BAB 34 🌼

6.6K 259 0
                                    

DATIN FARISYA meletakkan secawan kopi ke atas meja. Dato' Mazlan yang sedang membawa surat khabar lantas menutupnya untuk meneguk kopi yang dihidang.

"Abang sure ke dengan pilihan abang?" Soal Datin Farisya.

"Aik. Bukan itu pilihan awak ke yang? Awak nak ambil dia sebagai menantu kita kan?" Soal Dato' Mazlan kembali.

"Aah abang. Tapi saya nak tahu juga pandangan abang," jelas Datin Farisya.

"Abang percaya dengan sayang. Apa jua yang sayang pilih, itulah yang terbaik. Abang yakin dia akan jadi isteri yang baik buat Faiq," jawab Dato' Mazlan dan menghirup kopinya.

"Terima kasih Abang sebab percayakan saya. Nasib baik dia setuju dengan semuanya. Jenuh saya nak memujuk. Abang tahu kan masalah yang dia hadap," terang Datin Farisya.

"Abang faham sayang. Ujian dia terlalu berat untuk semua wanita. Tapi abang yakin yang anak kita dapat jaga dia. Bila sayang nak beritahu Faiq?"

Datin Farisya mula berkira-kira. Dia perlu menyampaikan hasrat itu secepat yang mungkin sebelum Faiq kembali ke Johor.

"InsyaAllah malam ni. Saya dah tak sabar nak satukan dia orang berdua."

Dato' Mazlan mengangguk perlahan. Anak terunanya itu sudah menginjak ke usia 34 tahun. Sudah selayaknya menjadi seorang ayah. Tetapi entah kenapa hati anaknya itu sekeras itu.

Semua wanita yang cuba masuk ke dalam hidup anaknya akan ditolak serta-merta. Bila ditanya, katanya masih tidak bersedia.

🌼

FAIQ melangkah turun ke ruang tamu selepas menidurkan Arjuna di bilik. Hasya pula tidak pulang pada malam itu kerana mempunyai kerja. Itulah nasib Arjuna sejak dari kecil. Mujurlah Hasya tidak pernah mengabaikan Arjuna.

"Haa...Faiq. Mari sini. Mama dengan papa ada benda nak cakap," panggil Datin Farisya.

"Mama dengan papa tak tidur lagi ke? Dah pukul 11 ni." Faiq melabuhkan punggungnya di sebelah Datin Farisya.

"Kami ada sesuatu nak beritahu Faiq ni. Benda penting." Datin Farisya sudah teruja.

"Apa dia tu mama? Jangan buat Faiq berdebar."

Wajah Datin Farisya dan Dato' Mazlan dipandang berulang kali. Dia seolah dapat merasa bakal berlaku sesuatu sebentar nanti.

"Kami nak nikahkan Faiq dengan seorang perempuan ni," ucap Datin Farisya dengan lembut.

Saat itu juga Faiq merasakan dunianya terhenti. Apa jua yang sedang bergerak terasa seolah terhenti. Liur ditelan dengan begitu perit.

"Nikah? Dengan siapa?" Soal Faiq dengan ketar.

"Calon mama dengan papa kamu. Faiq dah umur 34 tahun. Mama dengan papa tak nak Faiq hidup seorang diri. Faiq terima ya," pujuk Datin Farisya.

"Betul cakap mama kamu tu Faiq. Kami berdua ni takkan ada dengan kamu buat selamanya. Papa dengan mama nak kamu dijaga oleh seseorang juga," sambung Dato' Mazlan pula.

"Dia anak kenalan mama dengan papa ke?" Debar di hati sudah menggila buat Faiq.

"Boleh dikatakan ya juga. Faiq terima ke?" Soal Datin Farisya.

"Faiq tak tahu nak cakap macam mana mama. Tapi Faiq tahu pilihan mama dengan papa sentiasa yang terbaik. Faiq juga dah buntu nak mencari. Jadi Faiq ikutkan sahaja apa jua pilihan mama dengan papa," jawab Faiq selepas puas berfikir.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Next month kita akan langsungkan majlis pernikahan untuk Faiq. Faiq okay?" Dato' Mazlan mula bertanya.

"Next month? Tak rasa terburu ke papa?"

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now