48- TK

38 4 2
                                        

JANNAH sedang sibuk melakukan CPR pada pesakit , bunyi sirens ambulans makin banyak di luar pekarangan bahagian kecemasan hospital.

Selesai intubate pesakit , Jannah berlari keluar mahu melihat keadaan yang sangat bising dan kecoh di luar.

"Ada apa dekat luar ? Kenapa bising sangat ?" Ujar Jannah pada Hazman , medical assistant yang bertugas di kaunter pendaftaran.

"Pihak polis cakap salah satu antara 2 bas tu , ada satu bas anggota tentera. Dari Sabah katanya , on the way nak ke Lumut. "Ucap Hazman sambil menunjukkan kearah kekecohan yang sedang berlaku.

"Hah , serius ke? Tentera apa, darat ke laut ? "Tanya Jannah cemas. Fikiran nya terus memikirkan Ivan.

"Tak pasti la dokter. Saya pun dengar-dengar macam tu je, tak dengar sangat sebab orang bising. "Jawab nya.

Mata Jannah mula meliar mencari sosok tubuh seseorang di dalam kumpulan berkemeja putih itu.

Mereka semua berkumpul di zon hijau, ada segelintir mereka berkumpul di hadapan zon merah di ruangan menunggu. Tanpa segan , Jannah melangkah kearah mereka untuk bertanya kan keadaan mereka.

"Maaf nak tanya, awak semua tentera apa ? " Ujar Jannah.

Mereka memandang sesama sendiri , sebelum menjawab.

"Kami tentera darat, dari 3RAMD Kem Lok Kawi. Kenapa cik ? " Ujar salah seorang dari mereka semula.

"Oh darat.. Terima kasih, maaf mengganggu. "Balas nya sopan. Lalu Jannah kembali menarik nafas lega dan masuk semula kedalam ruangan kecemasan.

Jannah kembali menyambung tugasannya , memeriksa sebanyak mungkin pesakit yang dia boleh rawat.

"Dokter !! Patient bed 13 , oksigen drop !" Jerit salah seorang jururawat bertugas.

Jannah yang baru selesai merawat pesakit di zon kuning mengambil nafas berat sewaktu mendengar jerittan jururawat tersebut. Baru kakinya mahu melangkah pergi ke pesakit di katil 13 tiba-tiba Amila menahannya sejenak.

"Aku pergi tengok, kau rest. " Ucap Amila dan terus pergi kearah katil pesakit 13.

Jannah hanya mengikuti arahan Amila , dia duduk dan mengambil nafas sebentar untuk bertenang. Tanpa sedar tangannya naik memegang dada, terasa nyeri. Baru dia teringat dia belum pam susu badan lagi harini, terlalu sibuk sampai terlupa keperluan anak kecilnya.

Zaryan , yang dah nak masuk usia 2 tahun tak lama lagi masih kuat menyusu badan. Susu tepung hanya nak waktu malam sahaja. Dalam kesibukan hari-hari panjang Nurjannah Auliya, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawab yang dia perlu jalankan. Walaupun Zaryan bukan anak kandungnya namun Zaryan adalah amanah buat dirinya.. Amanah dari Ivanis.

Seketika itu keadaan di Sabah pula berlainan. Sejak dari tadi , Ivan tidak senang duduk kerana masih memikirkan tentang ucapan Danny tadi. Sedaya upaya dia menyembunyi kan riak wajahnya yang mula mendingin.

"Bro , kau okay tak ?" Pertanyaan itu tiba tiba dianjurkan .

Ivan menoleh, Aryan rupanya.

"Okay." Balas lelaki itu sepatah.

Aryan perasan, Ivan mula menjauhkan diri darinya namun dia tidak endah kan perasaan nya sendiri. Bagi lelaki itu , hubungan persahabatan mereka adalah yang terpenting sekali.

"Aku ada buat apa-apa ke sampai kau dingin macam ni dengan aku?" Tanya Aryan sekali lagi.

"Kau tu..Ada sorok apa-apa ke dari aku ?" Ujar nya kembali. Bukan lah jawapan, namun satu pertanyaan bahaya yang kembali Ivan tanya kan.

"Sorok apa pulak kau ni, aku tak faham.. "balas Aryan. Sedaya upaya dia cuba mengingati segala pekara yang telah berlaku.

"Kau ada hati dengan tunang aku ke Aryan ?" Tanya Ivan , tanpa berdalih lagi.

"Apa benda kau merepek ni Qhal ?"Tanya nya semula , nada suara nya semakin serius.

"Aku tahu la Yan.. Kau tak payah nak sorok dah dari aku." Balas Ivan, terdengar suaranya yang menahan amarah.

"Sorok apa ni Qhal ? Siapa yang cuba nak fitnah aku suka kan tunang kau ni ?" Tanya Aryan, terdengar kesal dalam nada suaranya.

"Aku tak tahu la siapa punya angkara..Tapi aku jujur dengan kau, sikit pun aku tak pernah berniat nak rampas Jannah dari kau atau sukakan dia dalam diam. "Sambung nya lagi, tanpa menunggu jawapan dari Ivan.

Ivan tidak membalas namun dia hanya mendiamkan diri dan berpaling wajahnya dari melihat Aryan.

"Qhal.. Kita dah kawan lama, tak kan la aku nak tikam sahabat sendiri dari belakang ? Fikir la baik-baik.. Tapi aku betul-betul ikhlas dalam persahabatan kita,"ucap Aryan sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan Ivan sendirian disitu.

Dan akhirnya Ivan mengambil pilihan untuk pergi melakukan larian perlahan, demi menenang kan fikiran nya.

.

"Ya.. Jannah memang agak penat kebelakang ni." Ucap Amila , menjawab persoalan dari dalam talian.

"Hm takpela kalau macamtu.. Sya macam mana ? Awak okay ke ?" Ujar lelaki itu mesra.

"Saya okay je.. Awak tu , training macam mana okay ke ?" Tanya Amila semula , sambil tersengih - sengih menunggu jawapan.

"Penat..Tapi saya jadi okay bila dah dapat dengar suara awak." Ucap Danny selamba.

"Saya rindu.."Sambung lelaki itu lagi.

Serta merta lidah Amila menjadi kelu , ada rasa mahu menjerit , ada rasa mahu melompat , pelbagai rasa teruja yang dia simpan dan tak dapat dia tafsirkan apabila lelaki itu tiba-tiba menyatakan ucapan seperti itu.

"Aaa awak kenapa ni Riyy , tiba-tiba je ni ?"Ujar Amila Arisya , hairan.

"Tak ada apa, tapi saya cuma nak minta maaf dan bagitahu yang saya ikhlas sayangkan awak Amila."Ucap lelaki itu, ikhlas dan jujur.

"Eeee awak ni saje je kan nak bagi saya blushing malam-malam ni macam orang gila , dah la tak nak kawan awak." Balas Amila sedaya upaya menahan senyum nya.

"Hm.. Awak mesti tengah senyum kan ? Cantiknya awak senyum, rugi saya tak ada dekat depan mata awak untuk tengok senyuman awak." Ucap nya , bunyi macam mahu mengusik tapi nada suara nya seperti sungguh-sungguh.

"Ish , dah la Riyy. Saya kena sambung amik darah patient untuk hantar ke lab.. Awak rehat lah ye." Ucap Amila , sesungguhnya dia sudah tidak mampu nak menahan senyum apabila bercakap telefon dengan lelaki itu.

"Yeke nak amik darah patient ? Ke awak sebenarnya malu dengan saya ni, sayang ?" Tanya lelaki itu , sambil terdengar tawa halus di hujung bicara. Nampak sangat sengaja mahu mengusik Amila.

"Eeee benci la awak ni , suka mengusik saya. Dah la bye ! Nanti kita call lagi okay , rest well my commando. " Balas Amila , walaupun hanya bercakap dalam talian namun dia tetap tersenyum sambil malu-malu seperti lelaki itu ada di depan matanya.

"Iyela sayang.. Awak pun jangan lupa rehat, makan dan tidur yang cukup okay. Saya sayang awak." Ujar lelaki itu. Walaupun secara bersahaja namun ia amat memaksudkan nya.

"Iyee.. Selamat malam Riyy. Assalamualaikum."Ucap Amila , memberi salam untuk menyatakan pengunduran diri.

"Waalaikumussalam." Ucap Danny , sebelum panggilan telefon mereka berakhir.

Amila meneruskan tugasnya , Danny juga kembali meneruskan latihan ringan pada malam itu sebelum mereka berdua sama-sama beransur tidur untuk berehat.

__________________________________

Assalamualaikum untuk semua pembaca yang setia , pembaca yang baharu ataupun pembaca yang tidak sengaja membaca.. Saya memohon maaf atas keterlambatan mengemaskini chapter baharu, untuk pengetahuan semua saya batch 08 . Pada tahun 2025 ialah tahun yang mencabar dan terlalu sibuk buat saya dan rakan rakan kerana SPM dan akhirnya kita telah beralih ke 2026 , semua nya telah kembali seperti sedia kala . Saya tidak berjanji namun saya akan cuba buat yang terbaik untuk habiskan menulis cerita ini sehingga tamat. Maaf dari saya , terima kasih untuk semua kerana tak putus menyokong karya saya dan rakan rakan penulis yang lain.. Salam , jumpa lagi.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 06 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Takdir Kita ( OG ) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang