BAB 53

70 14 8
                                    

Dulang teh diletak di atas meja. Arisha duduk dan mengisi air teh ke dalam cawan. Lantas, Puan Kairana dan Encik Uzair dipelawa minum.

“Seorang dekat rumah?” Soal Puan Kairana.

Arisha angguk. “Fajar pergi pasar, beli sayur sikit. Arisha tak boleh nak ikut. Bau air ikan dekat pasar buat Arisha rasa nak muntah.”

“Biasalah tu orang mengandung. Normal. Kuat sangat alahan?”

Arisha geleng, menidakkan soalan Puan Kairana. “Arisha tak adalah alahan teruk-teruk macam yang dekat google tulis. Arisha cuma kuat makan. Tak suka bau air ikan. Itu je.”

“Baguslah kalau macam tu. Mengandung kembar ni mungkin susah sikit. Jaga diri.”

Arisha angguk disertakan deheman mengiakan.

“Fajar tak buka restoran ke hari ni? Bapak tengok restoran dia tutup tadi.”

“Tak buka bapak. Esok baru buka.”

Bunyi ketukan pintu menarik perhatian mereka. Arisha yang memang sudah tersarung tudungnya mula melangkah untuk membuka pintu.

“Assalamualaikum cinta hati.” Fajar sengih.

Arisha sudah merasa hairan melihat Fajar menyembunyikan sebelah tangan di belakang tubuh. Tengok tingkah pun lain macam.

“Waalaikumusalam sayang. Senyum-senyum apa?” Dagu Fajar dicuit.

“Happy birthday cinta hati.” Tangan yang disembunyikan di belakang tubuh dikeluarkan.

Arisha tertawa suka. Fajar sorokkan bunga kantan rupanya. Bunga kantan bukan calang bunga kantan, dibalut kemas dengan kertas majalah lama persis jambangan bunga di kedai. Di celah-celah bunga kantan, terselit ulam raja dan bunganya. Cantik!

Dahi dan pipi Arisha dikucup. Kemudian, hidung Arisha dicuit. Betapa dia sayangkan isterinya itu.

“Suka bunga tu? Atau kau nak mawar?”

Arisha geleng. “Suka sangat-sangat. Bunga ni paling wangi di hidung saya.”

Fajar tertawa kecil. “Yalah tu.” Pipi Arisha ditarik. Geram dia tengok pipi yang makin berisi itu.

“Hari ni aku masak sedap-sedap sempena hari lahir kau. Aku dah beli bahan-bahan.”

“Terima kasih sayang.” Arisha menyengih suka. Fajar dipeluk. Sempat pintu yang hanya dibuka separuh ditolak seluas mungkin.

“Sama-sama cinta hati, isteri kesayangan aku.” Fajar tercenggang melihat Puan Kairana dan Encik Uzair tersengih-sengih memandang mereka. Senyumannya mendadak hilang.

“Bapak. Emak. Bila sampai?”

“Baru je.”

Arisha lepas pelukan. “Sini barang.”

“Tak boleh. Berat. Kau ambil kek bawa masuk. Tu….” Isyarat ke sebelah dibuat.

Arisha akur. Kek diambil dan dibawa masuk ke dalam. Sekejap-sekejap dia cium bau bunga kantan. Wangi! Dahlah Fajar campur bunga kantan putih dan merah jambu. Cantik aje kejadiannya dia tengok.

Fajar duduk setelah menyalam tangan. “Bapak datang dengan siapa? Fajar rasa Fajar tak nampak kereta dekat luar.”

“Qhair dengan Nora. Budak-budak tu pergi cari telefon. Telefon Nora tertinggal dekat kedai makan tadi.”

“Patutlah tak nampak kereta.”

“Jadi kejutan.”

Fajar tertawa dan menggosok belakang leher. Geli hati serta malu pada masa yang sama setelah mendengar kata-kata Encik Uzair. Memang menjadi kejutan untuk dia. Tak biasalah sweet-sweet depan emak dan bapak Arisha. Tadi mesti mereka berdua dah dengar jelas-jelas perbualan dia dan Arisha.

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now