Bab 51: Cikgu Suzy

1.7K 134 19
                                    

Cikgu Suzy dalam perjalanan untuk pergi ke kelasnya untuk mengambil kedatangan. Dokumen peribada pelajar dalam genggaman Cikgu Suzy.
Cikgu Suzy membuka pintu, melihat pelajar-pelajar dia kurang matang dan bising. Diletakkan dokumen diatas meja. "Bangun, selamat pagi cikgu" Eunji sebagai ganti ketua kelas dan juga ganti Bomi.

Semua tunduk hormat.
Cikgu Suzy membalas.

"Saya guru baru di sekolah ni. Saya Cikgu Suzy dan saya mengajar kamu semua Math. Selamat berkenalan"

"Pergghhh.... Cantik dowh, Cikgu Suzy" bisik Jackson pada JB. JB mengendahkannya.

"Sexy" JB menutup mulut Jackson yang mengganggu dia.

Nampaknya BTS sudah membenarkan Got7 pergi ke sekolah. Lagipun, apa yang mereka nak buat dengan Got7?

"Awak yang disana, kenapa kamu tutup mulut dia?" tanya Cikgu Suzy tepat pada JB. JB memberhentikan perbuatannya.

"Dia kacau saya" balas JB. Jackson cuba mengorat Cikgu Suzy dengan bersiul. Cikgu Suzy mempedulikan Jackson.

"Baiklah, boleh tak kalau kamu semua memperkenalkan diri. Mula dari kamu, sambil-sambil tu saya ambil kedatangan" kata Cikgu Suzy pada Eunji berada di tepi barisan.

Selepas satu persatu memperkenalkan diri, kini giliran Erine. Erine tidak fokus langsung malah dia termenung sesuatu. Nampaknya dia sudah tukar tempat, dia duduk sebelah bapa saudara dia, Baekhyun.

"Erine"panggil Yugyeom di hadapan Erine.

"Erine" panggil Yugyeom lagi. Tiada jawapan.

Cikgu Suzy melihat Erine dari jauh. "Erine" panggil Yugyeom menepuk meja Erine. Erine berhenti lamunan dia.

"Apa dia?" tanya Erine pada Yugyeom.

"Pergi kenalkan diri depan cikgu Suzy" jawab Yugyeom lalu memandang depan. Erine bangun, dia membetulkan baju lalu memandanng Cikgu Suzy.

"Yes, my dear"

"Saya Kim Ye Rine...." kata-kata Erine tersekat melihat muka Cikgu di depan kelas dia. 'Kenapa macam kenal je Cikgu ni... Tapi kat mana?' hati kecil Erine berbicara.

Nampaknya mereka ber'eye' contact. "Kim Ye Rine, oraiitt.... Dah ke memperkenalkan diri?" tanya Cikgu Suzy. Erine duduk.

"Okay, Next"

Baekhyun bangun lalu memperkenalkan diri. Cikgu Suzy mengeluarkan fail peribadi kedua-dua pelajar yanv baru sahaja memperkenalkan diri. "Kim Ye Rine dan Byun Baekhyun, boleh tak kalau cikgu ubahkan tempat duduk kamu?" minta Cikgu Suzy.

"Cikgu nak kitaorang duduk kat mana?" tanya Baekhyun.

"Saya tahu bahawasanya kamu berdua tukar tempat untuk duduk bersama. Sekarang saya mahu duduk tempat asal kamu"

Mark memandang Cikgu Suzy pelik. Seperti ada sesuatu yang tak kena dengan Cikgu Suzy. Seperti dia mahu pisahkan Erine dan Baekhyun. "Cikgu, saya pon mahu tukar tempat" Mark menoleh kearah JB.

"Tukar tempat?"

"Saya nak duduk sebelah Erine" Mark melihat muka Cikgu Suzy tiba-tiba berubah, dia membetulkan kedudukan duduknya. Kepala dipanjangkan melihat fail yang ada diatas meja.

Yup, hanya ada fail Erine,Baekhyun dan Kai.

"Kalau itu kamu mahukan, cikgu benarkan"

***
"Baiklah tamat pembelajaran kita. Baekhyun, saya mahu jumpa awak di bilik guru. Eunji kutip buku latihan mereka dan hantar ke tempat saya" arah Cikgu Suzy sebelum keluar dari kelas.

Tomboy Girl (Got7 Fanfic)Where stories live. Discover now