BAB 35 🌼

7.5K 315 7
                                    

BULAN baru berkalih dengan laju. Pejam celik pejam celik tibalah hari yang bermakna buat insan bernama Faiq Hilman. Pada pagi itu dirinya akan melafazkan akad nikah. Dirinya yang sudah berumur 34 tahun ini akan mengakhiri zaman bujangnya.

"Kau okay tak?" Soal Malique yang kebetulan membantu Faiq memakai sampin.

Ali yang sedang membetulkan songkoknya menoleh ke arah Faiq dan Malique. Dia juga baru sahaja sampai di masjid sebentar tadi bersama dengan Yasmeen, Yashfi dan Daneen.

"Aku dah ada dekat sini. Takkan aku tak okay pula kan. Don't worry. Ini Faiq Hilman. Tak de apa yang ditakuti olehnya kecuali Allah," ucap Faiq dengan tenang.

"Fuh. Ayat mengalahkan pahlawan Mat Kilau," ujar Ali sekadar memuji.

Faiq hanya tersenyum dan duduk di tempat yang disediakan untuk pihak lelaki. Beberapa tetamu dan saudara terdekat juga mula berkumpul. Debar di dalam hatinya mula rancak.

Arjuna pula hanya melepek di riba Hasya. Anak kecil itu demam sejak semalam. Suhu badan Arjuna juga masih berada di tahap panas. Hasya bercadang untuk tidak membawa Arjuna ke situ, tetapi Arjuna merengek kerana mahu melihat Faiq bernikah. Dia mahu bertemu dengan mommynya.

Tiba-tiba muncul Tok Imam dan beberapa orang lelaki beserta dengan ayahnya. Faiq hanya melemparkan senyuman ke arah mereka semua. Dia juga berdebar di dalam hati.

"Pengantin perempuan dah sampai Tok," ucap seorang lelaki kepada Tok Imam.

Malique dan Ali lantas tersenyum. Mereka berdua juga berkalih untuk melihat pengantin perempuan. Senyuman ditarik lebar saat melihat wajah manis pengantin perempuan.

Faiq tidak berdaya untuk menoleh. Dia benar-benar berasa mahu memberhentikan semuanya. Dia seolah berasa bersalah dengan gadis yang pernah mencuri hatinya dua tahun yang lalu.

"Baiklah. Semua dah ada kan? Elok lah kita mulakan sekarang" ucap Tok Imam yang juga merupakan Tok Kadi.

Tetamu yang berada di ruangan masjid mula mengangguk. Masing-masing mendengar penjelasan Tok Imam terlebih dahulu.

Faiq hanya mampu menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia sudah serahkan segalanya kepada Allah. Dia sudah berkali-kali membisik pada lubuk hatinya bahawa dia sudah ikhlas.

"Mari kita mulakan ya. Bismillah. Aku nikahkah dikau dengan Hawra Farhah binti Ahmad dengan berwakil walinya aku dengan mas kahwin sepersalinan alat solat, tunai," ucap Tok Imam dengan lancar.

Faiq yang mendengar nama pengantin disebut mula terkedu. Dia seperti sukar untuk mempercayai semua itu. Dia berasa seperti semuanya mimpi. Saat melihat borang nikah tempoh hari, dia tidak memikir lanjut tentang nama itu. Tetapi sekarang, dia bagaikan tersedar.

Lama dia termenung buat seketika.

Selepas mendengar suara Tok Imam berdehem, Faiq baru tersedar.

"Kita mula semula ya. Bismillah. Aku nikahkah dikau dengan Hawra Farhah binti Ahmad dengan berwakil walinya aku dengan mas kahwin sepersalinan alat solat, tunai."

Faiq menarik nafas sebelum menyambung semula.

"Aku terima nikahnya Hawra Farhah binti Ahmad dengan mas kahwin sepersalinan alat solat, tunai" ucap Faiq dengan lancar dan jelas.

"Sah?"

"Sah!" Ucap beberapa saksi.

Faiq melepaskan tangan Tok Imam perlahan-lahan. Air matanya menitis jatuh ke atas seluarnya. Dato' Mazlan juga terkejut dengan keadaan Faiq. Malique dan Ali juga tergamam saat melihat air mata Faiq yang sudah lebat.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now