BAB 55

60 13 4
                                    

“Mak!” Arisha menghampiri Puan Rosna yang duduk di kerusi menunggu. Terus Puan Rosna dipeluknya erat. Barulah tangisannya terhambur. Dia benar-benar takut.

Puan Rosna mengusap perlahan belakang tubuh Arisha. Dia juga takut. Dalam kepala dah fikir macam-macam. Dalam hati tidak habis-habis menyalahkan diri. Namun begitu, perkara sudah terjadi. Tiada guna lagi menyesali.

“Semua salah mak. Fajar kejar mak, tapi mak tak berhenti. Mak minta maaf. Mak minta maaf Arisha.” Sambil teresak-esak Puan Rosna berkata.

Arisha geleng. Tiada suara mahu memujuk. Otak dia sedang berserabut dengan andaian negatif. Dia sendiri perlukan pujukan dan kata-kata positif saat ini.

•••

Kerusi ditarik lalu dia duduk. Tangan Fajar dipegang. Arisha menunduk untuk mengucup tangan tanpa menggerakkan tangan Fajar. Tangisannya terhambur lagi. Pilu hati melihat sekujur tubuh Fajar dipenuhi luka dan wayar berselirat.

Ayu menggosok belakang tubuh Arisha. Puan Rosna tidak berani mahu masuk ke dalam. Sudahnya, dia yang menemani Arisha.

Air mata yang mahu menuruni tubir mata laju diseka. Dia juga sedih. Baru beberapa hari yang lalu Fajar mengusik dirinya, kini anak saudaranya itu terbaring tanpa suara. Tersayat hati dia melihat luka-luka di wajah dan tangan Fajar. Tak dapat dibayangkan saat masih dipenuhi darah. Pasti kakaknya trauma kerana kejadian itu berlaku di hadapan mata sendiri.

Puan Rosna kalih pandangan ke arah Khairul yang baru tiba. Lelaki itu terlihat cemas dan tercungap-cungap.

“Kau dah tutup restoran?” Asfan menyoal.

Khairul angguk. “Ada pelanggan buat tempahan hari ni. Aku terpaksa tunggu Ukael dan yang lain siapkan tempahan sekejap. Fajar macam mana?”

“Luka luaran. Kaki dengan tangan kiri dia cedera teruk. Tak boleh jalan buat sementara waktu. Doktor baru buang darah beku dalam kepala dia.”

Khairul hela nafas mendengar penjelasan Asfan. Tak tenang dia semasa menunggu di restoran tadi. Dia telefon tanya khabar, Asfan bagitahu Fajar ada dalam bilik bedah lagi.

“Macam mana Fajar boleh accident?”

“Adnan cakap Fajar tengah lintas jalan. Masa tu lampu memang merah. Pemandu keretalah punya pasal. Mengantuk. Microsleep laa. Langgar lampu isyarat.”

“Tak guna betul!” Khairul layang tumbukan ke dinding.

“Dah tahu mengantuk gila, apasal tak berhenti tepi dulu? Bodohlah orang macam ni. Tahan-tahan lepas tu menyusahkan orang.” Naik turun dada Khairul. Geram dia.

Asfan hanya diam mendengar Khairul marah sendiri. Pakej makian pula tu. Tak kira depan Puan Rosna sekalipun.

“Khairul. Kau ada nombor telefon ayah Fajar?” Soal Iwan.

Khairul geleng. “Aku ada nombor Melati. Kau minta dengan dia.”

“Hantar nombor dia dekat aku.”

“Dah.”

“Aku turun bawah dulu.” Iwan pandang Khairul dan Asfan. Melihat anggukan daripada Asfan, barulah dia melangkah pergi.

•••

“Kak.”

Mendengar suara Nora Maisara, Arisha menoleh. Tanpa banyak berkata Nora Maisara terus memeluk kakaknya itu.

“Abang mesti sihat balik nanti.” Tutur Nora Maisara setelah melepas pelukan.

Arisha angguk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UNTUK MENERIMA SEADANYAWhere stories live. Discover now