakan Hawra yang melangkah masuk ke dalam rumah.
"Kau dari mana?" Soal Izzul dengan wajah ketat.
Hanis sudah masuk ke dalam bilik sebentar tadi. Dia sendiri yang meminta untuk Hanis masuk ke dalam bilik terlebih dahulu. Mujurlah Hanis tidak membantah.
"Saya dari tempat kerja saya lah. Manis hantar saya tadi," jawab Hawra dengan nada lemah. Dia cuma mahu berehat sahaja ketika itu. Badannya sudah lenguh.
"Aku dah cakap kan, balik pukul 11. Jangan nak melilau pergi tempat lain." Nada suara Izzul mula naik satu oktah.
"Apa lagi Izz? Saya penat sekarang ni. Boleh tak awak beritahu saya apa yang awak nak?" Balas Hawra dengan nada tinggi. Dia juga terkejut dengan nada suaranya itu.
"Oh... Dah berani naik suara? Mentang-mentang aku dah ada isteri lain, kau dah tak nak layan aku?"
Izzul mula berjalan mendekat ke arah Hawra. Hawra terus berundur ke belakang. Dia takut dengan Izzul saat itu.
"Please Izz. Saya penat. Boleh tak awak cakap sekarang apa yang awak nak?" Kali ini nada suara Hawra mula kendur.
"Esok mak datang sini. Aku nak kau ambil cuti. Layan mak dekat rumah," pinta Izzul dengan selamba.
"Saya kerja esok Izz. Awak nak saya kena buang kerja ke? Sebelum ni dah banyak saya ambil cuti." Hawra mula berasa serabut.
Dia juga tidak tahu atas niat apa Puan Anida mahu ke situ. Izzul dan Hanis baru sahaja bernikah pada minggu lepas. Sekarang, Puan Anida pula mahu datang menjenguk. Dan dia cukup yakin bahawa dirinya akan dicerca dan diherdik oleh Puan Anida.
"Kalau kau tak kerja pun, aku masih mampu nak tanggung kau. Jangan lawan cakap aku, Ara. Aku masih suami kau," ujar Izzul dengan nada yang ditekan dalam.
Hawra mengeluh perlahan. Nampaknya dirinya lagi yang akan mempunyai masalah kelak.
"Okay..." Jawab Hawra dan mahu berlalu ke biliknya. Tetapi tangannya disambar oleh Izzul.
"Nak apa lagi!!" Marah Hawra. Dia sudah stress saat itu.
"Kenapa muka kau pucat ni?"
Izzul tidak mengendahkan marah Hawra ketika itu. Apa yang membuatkan hatinya risau adalah wajah pucat milik Hawra.
"Tak payah kisah Izz. Awak tak perlu ambil tahu pasal saya dah. Awak pergilah naik ke atas. Kesian Hanis menunggu," ucap Hawra dan melepaskan genggaman tangan Izzul.
"Aku tanya ni Ara. Jawab!" Paksa Izzul.
"Saya cuma segugut. Jadi badan saya penat. Puas hati?" Balas Hawra.
Izzul terus terdiam. Hatinya terus berasa lega.
"Pergilah rehat. Esok kau kena layan mak pula." Izzul terus berlalu naik ke tingkat atas.
Hawra hanya mampu menahan sabar. Tanpa menunggu lama, dia terus menuju ke biliknya untuk berehat. Kepalanya sudah semak dengan semua yang berlaku.
🌼
PUAN ANIDA menjerit sekuat hati apabila Hawra tidak tiba di hadapannya. Hawra yang berada di dapur segera berjalan ke depan. Dia baru sahaja selesai membasuh pinggan. Kerjanya juga tidak henti sejak pagi tadi.
"Ya Mak."
Hawra memandang ke arah meja yang sudah berselerak dengan beberapa buah majalah. Hanis di tepi hanya menayangkan muka tak bersalah.
"Kemas majalah ni semua. Mata aku semak tengok dia berselerak," arah Puan Anida sambil menyilangkan kakinya.
Hawra segera mengutip majalah yang bertaburan di atas meja. Dia segera menyusun kembali majalah itu semua di atas rak. Selepas itu, Hawra sudah berura-ura untuk ke bilik. Pinggangnya sudah terasa sakit ketika itu. Tambah pula, badannya sudah berasa semakin panas sejak semalam.
"Kau nak pergi mana? Aku belum habis cakap lagi!" jerkah Puan Anida.
Hawra lantas berhenti dan memandang ke arah Puan Anida. Kepalanya sudah terasa berpusing-pusing saat itu.
"Bila kau nak cerai dengan anak aku? Aku dah cakap hari tu kan untuk kau minta pisah dengan Izz?" Soal Puan Anida dengan mata yang mencerlung tajam.
"Ara dah minta dekat Izz sebelum dia kahwin dengan Hanis. Tapi Izz tak nak. Izz tetap nak Ara jadi isteri dia," jawab Hawra dengan nada sebak.
"Haish. Bebal. Benda macam ni pun susah nak buat ke? Aku dah semak dengan kata-kata orang kampung aku yang menantu aku ni mandul!" Caci Puan Anida.
Hanis yang memasang telinga hanya bermain telefon. Dia suka mendengar Hawra dimarahi oleh Puan Anida. Tambah pula itu sudah menjadi rancangannya bersama Puan Anida. Mereka mahu membuatkan hati Hawra terluka.
"Maaf mak sebab Ara mandul."
"Ha...tahu pun. Dah tu buat apa nak jadi isteri dekat anak aku lagi. Jijik lah aku. Kau tak berguna pun dekat Izz tu. Dah lah kerja pasar raya je. Cubalah buka sikit minda untuk cari kerja yang berkualiti macam Hanis ni. Kerja dekat hotel tu," bebel Puan Anida dengan rasa sebal.
Hanis yang mendengar kata-kata Puan Anida berasa kembang. Jarang dia dipuji oleh sesiapa hanya kerana dia bekerja di sebuah hotel.
Hawra hanya menunduk ke bawah. Kepalanya sudah terasa sakit dengan suara Puan Anida yang agak bingit itu. Hatinya sudah hancur lumat kerana sering dihina oleh Puan Anida.
"Dah lah. Pergi masuk bilik kau. Maghrib nanti, aku nak kau masak makan malam. Lepastu basuh baju aku. Kalau rosak baju aku, nahas kau!" Sambung Puan Anida lagi.
Hawra hanya mengangguk faham dan berlalu ke dalam bilik. Di dalam bilik, air matanya terus tumpah. Hawra langsung memegang dadanya yang terasa sesak. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
🌼
PADA malam itu, Hawra bersendirian di bilik air. Puan Anida memintanya untuk membasuh bajunya menggunakan tangan. Pandangan mata Hawra juga sudah kabur kerana berasa penat. Malah Izzul juga tidak langsung menjenguk kepadanya.
Dari bilik air itu juga dia dapat mendengar suara gelak ketawa Puan Anida dan Izzul. Mereka berdua kedengaran ceria dengan cerita daripada Hanis itu.
Hanya air mata yang menjadi peneman buat Hawra saat itu. Dia sudah terlalu penat sehinggakan hatinya tidak merasakan apa-apa lagi. Fikirannya hanya mahu mati sahaja.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...