HAWRA merebahkan tubuhnya di atas katil. Pulangnya tadi bersama Hasya dan Faiz. Itu pun kerana Syura terpaksa pulang lebih awal kerana anaknya meragam tidak mahu tidur.
Hawra berguling di atas katil dengan tudung yang masih tersarung di kepala. Dia mula merindukan Faiq di sisinya. Sudah seminggu Faiq berada di Johor. Panggilan juga agak jarang-jarang kerana kesibukkan mereka berdua yang mengehadkan masa itu.
Gambar kahwin mereka berdua yang tersergam indah di dinding bilik dipandang penuh rindu. Dia tidak menyangka Allah akan menghadiahkan dirinya lelaki sebaik Faiq Hilman. Seorang lelaki yang benar-benar menjaga dirinya sejak mereka berkahwin. Kematangan lelaki itu sentiasa membuatkan dirinya berasa tenang dan damai.
Tetapi selepas pertemuannya bersama Hanis di majlis sebentar tadi mula membuatkan hati Hawra berasa tidak tenang. Dia tahu bagaimana sikap Hanis yang tidak mahu kalah dengannya. Sewaktu dia sakit dahulu juga dirinya masih dihina kerana tidak dapat mengandungkan anak Izzul tetapi Hanis berjaya.
Mungkin mereka berdua sudah mempunyai anak yang baru selepas keguguran Hanis dahulu. Tiga tahun sudah berlalu dan ianya pasti sudah berusia lebih 2 tahun.
Hawra bangun dari katilnya dan merentuh lembut.
"Kenapa aku nak kena fikir tentang mereka pula? Aku takde kaitan dengan dia orang dah. Baik pergi mandi," bebelnya sendiri dan menanggalkan tudung.
Selepas itu Hawra terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan tubuhnya. Solat Isyak masih belum dilaksanakan.
🌼
BAYANG yang muncul di sebelah Hawra membuatkan kerja Hawra terhenti. Kepalanya terus dikalih ke kanan dan melihat empunya bayang itu. Satu keluhan terbit daripadanya.
"Nak apa ya Encik Izzul?" soal Hawra dengan penuh formal.
"Saya nak minta maaf atas tutur kata isteri saya malam semalam." Izzul menunduk saat memohon ampun daripada Hawra.
"It's okay. Saya tak kisah dan saya dah maafkan. Encik Izzul jangan rasa terbeban. Saya nothing kalau nak dibandingkan dengan Encik dan isteri Encik. Harap takde lagi ya isu lepas ni," ucap Hawra dengan lembut.
Mukanya juga dipaksa untuk dimaniskan. Dia juga tidak mahu berurusan lagi dengan dua insan itu. Cukuplah tiga tahun dahulu, mentalnya hancur kerana mereka.
"Terima kasih Cik Hawra," balas Izzul dan berlalu ke mejanya semula.
Hawra hanya mengangguk perlahan dan menyambung kerjanya. Mujurlah Izzul tidak menyebut tentang hal lain lagi. Kejadian semalam juga sudah hampir menjadi buah mulut di bahagian tingkat itu.
"Hawra," muncul Puan Mastura dengan wajah yang serius.
Hawra lantas mengangguk dan berdiri. Nampaknya ada kerja baru buatnya.
"Ya Puan."
"Dato' minta Hawra ke bilik dia sekarang. Ada hal penting nak cakap," jelas Puan Mastura.
"Okay Puan. Terima kasih."
Selepas Puan Mastura berlalu pergi, Hawra terus membuka langkah menuju ke bilik Dato' Mazlan. Suara seseorang yang sedang berbual membuatkan hati Hawra berasa berdebar.
Selepas Syura menyampaikan kepada Dato' Mazlan tentang kehadirannya, barulah dia dibenarkan masuk. Di bilik itu dia melihat seorang wanita yang cukup berpenampilan seperti seorang pengarah.
Wanita itu melemparkan senyuman lebar kepadanya. Hawra juga melemparkan senyuman yang agak kekok. Pertama kali bersua muka, sudah pasti rasa gugup dan kekok itu hadir.
"Duduk Hawra. Takde hal penting pun. Meen nak jumpa dengan kamu kejap," ucap Dato' Mazlan dengan lembut.
"Meen?" sebut Hawra dan bersalaman dengan Yasmeen sebelum duduk di kerusi kosong sebelah Yasmeen.
"Hai Hawra. Saya Yasmeen Syafira."
"Yasmeen ni pengarah dekat The. Majesty tu. Dan dia ni isteri kepada Ali. Mungkin Hawra tak kenal. Tapi Faiq dengan Ali ni sahabat sejak sekolah dulu," jelas Dato' Mazlan.
"Ohh...hai. saya Hawra Farhah. Boleh panggil dengan nama Hawra atau Ara," balas Hawra dengan rasa segan.
Mereka berdua berbual bersama-sama selama 10 minit. Yasmeen juga mempunyai mesyuarat lain di syarikat lain nanti.
"Saya doakan Hawra dapat anak kembar nanti," bisik Yasmeen saat mereka bersalaman.
Dato' Mazlan pula masih berada di mejanya sambil memandang dua insan itu bersalaman.
Hawra terkedu dengan doa yang disebut oleh Yasmeen itu. Dia yakin pasti Ali ada menceritakan tentang dirinya kepada Yasmeen.
"Orang cakap doa ibu mengandung ni makbul. Jadi saya doakan untuk awak juga Hawra. Jangan stress sangat tau. Rezeki tu Allah yang pegang. Jadi jangan selalu persoalkan ya. Be happy with Faiq. Dia seorang lelaki yang cukup baik," tutur Yasmeen dengan senyuman manis.
Hawra berasa terharu dengan ayat Yasmeen. Tubuh Yasmeen dipeluk sayang. Baru pertama kali bertemu, tetapi hatinya sudah terpaut dengan sikap baik Yasmeen. Dia juga hanya mampu mengaminkan doa Yasmeen. Indah jika dia dan Faiq dikurniakan anak kembar.
🌼
TEPAT jam 6.00 petang, Hawra bersandar di kerusinya sambil menanti komputernya shut down. Suasana di tingkat itu juga masih cerah. Masing-masing masih bergelut dengan tugas mereka dan tugas tambahan mereka. Malah ada juga yang sudah pulang pada jam 5.00 petang kerana perlu mengambil anak.
Hawra mengemas barang-barangnya sebelum berjalan ke arah lif. Tubuhnya juga berasa sedikit sengal kerana duduk yang terlalu lama.
Saat dia masuk ke dalam lif, dia ternampak Izzul yang juga berlari masuk ke dalam lif itu. Suasana canggung mula menyelubungi ruang lif itu.
Izzul hanya memandang nombor tingkat manakala Hawra hanya bersandar di dinding lif kerana berasa penat.
Sampai sahaja di tingkat bawah, Izzul terus membuka langkah pergi dengan laju. Hawra yang melihat kegelisahan Izzul hanya berasa pelik.
"Nak ambil anak kut," tebaknya sendiri.
Belum sempat dia menyambung langkahnya, tiba-tibanya muncul seorang perempuan yang menghalang laluan Hawra. Kerutan di dahinya mula muncul.
"Ya Cik? Ada something nak cakap dengan saya ke? Ke Cik nak saya beri laluan?" soal Hawra dengan nada bingung.
"Berani awak rampas Faiq daripada saya!" marah perempuan itu tiba-tiba.
Hawra terus tersentak. Siapa gadis itu juga dia tidak kenal. Malah dia tidak pernah tahu Faiq mempunyai teman wanita sebelum ini. Faiq juga pernah memberitahunya bahawa dirinya adalah orang pertama yang dia cintai.
Tetapi sekarang siapa gadis yang berdiri di hadapannya itu?
Oh Tuhan. Ujian apa yang akan menimpa diriku.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomantikSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...