IZZUL menekan butang lif ke aras bawah. Hari itu dia selesai menyiapkan kerjanya agak lewat. Jam juga sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Dia cukup yakin Hanis akan membebel padanya.
Izzul berjalan denga badan yang cukup letih ke arah keretanya. Tetapi dia ditegur oleh satu suara dari belah belakangnya. Badannya terus berpusing dan dia melihat Faiq di situ.
"Lambat kau habis kerja?" soal Faiq dengan tangan yang bersilang di dada. Dia berjalan setapak demi setapak ke arah Izzul.
Izzul mula berasa lain. Jarang dia terserempak dengan Faiq di syarikat itu. Tambah pula di tempat letak kereta bawah tanah itu.
"Ada kerja yang nak kena siapkan sebelum esok. Kau buat apa dekat sini? Hawra dah balik petang tadi," jelas Izzul dengan rasa debar.
"Aku tahu isteri aku dah balik. Cuma aku nak cakap something dengan kau. Kau tak rushing kan?"
Izzul membelek jam di tangannya. Dia sudah resah kerana bimbangkan Hanis di rumah.
"Tak lama pun bro. Kita borak santai je. Untuk masa depan," ucap Faiq dan tersenyum.
"Okay bolehlah. Kau nak cakap tentang apa?" soal Izzul.
"Ini tentang isteri aku dan juga isteri kau. Aku cuma nak tegur satu benda je tentang isteri kau. Jangan sibuk hal orang. Especially about Hawra. Hawra dengan kau dah takde apa-apa hubungan dah. Jadi aku minta sangat supaya isteri kau jangan ganggu rumah tangga aku," jelas Faiq dengan cukup tenang.
Izzul terkedu buat beberapa detik. Dia agak terpempan dengan teguran yang diberi oleh Faiq itu.
"Aku minta maaf atas salah isteri aku. Dia tak sepatutnya cakap macam tu waktu majlis haritu," balas Izzul dengan kesal.
"Oh...jadi majlis haritu pun isteri kau ada cari pasal dengan isteri aku ke? Hawra tak cerita pula."
"Jadi kau nak cakap tentang apa ni? Setahu aku Hanis hanya perli Hawra waktu majlis tu je." Dahi Izzul sudah berkerut.
"Isteri kau ada kawan nama Maisarah?"
"Mai ke?"
Faiq mengangguk perlahan. Dia perlu selesaikan semua masalah itu dengan segera. Dia tidak mahu Hawra bersedih lagi selepas ini.
"Aku kenal dia. Kenapa dengan dia?"
Izzul juga hanya kenal seimbas lalu sahaja gadis bernama Maisarah itu. Itupun selepas Hanis mengajak Maisarah datang ke rumah mereka minggu lepas untuk makan tengah hari. Selepas daripada itu, dia sudah tidak berjumpa dengan gadis itu.
"Dia cuba musnahkan hubungan aku dengan Hawra. Tapi dia pun kenalan lama aku juga. Mungkin ada khilaf aku dekat mana-mana. Cuma dia ada petik tentang Hawra yang mandul depan aku. Jadi kau rasa macam mana dia boleh tahu? Kau yang info pada dia atau...?" Senyuman tipis ditayangkan ke wajah.
Izzul terus mengeluh perlahan. Dia sendiri faham dengan makna tersirat daripada ayat Faiq itu. Dia berasa cukup kesal dengan sikap Hanis saat itu. Dia fikirkan wanita itu tidak mahu berdendam lagi dengan Hawra selepas dia menegur Hanis sewaktu kejadian majlis makan malam itu.
Ternyata Hanis menggunakan orang lain untuk menghancurkan hubungan Hawra dan Faiq. Kecewa di hati sudah semakin membengkak.
"Aku minta maaf Faiq atas salah isteri aku. Aku akan tegur dia semula. Maafkan aku sekali lagi," ucap Izzul dan menunduk ke bawah.
"Aku maafkan. Cuma aku terasa bila ada orang yang mempertikaikan isteri aku. Dia tu amanah buat aku jaga. Jadi aku tak nak orang luar hancurkan diri dia lagi. Aku percaya dekat kau, Izzul. Aku harap kau boleh didik isteri kau untuk berubah. Iu je yang aku nak cakap," jelas Faiq dan menepuk bahu Izzul.
![](https://img.wattpad.com/cover/373912428-288-k543159.jpg)
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...