SELAMA sebulan Hawra kerap berulang alik ke hospital. Kemoterapinya juga berjalan dengan baik. Cuma tahap kesihatannya semakin merundum. Hasya juga sedaya upaya membantu Hawra untuk kembali bersemangat.
Dan Manis sentiasa menemani Hawra ke hospital. Dia sanggup mengambil cuti demi menjaga Hawra. Malah Datin Farisya juga sentiasa menelefon Hawra untuk bertanya khabar. Kadang, Hawra akan dijemput ke rumah mereka untuk makan malam.
Tetapi Hawra agak pelik kerana ketiadaan Faiq selama itu. Setiap kali dia ke rumah Dato' Mazlan, bayang Faiq tidak lagi ada. Malah Arjuna juga tidak mencari ke mana daddynya itu pergi.
🌼
MANIS berjalan di dalam pasar raya itu sendirian. Dia mahu membeli barang dapur. Hawra juga mahu menemaninya tetapi dihalang oleh Manis. Sahabatnya itu baru sahaja selesai kemonya. Badan Hawra juga masih lemah. Jadi Manis tidak menyarankan untuk Hawra keluar.
Sedang dia mencari barang yang sudah diseneraikan, bahunya terlanggar dengan bahu seseorang. Manis terus mengadu sakit kerana berasa tulang bahu wanita itu.
Wajahnya terus menoleh untuk meminta maaf kepada wanita itu. Tetapi raut wajah Manis lantas berubah tegang.
"Awak tak nampak ke saya jalan belakang awak tadi?" Soal Hanis sambil menepuk bahunya yang terasa sakit.
Manis yang mahu membalas bertambah terkejut apabila muncul Izzul di belakang Hanis. Saat itu, Manis mula tahu tentang gerangan wanita itu. Selama ini, dia tidak pernah melihat isteri baru Izzul itu. Hawra juga tidak pernah menunjukkan gambar Hanis padanya.
"Kenapa ni Hanis?" Soal Izzul dan mempamerkan riak terkejut saat bertembung dengan Manis.
"Perempuan ni terlanggar bahu Hanis. Takkan dia tak nampak Hanis berjalan belakang dia," adunya manja.
Manis terus membuat muka meluat. Padanlah dua tu berkahwin. Kutuknya di dalam hati.
"Maaf ya isteri Izz. Nama saya Manis. Bukan 'perempuan ni'. Saya minta maaf sebab terlanggar bahu awak yang agak keras tu. Jujur saya tak nampak awak. Mungkin sebab awak tak penting. Sebab tu saya terlanggar," bidas Manis dan tersenyum.
"Jangan sikit mulut kau Manis," tegur Izzul dengan nada serius.
Hanis terus mengerutkan dahinya. Dia perasan Izzul mengenali Manis dan begitu juga dengan Manis.
"Ops. Salah eh? Jadi tegurlah isteri kau untuk hormat orang lain juga. Kau kan suami mithali. Eh, suami yang soleh. Takkan isteri kau kurang ajar macam ni kan?" Sindir Manis lagi.
Geram dia melihat wajah Hanis saat itu. Wajah yang sudah menghancurkan dunia sahabatnya.
"Manis!" Tekan Izzul dengan agak tinggi.
"Masalahnya awak yang langgar bahu saya. Jadi kenapa saya yang kena minta maaf?" Hanis mula berasa berang.
"Aik. Saya ada minta awak minta maaf ke dekat saya? Kan saya cakap dekat suami awak untuk ajar awak hormat orang lain. Cara awak tu yang salah. Saya dah minta maaf tadi, tapi awak masih tuduh saya," balas Manis dengan tenang.
"Dah lah Manis. Kau dah minta maaf dekat isteri aku. Jadi tak perlu besarkan isu ni. Baik kau balik je. Aku tak nak tengok muka kau," halau Izzul tiba-tiba.
Hanis terus mempamerkan senyuman sinis. Dia berasa seronok kerana Izzul membelanya.
"HAHAHA. Pasar raya ni bukan milik mak kau Izz. Ini tempat umum. Semua orang boleh masuk. Macam hati kau. Perempuan ni boleh rampas macam tu je. Hehehe." Gelaknya halus.
"Apa masalah kau ni eh?" Marah Hanis sudah meletus. Tangannya terus dipegang oleh Izzul supaya bertahan.
"Cukup Manis. Aku dengan Hawra dah cerai. Jadi jangan nak sindir-sindir aku macam ni." Izzul masih cuba bersabar.
"Aku takkan sindir kau kalau kau dengan perempuan ni tak biadap dengan aku. Ingat sikit Izz. Hawra yang kutip kau dulu. Kalau tak, kau pun mungkin akan kerja dekat pasar raya ni macam Hawra. Aku yakin suatu hari nanti, kau akan menyesal. Assalamualaikum ya isteri kedua Izzul Khalif. Moga awak bertahan dengan lelaki anak mak ni. Bye," ucap Manis dan terus berlalu pergi. Senyuman manis juga sempat dilemparkan pada Hanis.
Hanis terus merentuh. Sakit hatinya apabila mendengar ayat Manis itu.
"Dia tu siapa Abang?" Marah Hanis.
"Kawan Hawra. Dah lah, kita balik. Abang takde mood."
Izzul terus berjalan pergi meninggalkan Hanis. Hanis terus mengetap giginya tanda marah. Setiap ayat Manis masih segar di kotak fikirannya. Malah ayat Manis juga sama dengan ayat Hawra dahulu sewaktu mahkamah.
Dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Izzul enam tahun lalu. Kenapa mereka berdua mengatakan Izzul dikutip oleh Hawra? Jujur dia mahu tahu semua kisah silam itu.
🌼
MANIS meletakkan barang yang dibeli di atas meja. Panas hatinya masih tersisa. Dia berasa mahu sahaja menampar-nampar wajah Hanis di sana. Wajah sombong itu cukup mendidihkan amarahnya.
"Kenapa merentuh-rentuh ni Manis?" Tegur Hawra yang baru turun ke bawah.
"Eh. Kau dah bangun? Kau kan penat Ara. Tak perlu turun bawah." Dia berasa kasihan melihat wajah pucat itu.
"Tak apa. Aku turun sebab nak haus. Banyaknya kau beli. Mesti susah nak bawa kan. Sorry Manis." Rasa bersalah mula dirasakan oleh Hawra.
"Tak apa Ara. Aku bawa barang ni guna troli ke kereta. Balik je baru jinjing. Bukan jauh pun. Dekat je. Kau jangan serba salah pula," ujar Manis dan mengeluarkan apa yang dibeli.
"Tapi kenapa kau merentuh tadi? Jalan jammed ke?" Hawra mula hairan.
"Aku terserempak dengan penyondol dan yang disondol dekat pasar raya tadi. Minah tu cari gaduh dengan aku," ucap Manis dan duduk. Hawra juga tersentak mendengarnya.
"Kau jumpa dengan Hanis ke?"
"Haa...ya...minah tu dengan mamat gatal tu."
"Oh...kau gaduh sebab apa? Bukan kau tak kenal ke dengan Hanis?"
Itulah yang dia tahu. Dia tidak pernah menunjukkan gambar Hanis kepada Manis. Risau Manis pergi menyerang Hanis. Tetapi sekarang, sahabatnya itu sudah bergaduh.
"Mulanya aku tak tahu yang aku terlanggar tu dia. Sekali muncul mamat tu dari belakang. Minah tu duk bising cakap yang aku terlanggar dia. Aku dah minta maaf dekat dia tau Ara. Tapi dia mengedik pergi mengadu dekat Izz. Izz apa lagi bela lah minah tu. Dia bela bini dia yang biadap tu. Jadi dia fikir aku tak kan bela diri aku ke?" Manis cuba untuk bersabar sebelum menyambung.
"Jangan cakap kau sindir dia Manis?" Tebak Hawra. Dia cukup kenal dengan sikap Manis.
"Tepat sekali. Aku bidas si Izz tu sampai member tu koyak. Dasar tak sedar diri. Dia tu dulu kalau kau tak tolong, belum tentu lagi berjaya. Mahu je aku cakar-cakar muka mamat poyo tu," bebel Manis dengan wajah bengang sekali.
"Faham. Hanis pula diam je ke?"
"Minah tu pun dah nak meletup. Tapi aku bidas buat kali terakhir sebelum aku blah macam tu. Minah tu berlagak sangat lah Ara."
Hawra hanya tersenyum tipis. Dia juga dapat mengagak sikap Hanis bagaimana. Walaupun Hanis banyak berpura-pura baik di depannya. Tetapi perangai sebenar tidak akan dapat ditutup buat selamanya.
"Dah lah. Aku malas nak fikir. Kau pun dah berpisah dengan dia. Alhamdulillah betul. Aku nak masak makan malam. Kau pergilah rehat Ara. Dah siap, aku panggil," ucap Manis dan berlalu ke dapur.
Hawra hanya mengangguk dan berjalan ke ruang tamu. Dia hanya melepaskan satu keluhan berat. Lama-kelamaan matanya terus layu kerana masih berasa penat.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...