BAB 28 🌼

6.4K 303 10
                                    

TANGAN Izzul sudah menggigil hebat. Kertas yang diterimanya saat itu membuatkan segala perasaan datang menerpa.

Marah.

Kecewa.

Sedih.

Semuanya sekali. Dia cuba untuk menahan rasa sakit di bahagian dadanya. Kenyataan yang agak sukar untuk dia terima ketika itu.

Izzul terus mengambil beg kerjanya dan berlalu keluar dari pejabatnya. Pekerja yang lain juga memandang pelik ke arah sikap Izzul itu.

🌼

MANIS meletakkan sepinggan kuih ke atas meja. Hawra pula sedang ralit membaca novel. Dia masih berada di hospital kerana memerlukan pemantauan serius daripada Osman dan pasukan perubatan lain.

"Ralitnya kau baca novel tu," tegur Manis apabila fokus Hawra hanya tertumpu pada novel di tangan.

"Hehehe. Rasa seronok pula bila baca novel ni. Walaupun hidup aku tak seindah novel ni. Kita berangan je lah kan," ucap Hawra dengan senyum tipis.

"Doa kan ada Ara. Kau doakanlah semoga Allah kurniakan kau seorang lelaki yang bertanggungjawab lepas ni. Aku percaya kau boleh bahagia," pujuk Manis.

"Terima kasih Manis. Aku aminkan doa kau tu."

Hawra memandang tajuk novel yang dipegang.

'Saat Bahagia Kita'.

Dia juga mengharapkan kisah hidupnya seindah perjalanan watak di dalamnya.

Sedang mereka berdua berbual, tiba-tiba pintu bilik Hawra dibuka dari luar. Mereka berdua terus menoleh ke arah pintu dan melihat seorang lelaki berdiri di situ.

Manis terus berdiri dan memandang tajam ke arah Izzul. Hawra juga terkejut dengan kehadiran Izzul di situ. Malah penampilan lelaki itu juga agak serabai saat itu.

"Kau nak apa datang sini?" Soal Manis dengan cukup lantang.

"Aku nak cakap dengan Ara sendiri." Izzul menapak sedikit ke dalam.

"Saya tak nak cakap apa-apa dengan awak. Please, keluar dari bilik saya," ucap Hawra tanpa memandang ke arah Izzul.

"Kejap je Ara. Tolonglah bagi aku peluang untuk cakap dengan kau," rayu Izzul dengan wajah yang muram.

"Eh Izz. Kau sendiri yang dah bagi amaran pada Ara supaya jangan ganggu kau kan. Lepastu, sekarang ni kau pula merayu nak bercakap dengan Ara? Kenapa? Sebab kau dah tahu dia sakit?"

Sabar Manis sudah menipis. Semakin lama dia melihat wajah Izzul, semakin bertambah rasa marahnya pada Izzul. Terasa mahu dicarik sahaja wajah lelaki itu.

"Kenapa kau tak beritahu aku yang kau ada kanser? Kenapa kau diamkan je?" Soal Izzul dengan rasa sebak.

"Manis. Aku tak nak tengok muka dia." Hawra sudah mengenggam kemas selimutnya kerana rasa takut.

"Tolong keluar dari sini, Izz. Kau tak diundang. Kau dengan Ara dah berpisah. Tak guna kau nak menyesal sekarang. Tolonglah keluar," desak Manis lagi.

"Aku minta maaf Ara. Aku menyesal. Kalau aku tahu kau ada penyakit, aku takkan..."

"Keluar!!!" Jerit Hawra sekuat hati.

Tersentak Manis ketika itu. Dia tidak menjangkakan Hawra akan menjerit saat itu. Izzul juga tergamam dengan jeritan suara Hawra.

"Kau tak payah nak menyesal sekarang! Hidup aku dah musnah disebabkan kau. Aku benci kau seumur hidup aku!!!" Bentak Hawra.

Saat itu dadanya mula berombak hebat. Air matanya mula turun dengan lebat. Manis terus memeluk tubuh sahabatnya itu. Dia juga terkejut dengan amukan Hawra saat itu.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now