Bab 35 : Okaylah

1.7K 126 3
                                    

JB dan Mark saling berpandangan. Erine menarik nafasnya lalu menghembuskannya. "Korang masih bermusuh lagi ke?? Aku cuma nak cakap, kerjasama korang waktu permainan kat sekolah sangat bagus. Itu je" Erine pergi.

Jiya mendekatkan dirinya pada Erine. Ren yang menghilangkan diri akhirnya menunjukkan dirinya. "Sudah, Erine. Mereka kalau bermusuh, takkan ada endingnya" kata Ren.

"Aku tak ada mood nak cakap" JB bangun dan mengatur pergi.

"Aku pon"

"Mark,JB"panggil Jackson sebelum mereka berdua pergi.

"Aku rasa lebih baik kita bersama" kata Jackson.

Mereka tidak sanggup terpisah, itulah Got7. Takkan pernah berpecah kecuali situasi yang berlaku sekarang.

"Kalau kita mahu bermusuh, aku tak nak masuk campur. Aku nak masuk Got7 dan teman Yugyeom,hanya satu-satunya sahaja members dalam Got7" kata Jackson. Yugyeom melihat Jackson lalu tersenyum.

"Aku pon" Junior menyokong Jackson.

"Kami berdua"kata Youngjae sambil menepuk bahu Bambam kerana Bambam juga join dengan Youngjae. (Ayat apekah ini??)

Semua pergi ke Yugyeom.

Mark dan JB hanya berdiri.

"Kalau korang berdua masih musuh,
Jangan masukkan kami. Kami tidak mahu masuk campur" kata Junior.

"Mark,JB. Marilah masuk Got7 balik, kalau korang musuh antara satu sama lain, korang tetap members Got7. Please, kitaorang perlukan dua orang untuk cukupkan Got7" Yugyeom bersuara.

Mark mengeluh.

JB berdiam.

"Kalau macam tu, aku join"Mark telah membuat keputusan. Semua bersorak akan kehadiran Mark dalam Got7. Kini tinggal JB.

"JB,kitaorang kau jee...sebagai seorang ketua" Maknae Yugyeom merayu.

"..." tiada jawapan yang diberikan.

"Maaflah kalau aku ada buat salah tapi... Aku tak tahu apa jawapan aku" kata JB.

"Kalau kau tak nak masuk, tak payah. Aku tak simpati dengan kau" marah Mark yang lama menunggu jawapan JB.

"Mulut kau dah mula keluarkan suara,aku ingatkan kau tak ada suara" balas JB selepas mendengar Mark.

"Sudahlah Mark, aku rasa dia nak jadi members Got7 tapi kau halang dia" Jackson cuba menenangkan Mark.

"Korang nak tunggu ke, budak ni?? Lama menunggu... Bazir masa je!" marah Mark.

"Sudahlah Mark"

"Aku tak tahu mulut dia tak boleh senyap" JB memberi pandangan sinis kepada Mark.

"Sudahlah JB...."

"Seronok pulak, okaylah kalau macam tu, aku join korang" JB tersenyum manis tetapi pandangan maut diberikan pada Mark.

"Yeahh!!" Semua orang bersorak kecuali Mark yang balas balik pandangan marah pada JB.

***

Erine melihat ada sebuah kereta memarkir di depan kawasan rumahnya. "Siapa pulak tu??" Erine meninjau sedikit keluar.

Tok! Tok! Tok!

Seorang lelaki mengetuk pintu rumahnya. Erine masih teragak-agak mahu membuka pintu. "Erine...bukalah pintu" lelaki tersebut berkata.

"Siapa tu?!!" Erine membalas.

"Cepatlah buka,nanti ada syak!!" makin kuat suaranya.

Erine mengambil batang kayu yang keras. Tangannya perlahan-lahan memulas tombol pintu dan tangan sebelah lagi bersedia memegang batang kayu tersebut.

Tomboy Girl (Got7 Fanfic)Where stories live. Discover now