Telefon diletak ke tepi. Daripada posisi mengiring dengan kepala yang berbantalkan paha Fajar, dia pusing menghadap ke siling. Wajah Fajar dipandang. Tangan lelaki itu yang sedang menskrol telefon ditarik dan dipeluk.
“Sayang.”
Fajar berdehem tanda sedang mendengar. Perhatian sudah sepenuhnya teralih kepada Arisha.
“Saya bosan.”
“Kau nak buat apa?”
“Entahlah.”
“Nak pergi shopping tak?”
“Jom! Pergi pasaraya.”
“Pasaraya?”
Arisha angguk. “Saya nak beli barang dapur sikit. Saya ingat esok nak buat kuih.”
“Kuih apa?”
“Kuih lapis. Saya dah lama tak merasa. Nak makan, tapi nak buat sendiri.”
“Okey jom. Aku ingat nak bawa kau shopping dekat mall tadi. Beli baju ke apa ke.”
“Saya dah ada banyak baju. Macam mana kalau kita pergi jalan-jalan dekat tempat lain?”
“Mana?”
“Mana-mana je. Nanti saya pandu kereta. Awak ikut.”
“Ikut suka kau. Aku nak pergi tukar baju.”
“Saya nak mandi.” Arisha bangun dari pembaringan.
“Nak mandi sama-sama tak?”
“Tak nak. Nanti tak keluar saya.”
Fajar tertawa.
Troli pasaraya ditolak perlahan sambil mata melilau memerhati barangan yang tersusun di rak. Fajar hentikan langkah apabila Arisha mencangkung, membelek barangan di rak paling bawah.
“Dah jumpa tepung.”
“Apa lagi yang tak ada?”
“Em….” Arisha berfikir sejenak. Tangan mula membelek barangan di dalam troli untuk melihat-lihat barangan yang sudah diambil.
“Rasanya dah tak ada. Semua cukup.”
“Yakin?”
“Yakin sayang. Jom bayar.” Arisha lorek senyuman. Troli di bahagian hadapan ditarik menuju ke kaunter.
Barang-barangan diletak di tempat duduk belakang. Arisha mula memandu. Giliran dia sekarang memandangkan dia yang mahu membawa Fajar pergi berjalan-jalan.
“My sweet wife.”
“Hah?” Arisha kerut dahi. Dia macam terdengar sesuatu tadi, tapi was-was. Dengar tak dengar aje.
“Cinta hati.”
“Salah. Saya dengar macam my sesuatu tadi.”
“My sweet wife. My darling. I love you.”
Arisha parkir kereta di tepi jalan. Fajar dipandang. “Awak cakap sekali lagi.”
“Maaf. Tak ada siaran ulangan sekarang.”
“Sayang….”
“Apa dia isteriku?”
“Sebut sekali lagi sayang.”
“Ada bayaran dia untuk siaran ulangan.”
“Apa dia?”
Fajar kembungkan sebelah pipi lalu jari telunjuk menepuk bahagian pipi yang dikembungkan.
Seakan mengerti, Arisha melabuhkan ciuman bertalu-talu di pipi Fajar. Rasakan! Dia nak dengar juga apa yang Fajar cakap tadi semula.
“Cukup cukup cukup!”
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...