BAB 33 🌼

6.6K 274 3
                                    

- Bagaikan ada tali yang menyambung dua hati yang terpisah jauh. Andai itu ketentuan takdir,, ianya pasti akan berjalan jua...-

2 TAHUN KEMUDIAN...

BUNYI roda yang berpusing, kaki yang menghentak lantai dan suara-suara berbual. Itulah situasi yang sedang berlaku di lapangan terbang itu. Bunyi daripada pembesar suara juga amat jelas.

Manis berjalan dengan sebuah kotak berisi donut. Dia mahu duduk di sebuah bangku sementara menunggu kepulangan seseorang.

Sedang dia berjalan, tubuhnya dilanggar oleh seseorang dari belakang sehingga membuatkan Manis jatuh tersungkur ke depan. Habis terburai donut yang berada di dalam kotaknya.

"Ya Allah Cik. Cik tak apa-apa?" Soal Malique dengan kalut.

Telefon di telinga segera diturunkan dan dimasukkan ke dalam beg. Dia segera merendahkan tubuh untuk membantu Manis.

"Encik ni rabun ke? Tak nampak saya yang sebesar alam ni tengah jalan?" Hambur Manis dan mengutip donutnya. Habis kotor semuanya.

"Sorry. Saya memang tak perasan. Awak pun bukannya besar macam semesta. Kurus je," sempat Malique menilik tubuh Manis.

"Mata gatal! Awak nak saya report dekat polis ke?"

Manis sudah berdiri semula. Dia agak terkejut dengan cara Malique memandangnya.

"Eh. Bukan-bukan. Awak kan memang depan saya. Jadi saya memang tengok awak lah. Saya cuma nak menidakkan apa yang awak cakap tu je," ujar Malique dan cuba membetulkan salah faham.

"Ish. Diam je lah Encik. Tak memasal donut saya dah kotor." Bebel Manis.

Dia mahu memberi hadiah pada orang yang ditunggunya itu. Tetapi sekarang, dia perlu membeli balu pula.

"Nak saya ganti ke? Saya sudi beli semula kalau Cik nak," pelawa Malique.

"Tak payah lah Encik. Saya tak nak Encik rasa bersalah dengan saya. Encik minta maaf pun dah cukup. Harap kita berdua tak jumpa lepas ni," ucap Manis dan membuka langkah untuk pergi.

Malique hanya terpinga-pinga dengan balasan daripasa Manis. Dia cuma mahu membetulkan kesalahannya sahaja. Tak memasal dia sudah membuat hati seorang gadis terluka.

"Woi."

Satu tangan menepuk bahu Malique. Malique terus beristighfar kerana terkejut.

"Kau ni. Cuba beri salam. Jangan di woikan aku," bebel Malique dan bersalaman dengan Faiq.

"Dah nampak kau macam termenung je. Kenapa tadi tu? Nampak macam gaduh." Soal Faiq yang ternampak Malique berbual dengan seorang gadis.

"Aku terlanggar dia tadi waktu angkat call dari kau. Tak memasal dia jatuh bergolek tadi. Donut dia pun terabur tadi," jelas Malique.

"Lah yeke. Lepastu kau ganti semula tak donut-donut dia?"

"Tak. Dia tak nak. Dia cakap tak nak ada kaitan dengan aku lagi. Entah lah aku. Kito tak tahu. Kito penat," luah Malique dengan gaya bahasa Kelantan.

"Dah lah. Jom balik. Aku pun kena sampai rumah sebelum jam 7 malam."

"Lahai. Dah macam perempuan. Kena balik sebelum Maghrib. Kau kan komando. Takkan balik lambat pun mak marah?" Perli Malique.

Mereka berdua sudah berjalan pergi bersama-sama.

"Bukan sebab mama aku. Sebab Juna. Dia nak aku bawa pergi dinner malam ni. Katanya rindu separuh nyawa. Budak enam tahun tu memang banyak akal," bebel Faiq dan teringat akan Arjuna.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now