HAWRA tersenyum melihat pipi Alara yang agak montel itu. Geram mahu menggigit sahaja. Yasmeen juga baru sahaja selesai berpantang. Dia juga sudah berasa selesa berkawan dengan Yasmeen. Yasmeen pula tidak memandang rendah kepadanya.
"Besarnya perut Hawra. Kembar ke?" soal Yasmeen.
"Aah. Berkat doa Meen haritu," jawabnya dengan segan.
Yasmeen terus menekup mulutnya kerana tidak menyangka doanya makbul buat Hawra. Patutlah dia melihat perut Hawra agak besar walaupun usia kandungan Hawra baru sahaja mahu masuk ke enam bulan.
"Dah scan ke perempuan atau lelaki?"
"Belum lagi Meen. Nak suprise. Asalkan dia orang dua sihat. Saya dah bersyukur," ucapnya sambil mengusap perutnya.
"Nanti Alara kawan dengan anak Aunty Hawra ya," ujar Yasmeen sambil mengelus pipi bayinya itu.
"Kawan dengan siapa mama?" muncul Daneen di sebelah Yasmeen.
Daneen juga menyalam tangan Hawra. Hawra juga kagum dengan sifat budak empat tahun itu. Ditambah pula rambut Daneen yang bertoncang dua. Kelihatan cukup comel.
"Kawan dengan anak Aunty Hawra. Ada dua orang."
"Wow. Maksudnya ada dua manusia dalam perut Aunty ke?" soal Daneen sambil menunjuk ke arah perut Hawra.
"Iya sayang. Nanti Daneen kawan dengan anak Aunty ya."
"Mestilah boleh. Daneen dah penat asyik kena buli dengan Abang Yashfi. Sekarang Abang Juna pun buli Daneen," luahnya dengan bibir yang dicebik.
Hawra dan Yasmeen terus ketawa melihat wajah rajuk Daneen. Arjuna juga dibawa oleh dia dan Faiq ke situ. Kata Faiq, Arjuna memang bersekolah sama dengan Yashfi. Boleh dikatakan best friend forever.
🌼
ALI menghulurkan secawan air ke arah Faiq. Mereka berdua duduk di luar sambil memantau Arjuna dan Yashfi bermain bola. Para isteri pula di dalam rumah.
"Tahniah Faiq. Kau dah nak jadi ayah nanti," puji Ali dengan kening diangkat sebelah.
"Alhamdulillah. Aku tak pernah sangka yang aku akan jadi ayah pada usia aku sekarang. Aku ingatkan aku akan single untuk selamanya," balas Faiq.
"Itulah yang kita sebut rahsia Allah. Tiada siapa yang akan tahu apa yang bakal berlaku dalam hidup kita ni nanti kecuali Yang Maha Esa. Jodoh kau, kematian kau, semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz."
"Bila semua ni berlaku, aku tahu erti bersyukur tu macam mana. Setiap yang datang dan pergi pasti membawa makna yang tersembunyi. Andai kita ambil benda tu sebagai yang buruk, maka yang buruklah kita terima," tambah Faiq pula.
"Kun Faya Kun Allah tu cukup hebat. Hawra buktinya."
Faiq mengangguk setuju. Tiga tahun yang lepas, dia berfikir itulah pertemuan terakhirnya bersama Hawra. Dia sentiasa mendoakan kesihatan Hawra walaupun Hasya sendiri tidak dapat memberi kata putus.
Dan selepas tiga tahun, Allah datangkan dia dengan gadis yang sentiasa menemani doanya dalam solat istikarahnya. Semuanya bagaikan termakbul saat doa itu diperkenan.
Malah rezeki buat mereka berdua juga menjadi salah satu nikmat yang Allah nak tunjuk. Hawra sendiri sudah berputus asa untuk mengharapkan zuriat buat diri mereka berdua, tetapi sekarang sudah ada dua roh yang menginap di dalam rahimnya.
Jadi kenapa kita perlu berhenti berdoa? Sedangkan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pemberi. Janganlah kita berputus asa apabila diri kita masih ada tempat untuk meluah.
🌼
HAWRA tersenyum saat mendengar zikir yang diuntaikan oleh Faiq saat mengusap perutnya. Sejak mereka selesai menunaikan solat Isyak, Faiq tidak henti lagi berzikir sambil mengusap perutnya. Hawra pula berbaring di atas paha Faiq dengan telekungnya.
"Sayang mengantuk ke?" soal Faiq dan mengusap pipi Hawra pula.
"Tak lagi abang. Saya suka dengar suara abang berzikir. Rasa tenang je," balas Hawra dan tersenyum.
Faiq hanya tersenyum dan menyambung zikirnya. Dia berharap semuanya dipermudahkan buat isterinya itu.
"Mata abang cantik sangat. Jarang saya tengok orang Melayu ada mata warna macam abang," ucap Hawra sambil merenung mata Faiq yang bewarna cinnamon itu.
"Kalau sayang nak tahu, moyang abang orang England," ucap Faiq.
"Lah yeke. Patutlah mata abang macam ni. Mata Juna pun macam tu. Sebab tu saya fikir abang ni ayah Juna."
Itulah andaiannya sewaktu dia terserempak dengan Arjuna dan Faiq di hospital dulu. Tambah pula Arjuna memanggil Faiq sebagai daddy. Dah sah-sah dia akan beranggapan seperti itu.
"Ramai yang fikir macam tu sayang. Sebab waktu Juna umur 3 tahun, Faiz takde dekat sini. Jadi abang yang banyak luangkan masa dengan Juna tu. Sepupu pun ramai yang ingat abang ni ayah Juna. Penat mama, papa dengan Hasya nak terang."
"Hahaha. Saya harap anak kita pun dapat mata abang. Mata saya tak cantik."
"Siapa cakap mata ni tak cantik? Abang nak marah dia. Mata sayang ni terlalu cantik. Abang terpesona saat pandang mata sayang waktu dekat pasar raya dulu," ucap Faiq dan tersenyum.
"Huh? Pasar raya? Abang pernah jumpa dengan saya ke dulu?" Hawra sudah bangun dan duduk mengadap Faiq.
"Hahaha. Abang tahu sayang mesti tak ingat kan. Dulu abang pernah pergi pasar raya tempat sayang kerja dulu. Waktu tu abang tanya sayang tentang susu pekat dengan susu cair. Sayang yang terangkan dekat abang waktu tu. Waktu tu lah abang terpana dengan mata sayang. Rupanya jodoh abang. Abang ingat nama sayang dekat tudung sayang waktu tu," jelas Faiq dan mencuit pipi gebu Hawra itu.
"Ya Allah. Jadi orang tu abang lah ya?" Hawra mula teringat.
"Aik. Sayang cakap sayang lupa?"
"Yang ni saya tak lupa. Sebab abang seorang je orang pertama yang saya jumpa ada mata warna ni. Lepastu baru Juna. Tak sangka saya abang jumpa saya waktu hidup saya tengah jatuh," ujarnya dengan nada kendur.
"Di sebalik takdir yang membuatmu menangis, sungguh ada takdir Allah yang lain yang belum kita ketahui, tetap lah percaya pada Qada' dan Qadar Allah." Faiq mengucup lembut dahi Hawra.
Sayangnya dia pada Hawra tidak pernah habis.
Hawra terus memeluk tubuh Faiq. Dia berasa cukup bersyukur atas segala yang Allah susun buat dirinya. Diberikan lelaki seperti Faiq sudah cukup membuatkan dirinya bersyukur.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...