4 TAHUN KEMUDIAN...
HAWRA meletakkan beg tangannya di atas meja. Dia baru sahaja pulang daripada kerja. Suasana rumah yang sunyi itu membuatkan Hawra berasa pelik. Dia dan Faiq sudah berpindah ke rumah itu selepas melahirkan anaknya 4 tahun yang lalu.
"Abang? Hawa? Hijjaz?" Panggilnya sambil mengutip beberapa mainan yang berada di atas lantai.
"Epi beday mommy. Epi beday to mommy. Epi beday to mommy!!!" Muncul suara yang bergema di ruang bawah itu.
Hawra terus ternganga selepas melihat anak kembarnya itu menyanyi riang. Faiq pula sedang memegang kek di belakang kembar itu.
"Mommy cry?!" Ucap Hijjaz dengan nada terkejut.
"Mommy happy sangat. Sini mommy nak peluk," ucap Hawra.
Hawa dan Hijjaz segera berlari ke arah Hawra dan memeluk tubuh ibu mereka dengan erat. Faiq juga tersenyum melihat Hawra yang sudah menitiskan air mata.
"Hawa sayang mommy so much," ungkap Hawa dengan nada sedikit pelat.
"Hijjaz pun sama mommy. Hijjaz love mommy so so much. Lebih daripada daddy sayang mommy," ucap Hijjaz pula.
Faiq terus tercengang mendengar kata-kata Hijjaz. Bertuah punya anak. Sempat dirinya dijatuhkan.
"Hahaha. Sayang daddy dekat mommy tak setanding Hijjaz tau." Faiq mula mahu mengusik Hijjaz.
Hawra sudah menggeleng kerana tahu apa yang ingin diucapkan oleh Faiq itu.
"Huh? Dekat mana yang daddy lebih? Hijjaz nak lawan."
Hijjaz berjalan pula pada Faiq. Mahu menandingi ayahnya itu. Hawa pula masih berada di pelukan Hawra.
"Daddy hidup dengan mommy sebelum Hijjaz hidup lagi. Jadi Hijjaz fikirlah siapa yang lebih sayangkan mommy?" Ujinya.
"Hijjaz pergi mana waktu tu? Mana boleh!! Hijjaz sayang mommy lebih daripada daddy!!" Rengek Hijjaz dan terus menangis.
"Abang. Tak baik buat macam tu." Tegur Hawra.
Faiq terus meletakkan kek di atas meja dan mendukung Hijjaz yang sedang menangis teresak-esak.
"Tak handsome dah anak daddy sorang ni. Sayang Hijjaz pada mommy tak dapat kalahkan daddy. Hawa pun sama. Sebab..."
Faiq mendukung Hawa pula di belah kiri.
"Sebab kembar daddy ni adalah anugerah buat mommy dan daddy. Kamu berdua pelengkap hidup mommy daddy." Faiq terus mengucup pipi Hijjaz dan Hawa.
"Dan tanpa daddy juga, Hijjaz dengan Hawa takkan ada dengan mommy. Jadi kamu berdua kena ucap terima kasih pada daddy," tutur Hawra pula.
Hijjaz terus mengesat matanya dan memandang ke arah Faiq.
"Hijjaz say sorry daddy. Hijjaz love you so much," ucapnya dan mencium pipi Faiq.
"Hawa pun. Hawa pun. Daddy hero Hawa dan mommy." Hawa juga mencium pipi Faiq.
Faiq terus berpusing kerana berasa gembira. Hawra yang melihat kegembiraan mereka bertiga berasa cukup bahagia. Itulah anugerah yang tidak pernah dia bayangkan akan dapat suatu hari nanti.
🌼
"MOMMY dah pesan kan jangan main lari-lari," bebel Hawra dan mengusap lutut Hijjaz yang terseret tanah.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...