DATIN FARISYA memeriksa bubur yang sedang ditanaknya. Dia mahu menjamah Hawra dengan bubur itu. Hasya ada memberitahunya yang Hawra sudah sedar.
"Mama buat apa tu?" Tegur Faiq selepas masuk ke dapur.
Datin Farisya hanya tersenyum dan memandang ke arah bubur yang berada di dalam periuk.
"Wow. Untuk Faiq ke ma?"
Faiq sudah teruja. Dia memang pencinta bubur nasi. Lagi-lagi yang dibuat oleh Datin Farisya.
"Apa pula untuk Faiq. Faiq bukannya sakit. Ini untuk Hawra lah. Hasya cakap dia dah bangun," ujar Datin Farisya dengan gelengan.
"Kan banyak tu. Faiq nak sikit. Boleh lah mama," rengeknya manja.
"Ish dia ni. Mengalahkan Juna je. Nanti letak mangkuk kamu dekat sini. Mama tuang. Apa lah Faiq ni," bebel Datin Farisya.
Faiq sudah menayangkan giginya. Dia terus mengambil mangkuk dan meletakkan di atas para itu. Datin Farisya menutup api dapur dan menuangkan bubur nasi itu ke dalam mangkuk Faiq.
Faiq sudah tersenyum lebar kerana tidak sabar. Tambah pula bubur itu masih panas, sedap dimakan ketika hari hujan itu.
"Nah. Jangan happy sangat. Nanti jumpa dengan Hawra untuk minta maaf. Kamu dah langgar dia semalam," pesan Datin Farisya dan menghulurkan bubur buat Faiq.
"Baik mama."
Faiq terus membawa mangkuknya ke meja makan. Tanpa menunggu lama, dia terus menjamah bubur itu. Arjuna pula sudah lena di bilik.
"Oh ya Faiq. Kamu balik ke kem bila?" Soal Datin Farisya sambil menuangkan bubur ke mangkuk.
"Next week mama. Kenapa?" Faiq mengesat sedikit bibirnya yang comot.
"Takde apa. Mama nampak kamu bersantai je dua minggu ni. Tak keluar ke dengan Malique?"
Malique merupakan kawan baik kepada Faiq. Tambah pula Malique duduk di taman perumahan yang sama.
"Malique takde minggu ni mama. Dia ada hal dekat Dungun," jawab Faiq.
"Oh. Patut lah. Haa...lepas makan tu, tolong basuh periuk tu ya. Mama nak bawa bubur ni ke Hawra."
Faiq hanya mengangguk dan memerhati sahaja Datin Farisya yang berjalan ke bilik tetamu. Dia berharap Hawra baik-baik sahaja.
"Kenapa aku asyik fikir tentang dia ni? Sebab rasa serba salah ke?" Bebelnya sendirian.
🌼
HAWRA mula berasa gugup tatkala memandang ke arah Datin Farisya. Hasya pula sudah pergi ke hospital. Hanya dirinya sahaja di situ.
"Hawra mesti lapar kan? Aunty masakkan bubur nasi untuk Hawra. Hawra makan?" Soal Datin Farisya dan meletakkan dulang berisi mangkuk bubur ke atas meja di sebelah katil itu.
"Makan Aunty. Terima kasih," ucapnya dengan rasa malu.
"Hawra jangan segan dengan Aunty. Aunty tak kisah pun Hawra duduk sini. Jemput makan bubur ni. Ke nak Aunty suapkan?" Usik Datin Farisya.
"Eh. Takpe Aunty. Tangan saya masih okay."
Hawra segera mengambil bubur nasi itu dan menjamahnya. Rasa bubur itu terus membuatkan Hawra merindukan masakan arwah maknya. Tiba-tiba matanya bergenang dengan air mata.
"Kenapa Hawra? Panas sangat ke?" Datin Farisya sudah resah.
"Tak Aunty. Saya teringat dengan masakan arwah mak saya," ucapnya jujur.
"Mak Hawra dan takde ya?" Rasa simpati mula menerjah di hati Datin Farisya.
"Dah lama Aunty. Sejak saya sekolah menengah."
"Jadi sekarang Hawra duduk dengan siapa?" Soal Datin Farisya.
Hawra mula terdiam. Dia sudah memberitahu Hasya supaya merahsiakan penceraiannya kepada sesiapa sahaja.
"Saya duduk dengan abang. Tapi abang saya tak kerja dekat sini," luahnya dengan kekok.
"Oh. Abang Hawra tahu tak Hawra dekat sini? Aunty risau dia cari Hawra nanti."
"Tahu Aunty. Saya dah maklumkan. Terima kasih Aunty sebab tumpangkan saya dekat sini," ucapnya ikhlas.
"Sama-sama. Aunty minta maaf sebab anak Aunty terlanggar Hawra. Budak Faiq tu memang suka memecut dekat lebuh raya," bebelnya sedikit.
Hawra hanya tersenyum mendengar bebelan Datin Farisya. Dia juga berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan orang baik-baik. Bubur yang berada di tangan disuap sehingga habis.
Dia suka dengan cara Datin Farisya yang berborak dengannya. Saat itu juga dia berasa cemburu dengan Hasya. Mendapat mertua sebaik Datin Farisya amat diidamkan oleh semua wanita.
🌼
ARJUNA menyepak bola ke arah Faiq. Faiq dengan cekap menyambut bola itu dan terus menjaringkan gol kecil di taman itu.
"Alah Daddy!!" Rengek Arjuna dengan nada tidak puas hati.
Faiq terus ketawa melihat wajah ketat Arjuna. Dia sengaja mahu mengusik si kecil itu.
"Okay. Okay Daddy minta maaf ya. Nah. Juna shoot pula."
Bola sepak itu diberikan kepada Arjuna semula. Dengan penuh semangat Arjuna menyepak bola itu dan masuk ke dalam gol.
Faiq terus mengangkat Arjuna dengan tinggi lagaknya seolah berjaya memenangi piala dunia. Suara mereka sahaja sudah riuh pada petang itu.
Datin Farisya tersenyum melihat Faiq dan Arjuna. Hawra di sebelahnya sudah berasa segan kerana dibawa ke situ. Disebabkan dia tidak tahu mahu berbuat apa, Datin Farisya mengajaknya ke belakang rumah untuk melihat Faiq dan Arjuna bermain.
Jika difikirkan hajatnya, Hawra sudah mahu meninggalkan rumah itu. Dia tidak mahu berhutang budi dengan Datin Farisya. Tetapi Datin Farisya memintanya untuk duduk sehari sahaja lagi. Dia mahu memperkenalkan Hawra pada suaminya malam itu.
"Grandma!! Juna dapat jaringkan gol. Daddy kalah dengan Juna," ucap Arjuna dan berjalan ke arah Datin Farisya dan Hawra.
"Iya. Daddy tak strong lah kan sebab Juna menang," balas Datin Farisya.
Arjuna sudah ketawa mendengarnya. Suka dia dapat mengenakan Faiq. Faiq hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
Dia dapat melihat wajah Hawra yang agak kekok saat itu. Dahi yang bertampal itu membuatkan dia berasa serba salah. Tetapi mujurlah tiada yang buruk berlaku kepada Hawra. Jika tidak, tak tidur dia malam ini.
"Kakak dah sihat ke?" Soal Arjuna kepada Hawra.
Hawra terus tersenyum melihat wajah comel itu. Dia langsung menganggukkan kepala dengan laju.
"Kakak nak main sekali tak? Juna boleh ajarkan kakak," ajak Arjuna dengan riang.
"Juna. Kakak Hawra masih lemah. Juna main dengan daddy je ya." Faiq datang menghampiri.
"Oh...okay daddy. Kakak Hara tengok Juna main tau," ucapnya dengan nada sedikit pelat.
"Okay Juna," balas Hawra dan melihat Arjuna bermain bersama dengan Faiq.
Datin Farisya juga berasa senang kerana Hawra yang mudah diajak berbual. Tidaklah dia berasa bosan pada petang itu. Hasya pula sentiasa sibuk di hospital.
Jika petang-petang seperti itu, dia hanya akan mengait baju atau scarf sahaja. Faiq pula akan keluar untuk berjumpa dengan rakannya di pusat Muay Thai. Arjuna pula akan melayan cerita kartun kegemarannya sehingga Maghrib.
Cuma petang itu sahaja si kecil itu tidak menonton. Seronok agaknya Faiq berada di rumah.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
Lãng mạnSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...