BAB 19 🌼

5.9K 279 8
                                    

PUAN ANIDA memandang dengan rasa puas. Asap yang berkepul itu dibiarkan sahaja. Api juga sudah semakin marak. Hanis di sebelah hanya memandang dengan rasa kosong. Dia tidak tahu adakah keputusan Puan Anida membakar pakaian Hawra tepat atau tidak.

Sedang mereka berdua memerhati api yang marak itu, kereta Izzul mula masuk ke perkarangan. Hanis sudah berdebar kerana takut Izzul mengamuk manakala Puan Anida hanya berlagak tenang.

Izzul terus keluar dari keretanya saat melihat api yang agak marak di hadapan rumahnya itu. Wajahnya terus berubah saat melihat album perkahwinannya bersama Hawra berada di atas tanah itu.

"Apa yang mak buat?" Soalnya serius.

"Mak bakar semua milik betina tu. Kenapa? Izz juga cakap kan dia tak boleh bawa barang dia dari rumah ni. Daripada jadi buruk, baik mak bakar," jawab Puan Anida dengan rasa bangga.

"Izz tak pernah arahkan untuk mak bakar!" Tekan Izzul dengan nada marah.

Hanis sudah serba salah di situ. Dua beranak itu sudah membuatkan dirinya terasa tersepit.

"Mak tak perlu tunggu arahan kamu. Mak ni ibu kamu. Kamu yang sepatutnya dengar cakap mak!" Marah Puan Anida kembali.

"Okay. Mak nak sangat bakar semua tu, mak bakarlah. Tapi Izz minta satu je daripada mak. Esok balik kampung semula. Izz tak nak mak duduk sini," ucap Izzul dan mengambil album yang separuhnya sudah terbakar.

Setelah itu dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Anida terus ternganga dengan kata-kata Izzul. Dia tidak sangka Izzul akan menghalaunya juga.

Hanis menggigit bawah bibirnya. Dia berasa cemburu apabila Izzul mengambil album yang hampir terbakar seluruhnya itu. Dia tahu Izzul pasti berasa ralat dengan apa yang berlaku.

🌼

IZZUL membuka album yang hampir terbakar itu. Hatinya terus berasa sakit saat memandang gambar nikahnya bersama Hawra enam tahun yang lalu.

Air mata terus menitis ke atas gambar itu. Dia rindukan Hawra seperti dulu. Kenangan manis mereka bersama yang amat dia rindukan.

Izzul terus terduduk di atas lantai biliknya. Segala kenangan mula memainkan pita rekod mereka sendiri di hadapan Izzul. Izzul terus menangis teresak-esak kerana berasa kecewa atas apa yang dilakukan oleh Hawra.

🌼

MALAM itu Hawra sudah berdebar kerana berada semeja dengan keluarga besar Datin Farisya. Dia sudah berasa tidak selesa apabila diajak makan malam bersama.

"Jadi kamu lah Hawra tu ya?" Soal Dato' Mazlan dan tersenyum.

Hawra yang duduk di sebelah Datin Farisya terus kalut. Dia segera menunduk kepalanya ke arah meja.

"Ya saya Dato'," jawabnya gugup.

"Panggil Uncle je. Jemputlah makan Hawra. Buat macam rumah sendiri," jemput Dato' Mazlan dengan ramah.

Hawra hanya tersenyum tipis. Dia dapat melihat Hasya meletakkan ayam goreng ke dalam pinggannya dan sambal belacan daripada Datin Farisya.

"Sedap ni Hawra. Mama kalau buat sambal belacan memang power," puji Hasya dengan ceria.

Faiq juga mengangguk setuju. Datin Farisya memang pandai dalam memasak makanan kampung.

"Grandma ni chef terkenal tau Kak Hara. Selalu dengar bunyi lesung pipit dekat dapur," ucap Arjuna dan mengunyah ayam goreng.

"Bukan lesung pipit Juna. Lesung batu," tegur Hasya dan mencuit pipi gebu itu.

"Oh. Juna salah ya." Arjuna terus ketawa.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now