BAB 46 🌼

7.3K 310 1
                                    

BUNYI aircond kereta menjadi satu-satunya bunyi di dalam keretanya. Kedua-dua belah tangan Hawra mengenggam kemas stereng keretanya itu. Kepalanya juga ditunduk ke bawah. Air mata juga menitis satu per satu.

Gambar terbaru dan ayat yang diberikan oleh Maisarah padanya sebentar tadi telah membuatkan dirinya benar-benar kecewa. Tangannya masih menggigil dengan semua itu. Perlu kah dia mempercayai lelaki itu lagi selepas pelbagi bukti diberikan kepadanya?

Sedang Hawra berdebat dengan dirinya sendiri di dalam kereta, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Hawra segera mengesat air mata dan melihat nama pemanggil.

Suaranya terus dibetulkan sedikit sebelum mengangkat panggilan tersebut.

"Hawra dekat mana ni? Kenapa tak balik rumah lagi?" soal Datin Farisya dengan nada risau.

"Hawra tengah drive nak balik rumah ni mama. Tadi pergi jumpa dengan Manis kejap," jelasnya walaupun hakikatnya dia berada di luar taman perumahan itu sahaja.

"Balik cepat ya Hawra. Mama dengan papa dah risau ni. Juna pun tak sabar nak main dengan kamu."

"InsyaAllah ma. Hawra matikan call dulu ya. Lampu hijau dah ni," bohongnya.

"Iya lah."

Selepas skrin telefon itu bertukar gelap, air mata Hawra kembali gugur. Dia berasa bersalah kepada Datin Farisya dan juga Dato' Mazlan. Mereka berdua telah sudi mengambilnya sebagai menantu. Malah dia juga dilayan dengan baik oleh Hasya, Faiz, Arjuna dan pembantu rumah yang lain di rumah agam itu.

Setelah dirinya yakin bahawa dia sudah tenang, Hawra memandu keretanya masuk ke taman perumahan elit itu. Dia tidak mahu membuat Datin Farisya dan yang lain berasa risau.

Sampai sahaja di rumah Dato' Mazlan, jantung Hawra bagaikan mahu pecah. Dia agak terkejut dengan kepulangan Faiq yang sedang berdiri di pintu rumah itu.

Tubuhnya terus terasa gigil. Ketukan di cermin tingkap menyentak tubuh Hawra. Hawra cuba untuk berlagak tenang dan mengambil beg tangannya sebelum melangkah keluar.

Wajahnya terus dihiasi dengan senyuman lebar.

"Bila abang sampai? Kenapa tak beritahu saya?" soal Hawra dengan nada seolah terkejut.

Faiq memandang lama ke arah Hawra. Dia dapat mengesan mata Hawra yang agak merah itu. Seolah baru sahaja selesai menangis.

"Abang saje nak buat suprise dekat sayang. Kenapa mata sayang merah?" soalnya lembut.

"Oh ni. Aircond tu saya hala ke muka saya je. Itu yang mata saya merah sebab pedih. Abang jangan risau ya," balasnya dan merangkul manja pinggang Faiq.

Faiq hanya mengangguk kecil dan melangkah bersama-sama Hawra ke dalam rumah. Hatinya mula terasa lain dengan sikap Hawra saat itu. Seolah sedang menyorokkan sesuatu daripadanya.

🌼

"BOLEH tak kau call aku waktu lain? Aku dengan isteri aku sekarang ni," ucap Faiq dengan nada agak geram.

Hawra yang baru sahaja mahu keluar dari bilik air mematikan hasratnya. Dadanya berdebar saat mendengar suara Faiq yang sedang bercakap di telefon.

"Ya aku tahu. Boleh tak esok kita bincang semula," tekan Faiq lagi.

Selepas itu suara Faiq terus tiada. Hawra menarik nafas terlebih dahulu sebelum melangkah keluar. Bibirnya masih menguntum senyum seperti biasa. Dia dapat melihat Faiq yang sedang ralit dengan telefonnya.

"Abang dah solat Isyak?"

Soalan Hawra membuatkan Faiq tersentak. Telefonnya terus diletakkan ke tepi. Hawra mula berasa lain. Sikap Faiq itu seolah tidak mahu dia melihat apa yang Faiq sedang lihat.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now