BAB 27 🌼

6.4K 285 3
                                    

OSMAN menyilangkan tangan ke dada. Matanya ditajam menusuk ke arah Izzul. Izzul sudah menunduk ke bawah kerana tidak berani bertentang mata dengan Osman. Hanis sudah berbisik untuk bertanya gerangan lelaki itu tetapi Izzul hanya diam.

"Aku nak korang berdua minta maaf dekat adik aku," ucap Osman selepas lama berdiam.

Aina dan Hawra terus tersentak. Mereka berdua tidak menjangkakan hal itu diucap oleh Osman.

"Adik? Dia ni abang pada Kak Ara ke bang?" Bisik Hanis kerana tidak percaya.

"Maafkan Izz, Abang Osman." Izzul terus membuka mulut dan memandang ke arah Osman.

"Bukan dekat aku, tapi adik aku. Sekali dengan bini kau tu. Minta dia minta maaf dekat adik aku." Osman mula memperbetulkan ayat Izzul.

Izzul terus mengetap giginya tanda marah. Hanis sudah berubah mukanya menjadi tegang.

"Aku minta maaf Ara," ucap Izzul dengan rasa sebal.

"Abang! Kenapa kita pula yang nak kena minta maaf?" Marah Hanis.

"Hanis. Please. Minta maaf je dekat Ara. Hanis dulu yang cari dia," tegur Izzul dengan nada yang tegang.

Hanis terus merengus dan berlalu pergi dari situ. Wajah Hawra juga tidak langsung dia toleh. Dia tidak akan merendahkan egonya untuk meminta maaf pada perempuan seperti Hawra.

Izzul terus mengeluh perlahan. Dia juga terkejut dengan pilihan Hanis yang berlalu pergi begitu sahaja. Saat dia mahu membuka langkah, bahunya disentuh oleh Osman. Terkaku terus langkah Izzul.

"Terima kasih sebab lepaskan adik aku. Terima kasih Izz," sebut Osman dan melepaskan tangannya dari bahu Izzul.

Selepas itu, Osman terus menolak kerusi roda dari ruangan kafeteria itu. Hawra juga tidak memandang langsung wajah Izzul sewaktu bergerak pergi.

Izzul memandang lama ke arah mereka bertiga yang sudah jauh daripadanya. Saat itu dia mula bertanya sebab Hawra dimasukkan ke hospital dan berada di atas kerusi roda. Dia perlu menyiasat perkara itu.

🌼

IZZUL menamatkan panggilan telefon itu. Dia sudah meminta seseorang untuk menyiasat penyakit yang dialami oleh Hawra. Sejak dia dan Hanis tiba di rumah dua hari lepas, fikirannya asyik teringat pada Hawra.

Wajah Hawra yang cekung dan tidak bermaya itu berlegar-legar di kotak fikirannya. Tubuh yang semakin kurus itu mengugat hatinya.

Malam semalam juga, dia bergaduh kecil dengan Hanis atas apa yang berlaku. Dia memarahi Hanis kerana pergi berjumpa dengan Hawra. Jika Hanis tidak menegur Hawra dahulu sudah pasti dia tidak akan berjumpa dengan Osman.

Malah bekas abang iparnya itu seolah seronok dengan perpisahannya dengan Hawra. Hal itu membuatkan egonya tercabar.

"Jauh termenung Izz?" Tegur satu suara parau dari arah belakangnya.

Izzul terus berpusing dan melihat Jamal di hadapan cawan kopinya.

"Takde lah." Izzul tersenyum tipis sahaja.

"Aku dengar isteri kau mengandung. Betul ke?" Soal Jamal sambil mengacau airnya.

"Macam mana kau tahu?"

Izzul agak tersentak. Dia tidak memberitahu sesiapa lagi tengang kandungan Hanis itu.

"Kau lupa ke Izz, Hanis kan kawan dengan tunang aku. Tunang aku cakap Hanis buat status whatsapp tunjuk buku pink. Congrats Izz," ucapnya sambil tersenyum.

Izzul terus terkedu. Dia sudah memberitahu Hanis supaya merahsiakan dahulu kandungan itu. Malah pada Puan Anida dan Tuan Zamir juga dia menghalang Hanis daripada memberitahu terlebih dahulu.

Tetapi sekarang, orang luar sudah mengetahui tentang hal itu. Atau mungkin sudah ramai yang sudah tahu selepas melihat status yang dibuat oleh Hanis.

"Bekas isteri kau dulu tu pun tak pernah mengandung kan? Alhamdulillah untuk yang ni Izz," tutur Jamal dengan penuh makna.

"Rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah," jawab Izzul dengan rasa tidak selesa.

"Aah kan. Rezeki kahwin dua pun Alhamdulillah. Tahu-tahu isteri pertama diceraikan untuk yang kedua," sindir Jamil pedas.

"Kau nak apa ni Jamil? Tak perlu pun nak sindir aku macam tu." Izzul cuba menahan marah.

"Aku tak cakap benda salah pun. Hawra tu dah banyak gila berkorban untuk kau. Tapi kau cari orang lain. Itu yang aku rasa simpati dekat dia."

Izzul terus mencekak kolar baju Jamil. Barannya tidak dapat ditahan lagi.

"Izz. Sedar diri sikit. Posisi kau dalam syarikat ni berkat Hawra tarik diri dulu. Kalau tak, kau yang tak pandai buat kerja ni takkan dapat bertahan lama. Nafsu kau tu yang tak dapat dikawal. Kebulur nak kahwin dua. Kesian Hawra. Tapi okay lah kan. Kau dengan Hawra dah cerai. Harap Hawra jumpa dengan lelaki yang tulus dengan dia. Sebab bagi aku, Hawra tu ada semuanya yang lelaki nak untuk dijadikan isteri," ucap Jamil dan menepis tangan Izzul.

Selepas itu, dia terus berlalu pergi dengan cawan kopinya. Izzul terus menumbuk meja di pantri itu. Hatinya cukup membara apabila mendengar kata-kata Izzul itu.

🌼

HAWRA memerhati Arjuna yang rancak membaca buku cerita padanya. Saat itu, fikirannya mula menerbang tinggi. Kata-kata Hanis tempoh hari masih berbekas dalam hatinya.

"Kak Hara. Putera idaman tu wujud ke?" Soal Arjuna tiba-tiba.

Hawra yang sedang mengelamun terus tersentak. Dia terus memandang ke arah Arjuna dengan mata terkebil-kebil.

"Apa dia Juna?" Soal Hawra sekali lagi.

"Prince charming tu wujud ke?" Arjuna bertanya semula.

"Wujud bagi akak. Kalau Juna? Juna rasa wujud ke?"

"Hm...Juna rasa wujud. Contoh dia daddy dengan Papa." Arjuna menjawab ceria.

Hawra tersenyum mendengar ayat Arjuna. Dia sudah dapat mengagak jawapan daripada mulut kecil itu.

"Kenapa ada daddy dengan papa?" Hawra mula pelik.

"Sebab daddy dengan papa tu ayah Juna lah. Kak Hara tak faham ke?" Balas Arjuna semula.

"HAHAHA. Juna ni. Akak fahamlah. Akak cuma pelik kenapa Juna panggil dengan dua nama," jelas Hawra. Tak memasal dia rasa direndahkan oleh budak empat tahun.

"Sebab Juna ada dua ayah. Kak Hara ada berapa ayah?" Soal Arjuna semula.

"Kak Ara ada seorang ayah je."

Kepala Hawra sudah berasa pening. Dia kurang jelas dengan kata-kata Arjuna saat itu. Ada dua ayah tetapi yang sering dia lihat adalah Faiq sahaja. Malah hubungan mereka berdua juga tampak seperti ayah dan anak.

Takkanlah Arjuna adalah anak angkat Faiq dan Hasya. Saat itu Hawra cuba menerima andaiannya itu.

"Kak Hara. Juna laparlah. Juna nak ice cream." Tiba-tiba Arjuna meminta.

"Mana Grandma Juna?"

Sudah 10 minit dia bersendirian bersama dengan Arjuna di biliknya. Datin Farisya juga mengatakan dia ada hal di luar sebentar.

"Juna tak tahu. Kak Hara cepatlah sembuh. Juna nak ajak Kak Hara jumpa Daddy," ucap Arjuna dan memegang tangan Hawra.

"Daddy Juna ada dekat tempat jauh ke?"

Hawra juga sudah lama tidak bersua dengan Faiq. Selalunya lelaki itu akan ada bersama Hasya atau Arjuna. Tetapi sudah dua bulan mereka berdua tidak bertemu.

"Daddy kerja dalam hutan Kak Hara. Daddy tengah lindungi negara. Macam papa," jelas Arjuna.

Hawra sudah tidak dapat mencerna ayat-ayat Arjuna. Kepalanya sudah pusing. Tidak lama selepas itu, muncul Datin Farisya. Barulah Arjuna tidak berbual dengannya kerana sibuk mengunyah roti yang dibeli oleh Datin Farisya.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now