BAB 7 🌼

5.7K 245 2
                                    

HANIS melempar bingkai gambar perkahwinan Izzul dan Hawra. Dia benci melihat senyuman Hawra di dalam gambar itu. Sudah seminggu dia dan Izzul berkahwin. Malah Hawra juga masih kekal di dalam rumah itu.

Serpihan bingkai gambar itu dipandang kosong. Fikirannya mula serabut. Setiap pagi Izzul akan menghantar Hawra ke tempat kerja Hawra. Malah dia dijamah dengan cara Izzul yang mengucup lembut dahi Hawra sebelum mereka berdua keluar ke tempat kerja masing-masing.

Saat itu Hanis mula berfikir. Adakah Izzul tidak pernah berniat untuk melepaskan Hawra? Adakah selama ini, hubungan mereka berdua dalam keadaan yang baik-baik sahaja?

Hanis mula berasa serabut. Dia tidak mahu Hawra atau mana-mana perempuan berada di sisi Izzul. Dia mahukan Izzul seorang untukknya.

Nombor telefon Puan Anida lantas dihubungi. Dia terus meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Puan Anida. Puan Anida juga mula berang selepas mendapat tahu yang Hawra tinggal di rumah yang sama dengan Hanis.

"Hanis jangan bimbang. Esok mak datang KL. Nanti mak bercakap sendiri dengan Izz. Hanis jangan sedih ya," pujuk Puan Anida dengan lembut.

"Hanis cuma tertekan mak. Kenapa Abang Izz masih tak ceraikan perempuan tu? Abang Izz cakap dia sayangkan Hanis seorang je. Tapi Hanis sendiri nampak dia layan perempuan tu dengan baik," luah Hanis dan terus menangis.

Puan Anida mula berasa cemas. Dia tidak boleh membiarkan semua itu berlaku. Dia perlukan Hanis untuk memberikan cucu buatnya.

"Hanis sabar sehari je ya. Esok mak sampai. Jangan risau."

Hanis hanya mencebik. Dia mahukan Puan Anida untuk datang pada hari itu juga. Dia mahu menghalau Hawra pergi dari rumahnya itu.

"Okay mak. Abang Izz dah balik ni. Hanis tutup call dulu ya. Bye," ucap Hanis dan terus menamatkan panggilan telefon itu.

Selepas itu dia segera mengambil penyapu dan penyodok. Gambar perkahwinan yang berada di atas lantai dipijak bersungguh-sungguh sebelum meletakkannya di atas rak semula. Selesai mengemas semua itu, barulah dia turun ke bawah.

Izzul dilihat sedang berehat di ruang tamu sambil mencabut tali lehernya. Hanis dengan manja duduk di sebelah Izzul. Bahu dan lengan Izzul dipicit manja.

"Awal abang balik harini?" Soal Hanis dengan lembut.

"Meeting abang tiba-tiba cancel." Izzul mula meraup wajahnya tanda kusut.

Hanis hanya mengangguk sahaja. Dia tidak faham dengan mesyuarat yang disebut oleh Izzul itu.

"Esok mak cakap nak datang," ucap Hanis.

"Huh? Buat apa?" Nada suara Izzul mula meninggi.

"Hanis tak tahu. Mak cakap nak lawat kita. Abang janganlah marah." Hanis mula menghentikan urutannya dan mempamerkan wajah muram.

"Abang minta maaf. Abang cuma stress kerja je. Hanis dah makan?" Soal Izzul untuk memujuk.

"Belum. Hanis tunggu abang," balas Hanis dengan nada kendur.

"Okay. Kalau macam tu, mari kita pergi makan. Abang bawa Hanis makan luar." Izzul sudah berdiri dari sofa.

"Kak Ara nanti macam mana abang?" Hanis sengaja mahu melihat reaksi Izzul.

"Dia selalu makan dekat luar. Tak payah kisahkan dekat dia," balas Izzul dan berjalan ke luar semula.

"Okay abang. Kejap. Hanis nak pakai tudung dulu. Abang tunggu tau." Hanis terus berlari naik ke bilik untuk bersiap.

Izzul mengeluh perlahan. Dia berasa seperti berkahwin dengan budak-budak. Hanis dan Hawra cukup berbeza. Jam di tangan ditilik sesaat. Baru pukul 6.30 petang. Hawra selalunya pulang pada jam 11.00 malam. Hatinya mula berasa gelisah apabila memikirkan tentang isteri pertamanya itu.

"Abang. Hanis dah siap. Jom."

Muncul Hanis dan melenyapkan kerisauan Izzul. Izzul hanya tersenyum dan mereka bergerak ke arah kereta.

🌼

HAWRA cuba menahan rasa sakit di bahagian dada dan perutnya. Entah kenapa dia berasa sesak di dua bahagian itu. Rakan sekerjanya yang lain juga sudah beransur pulang.

"Kau okay tak ni Hawra?" Soal Fairuz yang kebetulan berselisih dengan Hawra.

"Aku okay. Kau janganlah risau. Pergilah balik," balasnya lembut.

Senyuman di wajah dipaksa untuk dibentuk.

"Kalau kau tak larat, aku bawa pergi klinik. Pucat sangat muka kau ni."

Fairuz sudah mula risau. Mahunya Hawra tiba-tiba pengsan, siapa yang mahu membantu?

"Jangan risaulah. Aku dah order grab tadi. Ubat pun dah telan beberapa biji," bohongnya.

Fairuz mula berasa serba salah. Mahu menemani Hawra, risau orang sekeliling memandang serong.

"Aku teman kau sampai dekat luar lah. Boleh?" Putusnya.

"Boleh lah..." Hawra sudah malas menolak permintaan Fairuz itu. Diikut sahaja kehendak lelaki itu ke depan pasar raya.

🌼

MANIS mengetuk-ngetuk stereng keretanya. Sudah 10 minit dia menanti Hawra untuk keluar. Tetapi bayang sahabatnya itu masih belum muncul. Disebabkan rasa tidak sedap hati, Manis segera melangkah keluar. Dia terus berjalan masuk ke dalam pasar raya yang sudah mahu tutup.

"Ara! Kenapa muka kau pucat sangat ni?" Soal Manis saat memandang ke arah Hawra yang baru sahaja berjalan ke muka pintu.

"Eh Manis. Kau buat apa dekat sini?" Hawra juga terkejut dengan kehadiran sahabatnya itu.

Fairuz juga memandang hairan dengan kemunculan gadis itu.

"Aku datang nak jemput kau balik. Kau tak sihat ke Ara? Kau demam?"

"Err. Fairuz, kawan saya dah datang pula. Terima kasih ya," ucap Hawra dengan nada kekok.

"Okay lah macam tu. Saya balik dulu ya. Assalamualaikum," pinta Fairuz dan berlalu keluar.

Manis terus memandang ke arah wajah Hawra semula. Hatinya masih gusar dengan keadaan Hawra saat ini.

"Aku segugut je ni. Mungkin sebab tu nampak muka aku macam pucat," luah Hawra.

Mereka berdua berjalan bersama-sama ke arah kereta Manis. Manis sudah berasa lain. Tak kan disebabkan segugut, muka Hawra pucat tidak berdarah?

"Kita pergi farmasi nak tak?" Cadang Manis saat mereka berada di dalam kereta.

"Takpe lah Manis. Izz dah call aku tadi, minta aku balik cepat. Ada benda nak cakap katanya," ujar Hawra dengan keluhan berat.

"Ish. Geram lah aku dengan mamat gatal ni. Esok kita pergi klinik ya. Please Ara. Aku risau tengok kau ni," ajak Manis dengan pandangan berharap.

"InsyaAllah. Kau jangan bimbang. Balik nanti aku telan panadol."

Manis terpaksa juga mendengar kata-kata Hawra. Dia tidak mahu membuatkan Hawra berasa serabut. Sepanjang perjalanan juga, Hawra lebih banyak memejamkan mata. Manis pula yang berasa kasihan melihat Hawra yang kepenatan.

"Ara. Kita dah sampai," kejut Manis dengan lembut.

Hawra terus membuka mata. Dia memandang sayu ke arah pagar rumah itu. Terasa tidak mahu menjejakkan kakinya di situ. Malah sikap Izzul yang kadang baik dan kadang kejam padanya membuatkan Hawra berasa stress.

"Terima kasih Manis. Kita jumpa esok ya," ucap Hawra dan bersalaman dengan Manis.

"Kalau ada apa-apa yang buruk berlaku, call aku terus tau. Aku sentiasa ada untuk kau," pesan Manis.

Hawra hanya mengangguk dan melangkah turun. Selepas melihat Hawra masuk ke dalam perkarangan rumahnya, barulah Manis bergerak pergi. Dia berharap tiada apa yang buruk berlaku kepada Hawra.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now