HAWRA duduk berdiri di hadapan sinki. Jauh dia termenung sambil mendengar pancuran air paip di bahagian sinki. Hidupnya terasa benar-benar kosong saat itu. Paginya tidak seperti sebelum ini.
"Ehem."
Satu suara dari belakang mengejutkan Hawra. Dia terus berpusing ke belakang. Dada Hawra terus berdegup kencang. Hanis hanya memakai baju tidur yang agak nipis dan terdedah di bahagian atas dada.
"Dah siap masak ke untuk breakfast?" Soal Hanis dan bergerak ke arah coway untuk membasahkan tekak.
"Saya bukan pembantu rumah dekat sini. Jadi breakfast siapkan sendiri," balas Hawra dan menutup paip di sinki.
"Oh my. Jadi selama ni Abang Izz tak breakfast ke sebelum pergi kerja?" Hanis sudah menyilangkan tangan sambil memandang ke arah Hawra.
"Ya. Sebab dia selalu tak sempat nak breakfast. Risau tersekat dalam jammed. Saya minta diri dulu. Saya nak bersiap ke tempat kerja."
Hawra yang baru sahaja mahu beredar terhenti apabila melihat Izzul turun ke bawah. Izzul juga masih dalam keadaan yang baru bangun. Rambut kusut Izzul membuatkan Hawra berasa tidak tenang.
"Dah siap ke sarapan?" Soal Izzul.
"Kejap ya Abang Izz, Hanis baru nak potong lada. Nanti Hanis masakkan nasi goreng ya," balas Hanis dengan lembut dari dapur.
Hawra hanya mendiamkan diri. Hajatnya mahu ke bilik terhalang apabila Izzul berdiri di hadapannya.
"Kau nak pergi mana?" Soal Izzul dengan dingin.
"Saya nak bersiap ke tempat kerja." Hawra hanya memandang ke arah dinding kosong di hadapannya.
"Lambat lagi pukul 10. Kau pergi tolong Hanis masak. Aku dah lapar ni," arah Izzul dan berbaring di sofa ruang tamu.
Hawra hanya mampu bersabar saat itu. Lama-kelamaan dia sudah tidak kenal dengan suaminya itu. Dengan rasa sebal, dia terus bergerak ke dapur. Di dapur, Hanis sudah tersenyum sinis.
"Jadi kau masak ya. Tangan aku pedih sebab pegang lada tadi. Terima kasih Kak Ara," ucap Hanis dan bergerak ke depan.
Hawra menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia cuba bertahan saat itu. Air mata yang sudah bergenang dibiarkan sahaja. Dengan segera dia memotong lada yang ditinggalkan oleh Hanis sebentar tadi. Selepas itu, dia terus menggoreng nasi yang lebih pada hari semalam.
Selesai memasak sarapan, Hawra terus meletakkan nasi goreng ke atas meja dan beredar ke biliknya. Dia dapat mendengar suara gelak tawa Izzul dan Hanis. Sakit yang dirasa di lubuk hatinya dipendam sehabis mungkin.
🌼
HAWRA berjalan menuju ke meja makan. Niatnya adalah untuk bersalaman dengan Izzul sahaja. Selepas itu dia akan pergi ke pasar raya untuk memulakan kerjanya.
"Abang Izz. Abang nak honeymoon ke mana nanti?" Soal Hanis selepas Hawra bersalaman dengan Izzul.
"Hanis nak honeymoon ke mana?"
Izzul masih melihat ke arah Hawra yang sudah berjalan ke arah pintu untuk keluar. Hatinya berasa tidak tenang apabila melihat wajah Hawra yang suram itu.
"Hmm...Kalau kita honeymoon dekat luar negara boleh ke?" Pinta Hanis dengan nada manja.
"Macam tak boleh je Hanis. Abang ada banyak kerja nak selesaikan lepas cuti ni," balas Izzul dan menyuap nasi goreng.
Rasanya masih sama seperti sebelum ini. Sedap. Pujinya di dalam hati.
"Alah...waktu Kak Ara dulu, abang boleh je pergi Bali. Kenapa Hanis tak boleh!" Rentuh Hanis tiba-tiba.
Izzul sudah mengeluh perlahan. Dia sudah dapat mengagak ayat Hanis itu.
"Hanis boleh tak faham situasi abang sekarang dengan situasi abang waktu kahwin dengan Kak Ara?" Tanya Izzul dengan nada serius.
Hanis terus tersentak apabila melihat pandangan tajam daripada Izzul itu. Bibirnya terus dicebik ke depan. Sakit hatinya apabila ditegur oleh Izzul.
"Ada masa terluang, abang bawa Hanis pergi tempat lain ya. Tak perlu pun pergi Bali tu. Takde benda yang best," balas Izzul dan menghabiskan nasi gorengnya.
Hanis hanya mendiamkan diri. Geram dirinya apabila Izzul tidak mahu mengotakan permintaannya. Dia hanya melihat Izzul yang berlalu ke dapur untuk membasuh pinggan. Dirinya pula ditinggalkan sahaja di meja makan. Izzul hanya bergerak naik ke bilik.
🌼
HAWRA melepaskan batuk berulang kali selepas keluar dari bilik stor. Dadanya juga mula berasa sesak kerana habuk di dalam bilik tersebut. Wina yang kebetulan ke belakang melihat Hawra yang terduduk sambil terbatuk-batuk.
"Kau okay tak ni Ara?" Soalnya dengan nada bimbang.
"Aku okay. Habuk dalam bilik tu banyak sangat." Hawra mengosok hidungnya yang terasa gatal.
"Kita pergi depan lah. Kotak-kotak tu kita minta Fairuz dengan yang lain buatkan," ucap Wina. Dia kasihan melihat wajah Hawra yang tampak pucat itu.
Hawra hanya menuruti sahaja langkah Wina untuk keluar dari bahagian belakang. Selepas itu, mereka berdua berpecah untuk menyusun barang di tempat yang telah ditetapkan.
Hawra mula menyusun beberapa tin susu di atas rak. Beberapa pengunjung pasar raya juga semakin bertambah. Dengan segera Hawra memakai mask muka. Dia tidak mahu pengunjung melihat wajahnya yang lesu itu.
Sedang dia menyusun tin-tin susu itu, tiba-tiba dia terdengar satu suara lelaki yang sedang membebel sendirian. Hawra terus berkalih ke tepi dan melihat seorang lelaki yang sedang merenung dua tin susu di hadapannya.
"Apa beza dua susu ni? Nampak macam sama. Tapi packaging berbeza. Satu tulis susu pekat, satu lagi susu cair. Kalau salah beli, kena marah pula dengan mama," bebel Faiq seorang diri.
Hawra tersenyum di sebalik mask mukanya. Dia terhibur mendengar bebelan lelaki itu.
Faiq yang perasan dengan seorang pekerja perempuan di sebelahnya terus menegur.
"Dik. Boleh tolong abang tak?" Soal Faiq.
Dia tidak mahu mengadap naga yang berada dalam kemarahan apabila balik ke rumah nanti.
Hawra tersentak.
Adik?
Dia sudah berumur 29 tahun kut. Hawra terus menoleh dan memandang ke arah Faiq. Saat itu dia terpana melihat mata lelaki itu yang bewarna cinnamon itu. Terasa seolah dipukau saat itu.
"Adik. Adik!!" Panggil Faiq apabila melihat gadis itu termenung.
Hawra yang baru tersedar terus berdiri. Saat berdiri juga, kepalanya terus berasa pening. Dengan cepat dia memaut pada rak di sebelah. Faiq juga memandang pelik ke arah Hawra.
"Encik tanya apa ya tadi?" Soal Hawra selepas pandangannya kembali normal.
"Saya nak minta tolong ni. Susu yang mana satu sesuai untuk buat kek?"
"Oh...kalau nak buat kek. Dua dua susu ni boleh guna," balas Hawra.
"Oh...dua dua ke boleh guna. Puas saya fikir tadi. Terima kasih ya." Faiq segera meletakkan susu cair dan susu pekat ke dalam bakulnya.
Hawra hanya mengangguk dan kembali ke tempatnya. Tetapi tiba-tiba, batuknya datang menyinggah. Malah agak kuat. Faiq yang mahu beredar juga berhenti buat sejenak.
"Adik okay?" Soalnya dengan nada risau.
"Saya okay. Encik jangan risau," balas Hawra dan terus berlalu ke tandas.
Faiq hanya mengangkat bahu dan berlalu ke bahagian lain. Dia berharap gadis itu tidak mempunyai penyakit yang serius. Dia turut berasa simpati kerana melihat wajah cekung milik Hawra.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...