Baekhyun P.O.V
Aku dapat panggilan dari Sehun bahwasanya Erine bergaduh dengan Ren. Tapi masalahnya aku ada hal pula dengan Cikgu Suzy ni. "Baekhyun, tunggulah sekejap. Cikgu nak beritahu sesuatu" Cikgu Suzy menghalang aku dengan menarik lengan aku dengan lembut.
"Maaf Cikgu tapi saya mahu pergi. Ada urusan"
"Tunggulah sekejap" Tangan Cikgu Suzy masih berpaut dengan tangan aku. Walaupun rasa janggal dan kekok, aku tetap akan cuba melepaskan diri.
"Cikgu saya ada hal" Aku menolak tangan Cikgu Suzy namun dia berkeras.
Cikgu ni lain daripada yang lain. Nampak sangat dia mahu menarik perhatian aku. Telefon aku asyik berdering sahaja. Aku mengangkat.
Sehun:Hyung kat mana??!!
Baekhyun: Sabarlah!! Kena uruskan Cikgu Suzy ni dulu
Sehun: Hyung, Erine sekarang dah lemah. Kalau dengan cikgu eloklah tu, ajak cikgu tu sekali supaya leraikan pergaduhan ni.
Talian terputus.
Ahhh!!! "CIKGU SAYA MINTA MAAF!!" Aku tolak Cikgu Suzy dengam kuat membuatkan dia melepaskan lengan aku. Aku terus lari ke tempat kejadian.
Chanyeol tunggu depan pintu bilik guru turut berlari dengan aku.
Setibanya ditempat kejadian,
Erine ditolak kuat sehingga terkena bucu meja. Aku hanya kaku melihat anak saudara aku tu. Dia bangun. Badan dia lemah, kini darah dia mengalir keluar dari kepala.
Dia berjalan dengan lemah seperti zombie pergi kearah Ren. Diberi penumbuk kepada Ren dengan kuat. Darah keluar banyak dari mulutnya.
"Kau ingat kau kuat sangat? Heh!" Erine ditolak ke dinding. Terdapat darah pada dinding. Erine tidak mampu berdiri. Dia hanya terduduk. Perlahan-lahan badannya baring ke lantai.
"Ren! Cukuplah tu..." JB menghalang Ren daripada menyerang. Rem seperti orang kena rasuk. Dia tetap juga mahu berlawam tetapi Jackson menghalangnya.
"Baekhyun!! Pergi ambil Erine. Biar kami uruskan Ren"
Tanpa berlengah dan membuang masa, aku berlari kearah Erine. Diangkat kepalanya dan diletakkan atas peha aku. Dipegang kepala anak saudaraku, darahnya mengalir sehingga ke tangan aku. Banyak juga darahnya.
"Pergi panggil Cikgu!!" arahku.
Dipegang muka anak saudaaraku, tak kira ada darah ataupun tidak. Pipi lembut anak saudaraku dibelai lembut. "Erine, bangun Rine.... Jangan tinggalkan oppa" kataku.
Erine sempat lagi senyum. "Mianhae Oppa" Dia memberi badan telefon yanh sudah hancur kepada aku.
"Apa maksud kamu, Mian?!!"
Air mataku hampir jatuh namun ditahan."Oppa, janganlah nangis.... Erine orang yang kuat percayalah!!" kata-kata Erine membuatkan aku menangis. Budak ni kan, kalautak bercakap boleh tak? Tengok, aku terpaksa menangis depan dia. Harap muka aku masih kacak.
"Janganlah cakap macam tu" Dipeluk kuat Erine. Air mataku jatuh ke mukanya.
Mata aku tertumpu pada Ren. Ren seperti kaku dan bersalah membuat tindakan tersebut. Perlahan-lahan kakinya melangkah pergi kearah Erine.
"Kau jangan gerak, aku tak nak kau dekat dengan dia" halangku.
"Baekhyun, Mianhae..."
-SKIP-
Di Hospital,
Kai menepuk belakangku dengan lembut. Dia memujuk aku suapaya jangan menangis. Suho juga tenangkan aku. Aku pula tak berhenti-henti nangis.
YOU ARE READING
Tomboy Girl (Got7 Fanfic)
FanfictionGot7 ialah group terkenal di sekolah. Group paling nakal dan paling comel. Mereka suka menyakat budak Junior di sekolah. Tetapi suasana berubah apabila tibanya seorang pelajar perempuan yang berani melawan mereka dan dia suka mahu menjadi lelaki. Da...