HARI demi hari berjalan dengan indah. Hari ini Hawra akan memulakan kerjanya di syarikat milik Dato' Mazlan. Perasaan berdebar sudah mula dirasa olehnya sejak dari semalam. Bukanlah kerana tugas yang akan digalas, tetapi insan yang sudah menghancurkan dunianya dahulu masih berada di situ.
"Harini sayang akan mula bekerja kan?" Soal Faiq selepas mereka selesai menunaikan solat Subuh.
"Aah abang. Saya takut lah," luah Hawra dengan rasa debar.
"Percaya pada diri sayang. Sayang abang ni perempuan kuat. Seorang perempuan yang cukup matang dan berdikari. Ingat sayang, segalanya adalah untuk diri sayang sendiri. Be positive okay," pesan Faiq dengan lembut.
"Terima kasih abang. Nanti saya rindu abang macam mana?" Usik Hawra.
"Hmmm...macam mana ya. Abang pun dah mula rindukan sayang ni," balas Faiq dan menayangkan wajah sedang berfikir.
"Mengada je abang ni." Hawra terus mencuit hidung Faiq dan menanggalkan telekungnya.
"Abang turun bawah dulu ya. Nak tolong mama siapkan breakfast. Sayang bersiap dulu ya," pesan Faiq.
Hawra hanya mengangguk dan segera menukar bajunya. Mekap juga dipakai sebagai alas untuk menaikkan seri di wajahnya sedikit. Tudung juga dipakai dan dibuat menjadi labuh sedikit.
🌼
HAWRA melangkah turun ke bawah. Suara Faiq dan Arjuna di bawah dapat didengari dengan cukup jelas oleh Hawra. Datin Farisya juga berada di ruang tamu itu.
"Dah siap Hawra?" senyuman manis dilemparkan buat menantunya itu.
"Dah mama," jawab Hawra dan berjalan ke arah mereka bertiga.
Faiq juga tersenyum melihat pemakaian Hawra yang sedap mata memandang. Tiada lagi tudung di atas dada. Pakaian isterinya juga sudah semakin longgar dan yang lebih membuatkan dia mengucap rasa syukur adalah sarung kaki dan sarung tangan yang dipakai. Terasa tugasnya sebagai seorang suami berjaya.
"Mommy nak pergi work ke?" soal Arjuna.
"Aah Juna. Mommy kena cari duit," seloroh Hawra dan sempat melirik ke arah Faiq.
"Jahatnya daddy suruh mommy work. mommy work, tapi daddy duduk rumah. Ish. Ish. Ish." Arjuna menggeleng kepalanya tanda tidak sangka.
"Amboi mulut. Daddy pun work kan. Tapi daddy tengah cuti," ucap Faiq.
"Mommy work dekat hutan juga ke?"
Soalan Arjuna mengundang tawa Faiq dan Datin Farisya. Hawra hanya tersenyum dan menggeleng perlahan.
"Taklah Juna. Mommy work dekat bangunan besar. Bangunan grandpa Juna. Mommy nak kerja apa dalam hutan? Daddy awak boleh lah. Dia orang hutan," sempat Hawra mengenakan Faiq.
Faiq yang masih dengan sisa ketawanya bangun dan duduk di sebelah Hawra.
"Amboi sayang. Tak nak kalah dengan Juna nak kenakan abang." Faiq merangkul lembut pinggang isteri tercintanya itu. Hawra hanya menayangkan sengih.
"Oh...Juna nak ikut boleh? Boleh Juna tolong mommy work," pinta Arjuna pula.
"Tak boleh Juna. Mommy work untuk grandpa. Kalau grandpa nampak Juna kacau mommy, nanti grandpa jadi hulk," jelas Datin Farisya.
"Alah...grandpa marah Juna ke nanti grandma? Juna kan good boy. Papa dengan mama cakap," omelnya dengan bibir yang dicebik ke depan.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...