BAB 38 🌼

8.8K 363 5
                                    

HAWRA memakai tudung dengan rasa penuh debar. Dia akan pergi ke perusahaan Dato' Mazlan sebentar lagi. Faiq pula sedang mandi di bilik air. Suaminya itu juga mahu menemaninya ke sana. Dia hanya menurut sahaja. Tidaklah dia kekok saat tiba di situ.

Sedang Hawra ralit mengemas beg tangannya, tiba-tiba bau syampu dihidu agak kuat di hadapan Hawra. Hawra terus mendongak dan memandang dada bidang milik Faiq yang tidak beralas itu.

"Hawra dah siap ke?" soal Faiq dan mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil.

"A...aah," jawab Hawra dan segera menurunkan pandangannya ke bawah.

Jantungnya sudah berdegup kencang saat itu. Tubuh sasa itu agak mengancam naluri perempuannya.

Faiq tersenyum melihat pipi Hawra yang sudah memerah. Dia sengaja mahu melihat reaksi si isterinya itu. Dan ternyata tekaannya tepat. Hawra masih malu dengannya.

"Hawra tunggu kejap ya. Saya nak bersiap." Faiq terus berlalu ke bilik pakaiannya.

Sepantas kilat Hawra terus melepaskan nafas lega. Dia masih tidak bersedia dengan semua yang terjadi sebentar tadi. Kenangan lamanya dulu tidaklah seperti sekarang. Mungkin dulu dia menyayangi lelaki itu dengan terbuka. Tetapi dengan Faiq, dia masih cuba untuk pupuk rasa cinta itu.

Lebih kurang lima minit Hawra menunggu di atas katil, barulah muncul Faiq. Hawra terus memuji ketampanan Faiq yang memakai t-shirt polo bewarna maroon dan juga seluar bewarna hitam.

Faiq hanya tersenyum ke ara Hawra dan bergerak ke cermin. Dia terus membetulkan sedikit rambutnya supaya lebih kemas.

Hawra yang sedang memandang Faiq tersentak apabila matanya bertembung dengan mata Faiq. Faiq lantas memanggil Hawra supaya mendekat.

Dengan rasa debar Hawra berjalan ke arah Faiq. Tiba-tiba Faiq berpusing dan memandang penampilan Hawra dari atas sehingga ke bawah.

"Kenapa? Tak cantik ke?" soal Hawra apabila melihat wajah serius Faiq.

"Boleh Hawra buat style tudung yang lain?" pinta Faiq.

Hawra terus memandang style tudungnya di cermin. Dia hanya membuat style biasa iaitu ikat ke belakang. Baginya semua perempuan melakukan style yang sama.

"Saya tengok ramai perempuan buat style ni. Awak tak berkenan ke Faiq?" soalnya penuh berhati-hati.

"Jujur saya tak berkenan. Sebab Hawra tengah tayang aset seorang wanita tu. Tudung yang kita pakai perlu melepasi dada. Hawra pernah dengar satu hadis ni?" tutur Faiq dengan lembut.

Gelengan kepala Hawra membuatkan Faiq tersenyum. Masih ada banyak yang perlu dididik isterinya itu.

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita dan isteri yang solehah," ucap Faiq dan mencuit lembut hidung Hawra.

Hawra terus terkedu. Dia terkejut dengan cara Faiq menegurnya itu.

"Hawra perlu tahu yang mata lelaki ni berbeza dengan mata perempuan. Tanpa iman yang kuat, mereka dapat membayangkan yang tidak elok pada tubuh seorang wanita. Jadi saya taknak isteri saya ni mempamerkan apa yang perlu dijaga dan ditutup olehnya. Saya tegur sebab saya sayangkan Hawra sangat-sangat," sambung Faiq dan mencium lembut pipi Hawra.

Hawra tersenyum tipis. Teguran lembut itu menjentik satu perasaan baru dalam hatinya. Perlahan-lahan Hawra membuka pin di belakang tengkuknya.

Selepas itu dia membuat style tudung yang menutupi dadanya.

"Macam ni okay?" soalnya dengan wajah yang ceria.

"Good wife. Terima kasih Hawra," ucap Faiq dengan wajah yang berpuas hati.

Hawra melihat semula dirinya di cermin. Jujurnya dia lebih selesa begitu. Selama ini dia tidak pernah ditegur oleh Izzul tentang cara pemakaiannya. Mahu berubah risau disindir oleh Puan Anida mahupun Izzul sendiri.

Hawra memerhati Faiq yang sedang mengambil sesuatu di rak meja. Saat itu dia baru sedar bahawa bajunya mempunyai warna yang sama dengan Faiq.

"Termenung apa tu? Saya dah siap. Jom kita pergi," tegur Faiq dan merangkul lembut jari-jemari Hawra.

Hawra hanya tersenyum dan berjalan seiring dengan Faiq ke bawah.

🌼

DATIN FARISYA yang sedang menyiram pokok bunga di luar memandang ke arah Faiq dan Hawra. Dia suka melihat cara Faiq yang menghulurkan kasut bertutup buat Hawra. Hawra pula masih malu-malu kucing.

"Mama senyum-senyum kenapa?" tegur Faiq yang datang menghampiri Datin Farisya. Hawra juga tersenyum melihat Datin Farisya.

"Mama suka tengok pasangan romantik ni," usik Datin Farisya.

"Faiq mestilah kalahkan pasangan romantik yang satu lagi tu mama. Asyik dia orang je yang sweet-sweet kan?" perli Faiq.

Hawra hanya ketawa. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Faiq itu. Datin Farisya hanya menggelengkan kepala.

"Ni nak pergi syarikat papa ke?" soal Datin Farisya.

"Aah mama. Papa cakap dia nak bagi kerja dekat Hawra."

"Molek sangat lah. Mama pun nak tengok Hawra bekerja semula. Dapat cari pengalaman. Kan Hawra?"

"Betul mama. Harap Hawra dapat sesuaikan diri dengan kerja tu," jawab Hawra dengan rasa segan.

"InsyaAllah. Hawra mesti boleh. Mama percaya pada kamu."

"Okay lah mama. Kita orang gerak dulu. Risau papa tunggu sekarang."

"Iya lah."

Faiq dan Hawra terus menyalam tangan Datin Farisya. Datin Farisya sempat mengusap lembut pipi Hawra. Sayangnya dia pada wanita itu cukup besar.

🌼

HAWRA memandang tidak berkelip saat melihat kereta kepunyaan Faiq. Terasa dirinya kerdil saat itu. Lamunannya mati saat berasa ada tangan yang memegang tangannya.

"Termenung? Kenapa ni Hawra?" soal Faiq dengan lembut.

"Saya rasa serba salah pula nak naik kereta mahal ni," ucap Hawra dengan nada segan.

"Takpe Hawra. Ini dah jadi kereta awak juga. Apa sahaja milik saya adalah milik awak. Jangan risau ya. Kita ni sama je tarafnya. Masih hamba Allah. Jom naik."

Tangan Hawra ditarik lembut. Hawra masuk ke dalam kereta Audi A8 hitam milik Faiq itu. Selepas Faiq menutup pintu, matanya terus memandang rekaan dalaman dalam kereta itu. Cukup-cukup canggih da selesa.

Selepas Faiq masuk, kereta itu terus dibawa meluncur ke jalan raya. Hawra di sebelah sudah kagum dengan cara pemanduan Faiq yang cukup santai itu. 

"Awak izinkan ke saya kerja Faiq?" Soal Hawra tiba-tiba.

"Kenapa? Hawra tak nak bekerja ke?" Faiq sudah pelik.

"Tak lah. Selalunya lelaki kan tak suka kalau isteri dia orang bekerja. Kalau boleh nak suruh duduk rumah je," jelas Hawra  dengan nada sedikit kendur.

"Bagi saya macam tak adil kan. Bila dah kahwin, wanita tu kena berhenti kerja hanya kerana alasan untuk jadi suri rumah. Sedangkan kebahagiaan wanita itu sebelum berkahwin adalah berjumpa dengan kawan-kawan dia dekat tempat kerja. Saya tak nak Hawra jadi macam tu. Tanggungjawab Hawra pada saya masih berjalan selepas pulang daripada kerja kan. Saya tak nak Hawra tertekan kalau asyik duduk memerap dekat rumah. Melainkan kalau tempat kerja Hawra tu beri Hawra tekanan, baru saya halang. Saya setia menunggu Hawra balik ke rumah seperti mana Hawra tunggu saya nanti bila saya pergi operasi," jelas Faiq dan tersenyum.

Hawra menarik senyum tipis di wajahnya. Dia berasa cukup lapang dengan ayat Faiq. Dia bersyukur kerana Faiq tidak memaksa atau menyekat apa jua yang dia ingin lalukan. Malah lelaki itu lebih memahami situasi yang berlaku.

"Hawra kerja elok-elok ya. Apa je masalah yang berlaku, beritahu saya. Saya ada dengan Hawra."

"Terima kasih Faiq."

Faiq hanya tersenyum dan sempat mengucup lembut tangan Hawra. Keretanya tetap meluncur dengan baik di atas jalan raya itu.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now