BAB 52

82 16 8
                                    

“Bos,” tegur Ridzuan.

Fajar hanya mengangkat kening. Kaunter dihampiri. “Buat americano satu.”

“Baik bos! Pesanan diterima.” Resit diberi kepada Fajar.

Fizan yang terdengar terus membuat apa yang dipesan oleh Fajar memandangkan sudah tiada pelanggan yang menunggu di hadapan kaunter.

Jam di dinding dilihat. Dah pukul 12 tengahari. Tadi sempatlah dia bercucuk tanam sekejap. Nak bagi halaman rumah penuh pokok punya pasal. Tak adalah kosong sangat dia dan Arisha tengok hari-hari.

Meja kosong dihampiri. Lantas kerusi ditarik lalu dia duduk. Tadi datang nak jenguk-jenguk restoran sahaja. Dah tak ada kerja nak dibuat. Tempahan hari ini pun tiada. Tunggu Arisha balik, entah pukul berapa baliknya.

“Americano bos.” Ridzuan sengih seraya meletak cawan kopi milik Fajar.

“Terima kasih. Macam mana restoran hari ni?”

“Okey bos. Tak ada masalah.”

Pandangan Fajar terkalih ke arah Khairul apabila lelaki itu menarik kerusi dan duduk.

“Lama kau pergi rumah mentua kau. Seronok kat sana?”

“Boleh tahan. Kau tak nak cuba rasa? Aku boleh carikan calon untuk kau.”

“Kau tolong carikan calon? Heh!  Kawan perempuan pun tak ada.”

“Memang tak ada, tapi aku kenal orang. Haa aku ingat sepupu-sepupu aku balik kampung beberapa hari ni. Cucu Nek Uza tu. Dekat dah rumah. Takkan laa kau tak ada jumpa.”

“Tak layan aku orang jauh.”

“Memilih betul. Jadi bujang sampai mati ajelah.”

Khairul mendecit. “Kau datang seorang?”

Fajar angguk. “Arisha pergi sekolah. Ada urusan sikit.”

“Cuti macam ni pun pergi sekolah. Habis tu kau lesap ke mana tadi? Sekarang baru muncul dekat sini.”

“Rumah je.”

Khairul kalih pandangan ke pintu. Disangka pelanggan yang masuk, rupanya Fahim. Baru nak bangun beri tempat duduk tadi. “Kembar kau datang.”

Fajar tidak menoleh. Dibiar sahaja Fahim menghampiri mereka. Seteguk americano miliknya diminum.

“Tak bagitahu aku yang kau dah balik.”

“Aku lupa nak bagitahu pagi tadi. Aku sampai lewat jugalah semalam. Dekat-dekat pukul satu pagi.”

“Asal lewat sangat? Kau tak bertolak waktu pagi?”

“Bertolak pagi. Bini ajak dating sekejap.”

“Patutlah.” Fahim tarik kerusi dan duduk.

“Nak beli apa kau hari ni?” Soal Khairul.

“Latte. Aku haus.”

“Ridzuan. Latte satu untuk Fahim,” ujar Khairul tanpa berganjak dari tempat duduk. Nak membawang lagi. Kerja tak banyak nak dibuat.

“Kau datang dari mana?” Soal Fajar.

“Rumah Erul.”

“Aku ingat budak tu kahwin minggu lepas. Aku tak pergi kenduri dia.”

“Dia ada tanya tadi kenapa kau tak pergi. Rumah pun tak ada orang masa dia pergi.”

“Aku kena pergi rumah dia nanti.” Fajar gagau poket seluar apabila telefonnya berdering. Tanpa menunggu lama, panggilan dijawab.

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now