BAB 10 🌼

8.1K 322 2
                                    

MANIS mengesat air mata di pipinya. Dengan segera dia berdiri apabila melihat Hawra membuka mata. Dia menanti dengan sabar sewaktu Hawra yang mencuba untuk kembali sedar sepenuhnya. Dadanya sudah berdebar kerana perlu memberitahu Hawra tentang hal yang cukup dibenci oleh dirinya sendiri.

Hawra memandang ke arah Manis yang setia berdiri di tepi katil. Dia hanya melemparkan senyuman tipis buat sahabatnya itu. Dia membayangkan Izzul yang berada di situ, ternyata itu semua hanyalah mimpi buat dirinya sendiri.

"Badan kau rasa okay tak?" soal Manis dengan lembut.

"Badan aku rasa lenguh. Auch!" adu Hawra apabila merasakan sakit di bahagian tangannya yang dicucuk dengan jarum.

"Jangan tekan tangan kau. Doktor baru siap masukkan air ke badan kau," ucap Manis.

"Macam mana aku boleh masuk ke hospital ni Manis? Seingat aku, aku cuma sesak nafas dekat pasar raya je." Hawra cuba mengingat tentang keadaannya pada pagi tadi.

"Ara. Aku tak nak beritahu kau sekarang. Dr. Hasya cakap dia akan sampaikan pada kau sendiri nanti."

Hawra mula berasa lain. Ayat Manis seolah cuba memberitahu sesuatu buatnya. Adakah penyakitnya berbahaya? Fikirannya mula bercelaru.

"Teruk ke penyakit aku? Boleh bawa maut?" soal Hawra.

"InsyaAllah tak. Kita fight sama-sama. Aku akan ada dengan kau. Jadi kau jangan bimbang. Kau nak air?" Manis segera mengalih topik perbualan mereka.

Hawra hanya memandang ke arah Manis yang sedang menuangkan air ke dalam cawan. Cawan yang dihulur disambut dan ditenung lama. Entah kenapa dia terasa kosong ketika itu.

"Minumlah Ara. Nanti Dr. Hasya akan periksa kau sekali lagi," ucap Manis dan membetulkan selimut di kaki Hawra.

"Izz tahu tak aku dekat sini?" soal Hawra selepas melihat jam di dinding. Waktu itu sudah menunjukkan pukul 5.00 petang.

"Tak. Aku tak beritahu dia," balas Manis dengan senyuman kelat.

"Kenapa Manis? Dia perlu tahu aku dekat sini. Aku nak telefon aku boleh? Aku nak beritahu dia," pinta Hawra. Dia tidak mahu Izzul berfikiran negatif jika dia tidak pulang pada malam itu.

"Nanti Ara. Lepas kau dengar penjelasan daripada Dr. Hasya. Boleh?" Manis merenung ke arah Hawra dengan pandangan berharap.

"Apa sebenarnya yang berlaku pada diri aku ni Manis." Nada suara Hawra mula kedengaran marah.

Manis hanya mengunci mulut. Dia sudah kehilangan idea tentang cara memberitahu Hawra tentang kanser yang dihidapi oleh sahabatnya itu.

Tiba-tiba muncul Dr. Hasya dan seorang jururawat perempuan. Manis terus berasa lega. Tetapi dia perlu berada bersama dengan Hawra untuk memberi semangat buat sahabatnya itu.

"Assalamualaikum Hawra," sapa Hasya dengan manis. Dia baru tahu bahawa umur mereka adalah sama.

"Waalaikumussalam Dr.," balas Hawra dengan nada kekok.

Dia berasa malu apabila mengadap seorang doktor yang cukup hebat. Malah penampilan Hasya juga membuatkan dia berasa kagum. Karisma Hasya dapat dilihat olehnya.

"Hawra ada rasa sakit tak dekat bahagian dada?" soal Hasya dengan lembut.

"Sikit. Kadang waktu saya tarik nafas, saya rasa pedih dekat bahagian dada saya," jawab Hawra.

Tiba-tiba Manis memegang tangan kirinya. Hawra mula berasa pelik ketika itu. Wajah Manis juga tidak menunjukkan riak wajah yang baik. Malah keresahan terpancar di wajah itu.

"Maafkan saya Hawra. Saya perlu beritahu pada Hawra bahawa Hawra mengidap kanser paru-paru."

Sebaris ayat yang disebut oleh Hasya membuatkan jantung Hawra berdegup kencang. Malah fikirannya terus kosong saat itu. Air mata juga mengalir sendiri tanpa dipinta olehnya. Pegangan tangan Manis di tangannya dikemaskan lagi. Manis juga sudah menangis di sebelahnya.

"Stage berapa ya Dr.?" Soal Hawra dengan nada terketar-ketar.

"Unfortunately, it have been stage 3. Don't worry, saya dan pasukan perubatan yang lain akan bantu awak," ucap Hasya dengan rasa berat hati.

Hawra cuba menahan sebak yang makin menggila di dalam hati. Air matanya pula tidak henti-henti mengalir. Manis segera memeluk tubuh Hawra. Dia hanya mampu meredakan tangisan Hawra dengan usapan di belakang badan Hawra.

Hasya yang melihat keadaan Hawra juga berasa simpati. Tiada siapa yang mahukan sakit, tetapi takdir Allah itu sentiasa berjalan dengan baik.

🌼

HAWRA duduk termenung di atas katil sambil memandang ke luar tingkap. Permandangan yang hanya menampakkan beberapa lampu bangunan itu tidak dapat menghilangkan rasa sakit di dalam hatinya. Semua yang dia terima pada hari itu cukup menampar dirinya sendiri.

Manis yang baru tiba dari surau berasa simpati melihat keadaan Hawra. Dia menarik kerusi kosong di sebelah katil Hawra dan duduk. Dia dapat melihat bagaimana kosongnya wajah Hawra tika itu.

Hilang.

Sahabatnya yang dulu sentiasa ceria kini hilang perlahan-lahan.

"Aku letih..."

Tiba-tiba Hawra bersuara. Manis sedaya upaya cuba menahan air matanya daripada menitis.

"Ara. Tidak ada manusia yang baik-baik sahaja, semua sedang berjuang dengan ujian masing-masing. Tapi kau kena ingat yang Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong buat diri kita. Jangan risau Ara, Allah nak bagi sesuatu yang indah buat diri kau. Aku ada dengan kau sekarang, selalu dan selamanya," tutur Manis dan memegang lembut tangan Hawra.

Hawra terus mengalirkan air mata. Bukan dirinya mahu menyalahkan takdir yang disusun indah oleh Allah. Tetapi hatinya sudah penat. Jiwanya sudah letih mengadap segala rintangan yang hadir tanpa dipinta.

"Lepas daripada ni, pilih diri kau sendiri Ara. Fokus pada treatment kau. Jangan letakkan masalah orang lain dalam hidup kau. Sekarang adalah masa untuk kau berjuang." Manis tersenyum tipis ke arah Hawra.

"Aku takut aku tak mampu Manis. Dugaan aku sekarang terlalu berat. Aku penat. Penat sangat..." lirih Hawra.

"Allah sentiasa ada dengan kau. Doa sentiasa dapat dilafazkan. Jadi kenapa kita perlu jatuh sebawah ini? Allah itu maha penyayang, Ara. InsyaAllah kau akan sembuh."

Manis segera bangun dan memeluk tubuh Hawra. Hawra menangis sepuas-puasnya di dalam dakapan Manis. Dia tidak berjanji yang dia akan sentiasa kuat. Tapi dia percaya dengan kata-kata Manis.

Allah sentiasa ada dengan kita.

Sentiasa. 

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now