BAB 20 🌼

7.1K 291 0
                                    

HAWRA berlari masuk ke dalam bilik air. Batuk yang dia alami sejak selesai solat Subuh masih tidak berhenti. Dadanya juga sudah terasa sakit. Hawra memandang ke arah wajahnya yang sedikit cengkung. Tiba-tiba rasa takut menerpa diri.

Adakah dia berpeluang untuk sihat? Dia mahu mencari bahagia sendiri.

Sedang Hawra melepaskan batuknya, pintu bilik air diketuk dari luar. Hawra segera membasuh mulutnya dan menjengah keluar.

Hasya terus mempamerkan wajah terkejut kerana melihat wajah Hawra yang agak pucat. Dengan segera dia membantu Hawra untuk duduk di katil.

"Sejak bila Hawra mula batuk ni?" Soalnya dan segera menghulurkan air mineral.

"Baru je Hasya. Jangan risau," balas Hawra dan membasahkan tekaknya yang sudah terasa sakit.

"Hawra siap-siap sekarang. Kita ke hospital," ujar Hasya.

"Tapi awal lagi ni Hasya. Baru je pukul 7.30."

Hawra mula berasa serba salah. Dia tidak mahu menyusahkan Hasya.

"Takpe Hawra. Ini kan KL. Kita gerak awal sekalipun, mesti akan sampai lambat. Hawra siap-siap tau. Saya nak siapkan Juna kejap. Dia kena pergi sekolah jam 8.00," pesan Hasya.

Selepas itu, bayang Hasya terus lesap. Hawra mengeluh perlahan. Jujurnya dia mahu pergi sendiri ke hospital dengan menaiki teksi atau grab. Tetapi melihatkan kesungguhan Hasya, dia berasa serba salah.

🌼

DI DALAM kereta, Arjuna tidak henti-henti berbual dengannya. Hasya yang sedang memandu juga hanya tersenyum. Datin Farisya tidak mengikut mereka kerana mempunyai hal dengan rakannya. Dia sempat berpesan supaya Hawra menjaga diri.

"Kak Hara jaga diri okay? Nanti Juna dengan daddy datang melawat Kak Hara," ucap Arjuna saat mereka tiba di sekolahnya.

"Okay Juna. Kakak tunggu Juna datang ya."

Pipi gebu itu diusap sayang. Arjuna lantas menyalam tangan Hawra dan turun dari kereta. Hasya berpesan kepada Hawra untuk tunggu di dalam kereta sahaja.

Hawra melihat Hasya dan Arjuna yang berjalan berpegangan tangan saat masuk ke dalam sekolah. Dia cuba membayangkan andai dia diberi rezeki seorang anak. Sudah pasti anaknya akan sebesar Arjuna dan mungkin akan sepandai Arjuna.

Tetapi angan-angan itu sudah musnah. Dia tidak mahu lagi berharap dengan rezeki anak kerana dirinya sendiri yang sakit.

🌼

HAWRA membaca selawat berulang kali saat kemoterapinya dimulakan. Hasya pula setia berada di sisinya untuk memantau tahap penerimaan Hawra.

Selesai kemoaterapi itu, Hawra sudah tidak berdaya. Badannya sudah berasa terlalu letih untuk membuka mata. Dia hanya berehat sahaja sepanjang hari itu di hospital.

Hawra membuka matanya perlahan-lahan apabila terdengar bunyi orang berbual. Dia dapat melihat Manis yang sedang ralit bermain telefon di sebelah katil. Malah di katil depannya, ada sebuah keluarga yang datang melawat.

Manis yang berasa dipandang lantas mengangkat kepalanya. Dia terus berdiri apabila melihat Hawra tersenyum ke arahnya.

"Kau okay Ara?" Soal Manis dengan nada risau.

"Alhamdulillah. Aku okay. Kau sampai pukul berapa Manis?" Soalnya lemah.

"Aku baru je sampai. Tengok-tengok kau tengah tidur. Dr. Hasya cakap kau baru lepas kemo pagi tadi. Lama juga kau tidur," ucap Manis.

"Sekarang pukul berapa?"

"Dah pukul 6 petang. Kau nak apa-apa ke?" Manis memandang buah di atas meja tepi katil Hawra.

"Aku tak solat Zuhur lagi Manis. Boleh tolong aku tak untuk ambil wuduk?" Pinta Hawra dan cuba untuk bangun.

"Boleh. Boleh. Kau baring je. Badan kau lemah lagi ni."

Manis segera menutup katil Hawra. Selepas itu dia membantu Hawra mengambil wuduk dan memakaikan Hawra telekung.

Selesai menunaikan solat Asar dan qada' solat Zuhur, Hawra termenung semula. Manis di sebelah sudah dapat menebak sesuatu.

"Izz mana? Dia tahu tak kau ada dekat sini?" Tanya Manis.

Hawra sudah memberitahu yang dia akan menyampaikan kepada Izzul tentang kansernya itu sewaktu Hawra pulang ke rumah. Tetapi sewaktu dia sampai di situ, hanya Hawra sahaja di katil itu. Tiada yang menemani.

"Manis. Aku nak cakap something."

Manis sudah berdebar saat itu.

"Aku dengan Izz dah cerai." Hawra tersenyum tipis saat mengatakannya.

Manis tergamam. Dia seolah kehilangan kata-kata saat itu.

"How?" Soalnya sekat.

"Mak dia tuduh aku keluar dengan jantan lain waktu aku dekat hospital. Dan Izz percaya semua tu sebab ada gambar daripada mak dia," jelas Hawra.

"Dan kau tak pertahankan diri kau ke Ara?"

Tangan Hawra dipegang lembut. Dia cuba untuk menyalurkan kekuatan buat sahabatnya saat ini.

"Aku cuba tapi Izz tak kan percaya dekat aku Manis. Mak dia adalah syurga dia. Dia takkan derhaka pada mak dia kan. Aku kalah dari awal. Aku tak sepatutnya bertahan dari dulu," luah Hawra dan menunduk ke bawah.

"Ya Allah. Besarnya dugaan sahabat aku ni. Aku speechless Ara. Aku tak tahu nak sedih atau gembira. Tapi aku tak nak tengok kau sengsara dalam hubungan tu." Tubuh Hawra dipeluk sayang. Air matanya juga bergenang.

"Tolong aku Manis. Aku dah takde tempat nak berlindung. Aku dah sehelai sepinggang sekarang," luah Hawra. Hanya Manis yang dia ada.

"Aku akan sentiasa bantu kau Ara. Kau jangan bimbang. Aku takkan izinkan sesiapa pun ganggu kau lepas ni. Tapi semalam kau duduk dekat mana?" Manis mula hairan.

"Keluarga Dr. Hasya tumpangkan aku dekat rumah dia," jawab Hawra.

"Aik. Kau jumpa Dr. Hasya ke waktu keluar dari rumah Izz?"

"Aku hampir kena langgar dengan suami Dr. Hasya. Jadi dia bawa aku balik rumah mak ayah dia. Dan mak ayah dia jaga aku untuk semalaman," jelas Hawra. Dia cukup terhutang budi dengan Datin Farisya dan Hasya.

"Ya Allah. Kenapa kau tak call aku Ara? Aku minta maaf sebab tak dapat nak tolong kau." Manis mula berasa serba salah.

"It's okay. Aku tak nak kau sedih kalau kau tahu aku kena cerai dengan Izz malam tu. Kau mesti penat nak jaga aku."

"Aku takkan rasa penat Ara. Kau dah tolong aku lagi banyak. Ini je lah yang aku mampu buat untuk jadi sahabat kau," luah Manis dengan nada sebak.

"Terima kasih Manis. Aku nak sihat. Aku nak gapai kebahagiaan aku semula Manis." Kali ini air mata Hawra sudah menitis.

"Boleh Ara. Aku percaya dengan kau. Kau mesti akan dapat lawan kanser ni. Aku ada dengan kau. Aku akan jaga kau. Tapi kau tak nak beritahu Abang Osman?" Soal Manis apabila teringat pada abang Hawra itu.

"Buat masa sekarang aku tak nak dia tahu. Dia tengah sibuk dengan Phd dia. Ada rezeki, aku akan sampaikan sendiri pada dia," jawab Hawra dan tersenyum tipis.

"Okay Ara. Kalau itu pilihan kau. Kau mesti lapar kan? Jap, aku nak potong buah."

Manis terus mengeluarkan buah yang dibelinya dan memotongnya menjadi kecil. Hawra hanya tersenyum dan memandang ke luar tingkap. Dia berharap ada sinar baru buat dirinya yang semakin lemah.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now