BAB 50

94 16 10
                                    

Lobak dicuci bersih kemudian dipotong. Sekilas mata memandang ke arah pintu apabila pintu dibuka oleh Fajar.

“Arisha.”

“Haa.” Kali ini fokus Arisha beralih kepada Fajar.

“Tak sakit perut hari ni?”

“Tak. Normal. Saya jarang sakit perut sebab period.”

“Aku ingat hari ni baru hari ke 20 kan sebelum datang period.”

Arisha angguk. “Saya rasa period saya tak teratur sebab pola makan berubah. Berat badan saya pun macam naik mendadak.” Pipi dikembungkan sehabis berkata.

“Normal ke period tak teratur?”

“Normal, tapi tengok jugalah macam mana sebab ada orang tak datang setahun. Ada orang tak datang berbulan-bulan. Lewat beberapa hari ke. Ada juga kes datang lepas 15 hari. Tapi seeloknya pergi buat pemeriksaanlah kalau period tak datang berbulan.”

“Kalau kau rasa ada benda tak normal atau sakit dekat mana-mana, bagitahu aku tau. Kita pergi klinik terus.”

“Okey. Sayang nak lauk apa hari ni?”

“Kau nak masak apa?” Fajar beri isyarat ke arah lobak di tangan Arisha.

“Sup sayur. Rasa nak makan macam yang sayang buat sebelum ni. Saya sediakan bahan dulu. Tunggu sayang balik masakkan.”

Fajar tertawa kecil. “Kau jadi pembantu aku jelah hari ni. Biar aku masakkan.”

“Baik bos!”

Fajar cekup dagu Arisha menggunakan tangan kanan. Kemudian, pipi Arisha ditekan beberapa kali. Sejak beberapa hari ini dia memang suka main dengan pipi Arisha. Bulat, comel macam tu. Lembut pula.

“Gebu macam kek,” komen Fajar.

“Sayang!”

Fajar ketawa. “Potong lobak tu cinta hati.”

Arisha pusingkan tubuh. Kerjanya yang tergendala tadi disambung.

•••

“Hah!” Fajar menghela nafas sedikit kuat sebaik sahaja dapat berbaring dengan kepala berbantalkan paha Arisha. Wajah digesel-gesel pada perut Arisha. Dah waktunya dia nak bermanja-manja. Esok nak ke rumah Encik Uzair. Entah dapat bermanja atau tak bila dah tiba di sana.

“Auch!” Arisha termengaduh apabila Fajar menggigit tangannya. “Awak kenapa?”

“Kenapa kau tak layan aku?”

“Saya tengah tengok TV.”

“Layanlah aku.”

“Ya sayang….” Pipi Fajar digosok menggunakan ibu jari.

“Cium.” Fajar hala jari telunjuk ke dahi. Tak hanya suka memicit pipi Arisha, Fajar suka apabila Arisha mencium dahinya. Terasa dimanjakan.

Arisha akur. Dahi Fajar dicium sekejap. “Nak apa lagi?”

“Peluk.”

Sebelah tangan, Arisha bawa ke atas tubuh Fajar. “Dah sayang.”

“Sekarang aku tak tahu nak apa lagi.”

Arisha tertawa. “Saya dah kemas barang-barang petang tadi. Barang-barang awak saya letak atas katil dulu. Tengok-tengok kalau ada pakaian yang awak nak tukar atau ada barang lagi yang awak nak bawa.”

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now