BAB 12 🌼

5.7K 247 7
                                    

BUNYI mesin di katil sebelahnya menyedarkan lena Hawra. Pada pagi tadi dia sudah pergi mengambil darah untuk diperiksa oleh Hasya. Badannya juga masih terasa lemah. Perutnya juga sudah diminta untuk diisi.

Hawra memandang sekelilingnya. Hanya ada beberapa pesakit yang sedang berbaring di katil mereka. Hawra cuba bangun dan menyarungkan seliparnya. Selepas itu dia berjalan keluar untuk ke tandas.

Manis yang baru sahaja sampai sudah cemas apabila melihat katil Hawra kosong. Dia risau jika Hawra memutuskan untuk balik ke rumah.

"Kawan kamu pergi tandas rasanya," tegur wanita yang sedikit berumur di katil hadapan Hawra.

"Oh...terima kasih Aunty."

Manis segera bergerak ke bahagian tandas. Dia risau jika Hawra jatuh di sana. Badan Hawra masih terlalu lemah.

Sampai di situ, hati Manis terus berasa lega saat memandang ke arah Hawra yang sedang membasuh tangan di sinki. Hawra juga terkejut dengan kehadiran Manis di situ.

"Bila sampai?" soal Hawra.

Manis segera menyambut tangan Hawra. IV drip yang dipegang oleh Hawra juga diambil alih olehnya. Hawra hanya tersenyum melihat Manis yang bersungguh membantunya.

"Aku baru je sampai. Kenapa tak tunggu aku? Kalau kau jatuh dalam toilet macam mana?"

"Sorry Kak Manis. Aku tak tahan nak buang air tadi. Jadi aku pergi lah sorang," balas Hawra dan duduk di atas katilnya semula.

Manis segera mengeluarkan botol mineral yang baru dibeli. Di membuka penutup botol lalu diserahkan kepada Hawra. Hawra segera meneguk air mineral itu.

"Izz call aku pagi tadi," ucap Manis dan duduk di kerusi kosong sebelah katil Hawra.

"Kau beritahu dia yang aku dekat hospital ke?" Hawra mula berdebar.

"Tak. Aku beritahu dia semalam yang kau tidur dekat rumah aku. Nanti dia fikir yang bukan-bukan sebab kau tak balik semalam."

"Terima kasih Manis. Maaf susahkan kau." Hutang budi kepada Manis sudah cukup banyak buat Hawra.

"Aku akan bantu sahabat aku ni semampu yang boleh. Kau jangan risau. Aku boleh jadi superwoman buat kau," ucap Manis dengan gaya seolah perempuan berotot.

Hawra tergelak melihat cara Manis. Mujurlah Manis ada bersamanya. Jika dia sendirian saat itu, sudah pasti mentalnya sudah hancur seteruk yang boleh.

"Ha...cakap pasal Izz tadi. Dia nak kau balik malam ni. Kau nak ke?" Soal Manis.

"Aku masih tak larat nak balik rumah. Mak mertua aku masih ada dekat rumah." Hawra sudah berasa tidak tenang.

"Apa yang mak mertua kau buat dekat rumah Izz? Nak lawat pengantin baru ke? Baru seminggu kut." Manis mula berasa pelik.

"Aku pun tak tahu. Tiba-tiba kelmarin dia datang. Semua benda aku kena buat sampai aku demam. Izz pun takde tanya pasal diri aku," luah Hawra dan memeluk lututnya.

"Haih. Jantan ni memang kurang ajar. Dia tak tahu ke isteri sendiri tengah demam. Mak dia pun satu. Agungkan sangat perempuan tu. Nak doa yang bukan-bukan nanti macam tak baik," tutur Manis dan cuba bertenang.

"Tak apalah. Kalau aku larat, aku balik malam ni."

"Tak payah lah balik Ara. Aku risau jadi apa-apa dekat kau nanti." Manis sudah berfikir tentang hal-hal buruk.

"Kau tolong cakap dekat Izz yang aku tak sempat nak balik. Aku tak nak dia dengan mak mertua aku tahu yang aku sakit. Nanti dia orang cakap aku buat alasan," jelas Hawra.

"Okay. Kau jangan bimbang. Nanti aku beritahu si Izz tu. Sekarang masa untuk kau makan tengah hari."

Manis membawa meja hospital ke arah Hawra. Lauk hospital yang baru sampai itu agak menyelerakan di mata Hawra. Perutnya juga sudah terasa pedih.

Manis hanya memerhati Hawra yang berselera menjamah makanan. Apa yang dia tahu, Jumaat itu Hawra akan menjalani kemoterapi yang pertama. Dia hanya mampu mendoakan yang baik-baik buat sahabatnya.

🌼

IZZUL berdiri di luar pagar dengan tangan yang dicekak di pinggang. Dia sudah berada di hadapan rumah Manis. Selepas dia makan bersama dengan Hanis, dia terus keluar dengan alasan ada hal dengan kawannya.

Mujurlah Hanis dan Puan Anida tidak bertanya dengan lebih lanjut. Dia sudah serabut dengan kehilangan Hawra yang tidak kunjung tiba ke rumahnya.

Kereta Myvi putih yang baru muncul membuatkan Izzul memejam seketika matanya kerana berasa silau. Selepas itu, dia melihat Manis keluar dari tempat duduk memandu.

"Kau nak apa Izz?" Soal Manis. Dia juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu di situ.

"Mana Ara? Minta dia keluar sekarang," arah Izzul dengan mudah.

"Amboi kau. Mudah je kau arah-arahkan aku. Aku masuk dalam rumah pun belum," balas Manis dengan kasar.

"Ah. Lantak kau lah! Sekarang ni, mana bini aku?" Izzul mula berjalan mendekat ke arah Manis.

Manis terus menyilangkan tangannya ke dada. Dia tidak gentar dengan lelaki bernama Izzul Khalif itu. Izzul juga berasa bengang apabila melihat wajah Manis yang tidak takut dengannya.

"Kau sayangkan Ara lagi ke Izz?" Soal Manis dengan tenang.

"Kau tak perlu tahu lah. Jangan sibuk urusan rumah tangga orang lain," bidas Izzul.

"Aku bukan nak sibuk tentang rumah tangga kau. Cuma aku kesian dekat Ara. Ara tu sahabat aku tau. Sedih dia sama dengan sedih aku. Kalau kau tak sayangkan Ara, lepaskan dia."

"Kalau aku lepaskan Ara sekalipun, kau fikir Ara boleh bahagia ke? Tak boleh. Ara hanya boleh bahagia dengan aku je," balas Izzul dengan wajah penuh lagak.

"HAHAHAHA. Kau mengarut apa ni? Ara dah takde rasa dekat kau. Setiap hari dia cakap dekat aku supaya doakan dia diceraikan oleh lelaki durjana macam kau ni!" Manis memandang tajam ke arah Izzul.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku, Manis!!" Tangan Izzul yang diangkat tinggi itu terhenti apabila melihat wajah Manis yang hanya tenang.

"Aku cuma nak Ara balik. Tempat dia di sisi suami. Berdosa kalau dia tak dengar cakap aku," sambung Izzul.

"Oh...jadi disebabkan kuasa seorang lelaki ni lah yang membuatkan mereka boleh kahwin dua? Kalau perempuan tak setuju, dia kisah apa kan? Sebab dia mampu kawal perasaan isteri dia? Macam tu kan?" Bidas Manis semula.

Izzul terkedu. Dia tertampar dengan ayat Manis.

"Aku tak kisah kau nak kahwin dua atau apa Izz. Cuma aku kisah bila sahabat aku sekarang tengah depressed disebabkan kau. Keputusan semua ada dekat tangan Ara. Kalau Ara cakap dia tak nak balik, aku tak boleh paksa. Kau duduk je lah dekat rumah bawah ketiak mak kau!" Tutur Manis dan bergerak masuk ke dalam keretanya.

Izzul sudah berasa bengang. Kata-kata Manis cukup menampar ego lelakinya.

Pin!!!

Hon yang ditekan oleh Manis mengejutkan Izzul. Izzul segera berganjak ke tepi longkang. Manis yang sudah mematikan keretanya terus keluar.

"Aku minta kau lepaskan Ara. Bagi Ara bahagia macam dulu. Dia dah tak boleh bahagia dengan kau. Mana-mana perempuan pun tak kan bahagia kalau perlu berkongsi. Sama macam kau. Jantan tak guna!" Marah Manis sekali lagi sebelum masuk ke dalam rumahnya.

Izzul mengepal tangannya kerana berasa marah. Dia benar-benar tercabar oleh ayat Manis. Matanya tajam memandang ke arah rumah dua tingkat milik Manis itu. Dia tahu Hawra pasti sedang melihat pertengkaran di antaranya dan Manis. Dan dia tidak akan berputus asa untuk membawa Hawra balik ke sisinya.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now