BAB 2 🌼

6.8K 291 12
                                    

HAWRA meletakkan sandlenya di atas rak kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah. Lampu di ruang tamu juga tidak dibuka. Itulah masanya dia akan pulang ke rumah selepas pasar raya ditutup. Pasti dia akan sampai di rumah pada jam 11 malam ataupun lebih.

"Baru balik?" Teguran daripada seseorang menyentak tubuh Hawra.

Dia terus berpusing ke belakang dan melihat Izzul di hujung tangga. Malah tangan Izzul yang sedang disilangkan membuatkan Hawra berasa lain. Dia juga perasan dengan wajah ketat milik Izzul saat itu.

"Awak baru balik ke?" Soal Hawra dengan nada yang dipaksa ceria.

"Kau tahu kan sekarang pukul berapa?" Soal Izzul dengan nada tinggi.

Hawra tersentak.

Kau?

Perkataan yang tidak pernah diucap oleh Izzul kepadanya telah pun muncul. Malah riak wajah Izzul juga kelihatan cukup tegang.

"Maaf. Saya memang akan sampai dekat rumah jam 11 macam ni. Lagipun mall tutup jam 10 malam," jelas Hawra dengan nada takut.

"Alasan. Mall tutup jam 10, yang kau sampai rumah jam 11 kenapa? Sebab keluar dengan jantan lain?" Tuduh Izzul dengan kasar.

"Kenapa awak tuduh saya macam tu? Awak tahu kan saya macam mana?" Balas Hawra.

Dia juga terkejut dengan tuduhan Izzul. Pertama kali Izzul sangsi dengan dirinya. Sedangkan sebelum ini, suaminya itu sudah tahu rutin kerjanya.

"Sebab aku tahu lah aku cakap macam tu. Gambar ni apa?" Beberapa keping gambar dilempar di hadapan Hawra.

Terkedu Hawra apabila melihat gambar-gambar tersebut. Gambar yang memaparkan dirinya bersama seorang lelaki di luar pasar raya. Tambah pula lelaki itu memang rakan sekerjanya.

"Lelaki ni kawan kerja saya je. Nama dia Fairuz. Kita orang hanya sekadar kawan kerja," jelas Hawra.

"Kau tak payah nak membohong! Waktu aku pergi Indonesia, kau sedap lah kan keluar dengan jantan lain. Kau sama je dengan perempuan lain. Betul lah cakap mak, kau bukannya perempuan baik," tuduh Izzul tanpa berfikir panjang.

Hawra bungkam. Hatinya benar-benar terluka. Tuduhan suaminya saat itu cukup mengguris hatinya. Kepercayaan lelaki itu padanya seolah sudah hilang ditelan bumi.

"Awak lebih percayakan gambar ni daripada saya. Dekat situ saya sedar, yang saya dah tak penting buat awak," luah Hawra dengan air mata yang mengalir laju.

"Aku sayangkan kau lebih daripada segalanya. Tapi kau tak mampu nak beri aku anak. Jadi kenapa kau perlu buat aku macam ni? Mana Hawra yang aku sayang dulu?" persoal Izzul dengan nada kecewa.

Hawra terus terduduk di atas karpet ruang tamu mereka. Semuanya sudah musnah. Kini suaminya sudah berpaling daripada dirinya sendiri.

"Maafkan saya. Kalau awak percaya dengan semua ni, lepaskan saya. Saya akan berikan awak kebahagiaan sebenar," ucap Hawra dan memaksa dirinya untuk tersenyum.

"Aku akan ceraikan kau lepas aku kahwin dengan Hanis. Kalau Hanis dapat bagi aku anak, aku akan lepaskan kau," tutur Izzul dan berlalu naik ke atas.

Bagaikan kilat menyambar dirinya. Hawra tergamam. Kenapa perlu mendera hidupnya seperti itu? Dia juga mahu mencari kebahagiaannya yang sebenar.

🌼

TIADA lagi sahutan cinta atau ayat-ayat manis di antara mereka. Izzul akan keluar selepas Subuh. Malah Izzul juga memutuskan untuk tidak tidur sebilik dengan Hawra. Suasana dingin itu juga berlarutan untuk beberapa hari. Hawra juga sudah kehilangan semangat untuk hidup.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now