"Ahh!! Sakitnya!!" Erine bangun dari tidurnya. Melihat biliknya. Sakit kepala tidur lama sangat. Badannya juga lemah kerana tidak makan sehari.
Balutan lengaannya juga sudah lama tidur ditukarnya. Habis bakteria,kuman Virus merebak. Melihat mukanya dicermin.
"Aku tidur selama 1 hari... Daebak! Ponteng sekolah" kata Erine di depan cermin.
Erine pergi membersihkan diri. Membasuh muka dia betul-betul. Gosok gigi. Dan buatlah rutin harian sebagai manusia.
Selesai memakai baju, dia mengambil telefon pintarnya. Melihat Baekhyun menelefon beratus kali. "Woahh... Dah 201 miss call"
Tiba-tiba tekak terasa loya. Seperti ada sesuatu mahu keluar dari mulutnya. Dia berlari pergi ke tandas dan muntah dengan teruk.
Badannya lemah.
"Ahh!! Ni lah sebabnya orang suruh makan!!" Dia bersandar di dinding tandas. Melihat tangannya sudah lemah bergerak. Badannya juga penat mengeluarkan 'benda' dari mulutnya.
"Lebih baik aku baik aku ambil ubat" Erine dapat bertahan menahan sakit.
Dia menggapai kunci rumah dan juga telefonnya. Dia mengunci pintu rumah dan bermain skateboard dia. Walaupun lemah, dia tetap kuat untuk berjalan.
Ketika berada di bandar, melihat semua orang sibuk membuat kerja mereka. Ada yang menjual dan ada yang membeli. Erine masuk ke dalam klinik yanh berdekatan.
Ketika itulah juga, Jin dapat melihat dari jauh. "Bagus, baru satu hari tak jumpa dia. Dia dah tunjukka diri dia" bisik hati Jin tersenyum. Mark hanya menyilangkan tangannya dan melihat Jin cakap seorang diri.
"Apalah dia pandang? Klinik? Cakap sorang-sorang. Memang tak waras lah dia" bisik hati Mark.
"Jom, Mark. Ikut aku... Aku ada misi yang khas untuk kau" ajak Jin lalu membawa Mark ke suatu tempat.
Tempat yang sunyi dan gelap."Misi apa yang kau cakap?" kata Mark garang dan tegas. Jin mengeluarkan remote control dia.
"Dah pandai lawan aku. Baru je sehari" Jin memberi amaran. Mark diam. Tak sanggup lagi kena renjatan elektrik.
"Kau kenal budak Kim Ye Rine?" tanya Jin tersenyum sinis. Mark terkedu mendengar nama Erine.
"Kau kenal tak?" tanya Jin. Mark mengangguk.
"Aku nak kau bawa dia pada aku. Aku nak perkara mustahak pada dia" terang Jin.
"Apa yang kau nak buat pada dia?" tanya Mark. Jin ketawa.
"Adalah, masalah kami berdua. Sekarang aku baru nampak dia masuk klinik tu. Kalau dia keluar dari klinik kau kena bawa pada aku. Kalau tidak, aku akan main elektrik pada badan kau" kata Jin sambil bermain remote control dia.
"Tapi, korang dah janji tidak mahu ganggu kawan kami"
"Kau ingat aku nak ganggu kawan kau nama Kim Ye Rine tu ke? Tak, aku nak cakap dia sesuatu je" balas Jin.
"Sudah! Kau tunggu depan klinik tu, kalau dia keluar... Kau bawa terus dia kepada aku" kata Jin lalu menolak Mark keluar dari tempat tersebut. Mark terpaksa mengikut arahan Jin yang 'kejam' tu. Dia menunggu Erine di depan klinik.
"Kamu ni, kalau ye pon. Makanlah sedikit. Takkanlah kamu tak makan langsung selama sehari? Tahu tak bahagian dalaman kamu lemah. Tetapi fizikal kamu kuat macam badang. Saya syorkan kamu ambil ubat yang saya pilih. Lagi satu, jaga pemakanan kamu tu"pesan doktor. Erine mengangguk faham.
Dia mengambil ubat dan keluar dari klinik. Terkejut melihat Mark menunggunya di depan klinik sambil tersenyum. "Mark, kau tak pergi sekolah?" tanya Erine.
YOU ARE READING
Tomboy Girl (Got7 Fanfic)
FanfictionGot7 ialah group terkenal di sekolah. Group paling nakal dan paling comel. Mereka suka menyakat budak Junior di sekolah. Tetapi suasana berubah apabila tibanya seorang pelajar perempuan yang berani melawan mereka dan dia suka mahu menjadi lelaki. Da...