BAB 22 🌼

6.1K 267 9
                                    

URUSAN penceraian mereka selesai dengan mudah. Izzul dan Hawra memberi kerjasama yang baik pada pagi itu. Hawra berasa lega kerana semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Saat mereka berjalan keluar, Hawra bertembung dengan Izzul dan Hanis. Dia juga tidak menyangka Hanis akan ikut Izzul ke situ. Hanis pula melemparkan senyuman manisnya kepada Hawra. Tetapi Hawra hanya menayangkan wajah ketat. Cermin mata hitamnya dibetulkan sedikit.

Diana di sebelah juga sudah membuat muka menyampah. Sejak dia mendengar cerita daripada Manis tentang perkahwinan kedua Izzul, hati perempuannya sudah menggila. Dia cukup pantang dengan lelaki gatal seperti itu.

"Jangan sesekali muncul depan aku lagi. Kau muncul untuk tuntut apa-apa hak kau, aku akan sumbat kau dalam penjara," ucap Izzul dengan penuh lagak.

Hawra yang baru sahaja mahu membuka langkah terus terhenti. Bibirnya terus diukir sinis. Dia terus membuka cermin matanya dan memandang tajam ke arah Izzul.

Izzul mula berasa bengang saat memandang mata tajam itu. Hanis juga berpura-pura takut dan segera mengenggam tangan Izzul.

"Izzul Khalif. Satu benda saya nak cakap dekat awak. Saya menyesal kutip awak dulu waktu orang lain pijak awak. Benda yang sepatutnya dibuang, memang layak dibuang. Saya takkan datang depan awak lagi. Jadi jangan risau. Jaga lah mak awak sebaik yang mungkin dan ajar lah dia untuk menghormati orang lain. Semoga hubungan awak dan Hanis dilimpahkan anak seramai yang mungkin. Assalamualaikum," balas Hawra dengan lembut tetapi pedas.

Selepas itu, dia melemparkan senyuman manisnya dan berjalan pergi bersama Diana.

Izzul terus mengepal tangannya dengan rasa bengang. Hatinya juga sakit apabila Hawra mengungkit kisah lamanya dahulu. Tangan Hanis dilepas kasar. Hanis terus tersentak dengan tindakan Izzul.

"Abang okay?" Soal Hanis dengan nada takut.

"Hanis boleh balik sendiri tak? Abang ada meeting kejap lagi," ucap Izzul tiba-tiba.

"Huh? Abang tak boleh hantar Hanis balik ke? Jauh lah abang rumah kita dengan mahkamah ni." Hanis sudah berasa cemas.

"Sebab tu lah abang tak nak Hanis ikut abang ke sini. Dah lah, jom balik. Abang hantar," rengus Izzul dan berjalan pergi meninggalkan Hanis di belakang.

Hanis terus tersentap. Dia cuma mahu menyaksikan penceraian mereka berdua di mahkamah itu. Barulah hatinya puas. Tiba-tiba Izzul naik angin pula dengannya. Semuanya kerana kata-kata cacian daripada Hawra sebentar tadi.

🌼

DIANA meletakkan jus oren di atas meja. Dia dan Hawra singgah di sebuah restoran untuk menjamah makan tengah hari dahulu.

"Terima kasih Diana sebab bantu saya," ucap Hawra dengan rasa segan.

"Sama-sama Hawra. Ini memang tugas saya. Saya dah banyak bantu perempuan di luar sana yang nak kan keadilan buat diri mereka. Kadang hidup berkahwin ni tak seindah yang kita sangka." Diana tersenyum tipis.

Hawra juga mengangguk setuju. Jika dia sedar tentang semua itu, dia juga tidak mahu berkahwin. Tetapi kerana cintanya yang menggunung tinggi buat Izzul, dia buta dengan semuanya.

"Sekarang ni macam mana dengan kesihatan Hawra?"

"Alhamdulillah. Kemo pertama saya baru selesai dua hari lepas," jawab Hawra dengan rasa lega.

"Alhamdulillah. Saya doakan Hawra cepat sembuh. Saya tengok Hawra ni seorang yang cukup kuat. Kalau saya jadi Hawra, mungkin saya dah murung," tutur Diana lagi.

"Terima kasih Diana. Saya kuat sebab diri saya sendiri. Kalau saya tak kuat, siapa lagi kan yang akan kuatkan saya. Saya cuma nak cari kebahagiaan saya semula."

"Dan saya yakin, kebahagiaan tu akan tiba tak lama lagi," sambung Diana dengan rasa ikhlas.

Hawra lantas tersenyum. Dia lega kerana Diana dapat menerima dirinya seperti itu. Dia sudah berfikiran lain tentang diri Diana kerana pekerjasaan wanita itu. Risau dirinya akan direndahkan oleh Diana. Tetapi gadis itu mempunyai hati yang cukup baik dan tulus.

🌼

PUAN ANIDA menantikan kepulangan Izzul dan Hanis di rumah. Dia akan pulang ke kampung selepas Zuhur. Kereta Izzul yang berhenti di luar pintu pagar rumah membuatkan dahi Puan Anida berkerut.

Selepas itu, dia hanya melihat Hanis sahaja yang turun dan ditinggalkan oleh Izzul. Izzul sudah memecut pergi dari rumah itu.

Puan Anida segera mendapatkan Hanis yang berjalan lemah sewaktu masuk ke dalam rumah. Wajah sugul Hanis itu membuatkan hatinya resah.

"Izz pergi mana?" Soalnya laju.

"Abang Izz ada meeting mak. Petang nanti baru dia balik," jawab Hanis dengan rasa malas.

"Oh...jadi macam mana tadi? Dah sah ke perceraian dia orang tu?" Puan Anida sudah duduk di sebelah Hanis dengan wajah yang tidak sabar.

"Dah settle mak. Kak Ara tak minta apa-apa pun daripada Abang Izz."

"Memang patut macam tu. Dia tak layak langsung nak dapat harta Izz. Lepas ni, Hanis jaga Izz baik-baik ya," ucapnya lembut.

"Ye lah mak. Mak balik pukul berapa ni? Kalau Abang Izz tahu mak ada dekat sini lagi, mesti dia mengamuk."

Jujurnya Hanis sedikit menyampah dengan sikap Puan Anida itu. Dia tidak suka dengan sikap mendesak Puan Anida kepada Izzul. Tetapi mujurlah Puan Anida sayangkan dia. Tidaklah dia dihina seperti Hawra.

"Pukul dua nanti mak naik bas. Hanis hantarkan mak boleh ke? Mak tak nak naik teksi. Panas," pinta Puan Anida.

"Boleh mak. Nanti Hanis hantarkan mak ke stesen bas. Mak dah masak ke? Hanis lapar lah," ucap Hanis dan berdiri.

Disebabkan mahu mengikut Izzul ke mahkamah, dia sanggup mengosongkan perut dengan tidak mengambil sarapan. Sudahnya sekarang perutnya sudah sakit kerana gastrik.

"Apa pula mak masak. Mak kan tak tinggal sini dah. Jadi Hanis lah yang memasak. Mak pun teringin nak rasa masakan Hanis," ujar Puan Anida dan membuka televisyen. Dia berasa seronok dengan perpisahan Izzul dan Hawra itu.

Hanis terus tersentak. Dia fikirkan Puan Anida sudah selesai memasak makan tengah hari.

"Mak tunggu kejap ya. Hanis masak."

"Hanis masak gulai daging ya. Mak dah siap rebus tu. Izz suka makan gulai daging tu. Tapi jangan letak garam banyak sangat. Hanis masak semalam, masin sangat. Naik darah tinggi mak," bebel Puan Anida.

Hanis mula berasa panas hati. Ibunya sahaja tidak pernah mempertikai masakannya. Tetapi sekarang banyak pula yang ditegur oleh Puan Anida.

Malas hendak menambahkan bengkak di hati, Hanis terus bergerak ke dapur. Dia terus menggigit bawah bibirnya saat melihat sinki yang penuh dengan periuk dan pinggan.

Ketika itu juga Hanis terus menyumpah-nyumpah Puan Anida di dalam hati.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now