Boleh tak harini author update panjang-panjang? Sedang usahakan 1300 word. Arraso?
Waktu rehat,
"Erine!! Dah lama tak rehat bersama!!" sapa Jiya dari belakang. Erine tersenyum melihat dua orang sahabat berada dibelakang dia.
"Susah betul kalau kita berlainan kelas" kata Erine.
Ren hanya tersenyum. Kini dia banyak mendiamkan diri malah dia layan mesej dengan seseorang di dalam telefon dia. "Ren, macam mana dengan perniagaan kau? Okay?" tanya Erine melihat Ren hanya mendiamkan diri.
"Ahh... Okay je" jawab Ren gagap.
Mata Jiya tertarik pada mesej dalam telefon Ren. Nama 'BTS' tertera dalam telefon pintar Ren. Dia cuba baca isi kandungan perbualan Ren namun Ren menutup telefon dia.
"Ren, kau mesej dengan siapa tu?" tanya Jiya.
"T-Tak ada s-sesiapa"jawab Ren gagap. Dia meletakkan telefon dia dalam poket baju uniform dia.
"Ni mesti borak dengan boyfriend!!" Ejek Erine. Ren makin malu. Dia mempercepatkan langkah dia dan meninggalkan Jiya dan Erine dibelakang.
"Elehhh...cakaplah jelah dengan boyfriend" jerit Erine. Jiya memegang lengan Erine kuat.
"Erine, ada sesuatu aku nak beritahu kau" bisik Jiya membawa Erine ke satu tempat. Dimana pelajar tak nampak.
"Apa dia?"tanya Erine pelik melihat muka Jiya agak serius.
"Sekarang perangai Ren berubah, dia sekarang rapat dengan BTS. BTS selalu datang ke kedai dia dan dia selalu bagi makan percuma. Aku mengeshaki sesuatu Ren dengan BTS" bisik Jiya seperti detektif. Erine ketawa kecil melihat gelagat Jiya.
"Mungkin BTS dah Ren kawan je kot" Erine berfikiran positif tetapi dalam hati bukan main risau lagi.
"Tak mungkin, dia sekarang selalu bermesej, berwasap dan berchat dengan BTS. Terutama sekali dengan Jin. Kadang-kadang aku tanya siapa dia chat, dia kata kawan. Cara dia cakap macam ketakutan.
Kau tak mengeshaki sesuatu ke?"
Erine mula berfikir. "Kau biar betul?" tanya Erine untuk kepastian.
"Betul, pernah sekali aku cuba stalker telefon dia. Banyak betul dia berbual dengan Jin dan juga Jimin. Aku baca dia berbual dengan Jin, Jin seperti mengugut dia sesuatu. Aku pon tak tahu sebab tak baca habis"
"Kalau dengan Jimin?"
"Aku tak sempat nak baca"
Hati dua sahabat makin risau. Bila cerita tentang BTS masing-masing risau. "Boleh beritahu Ren dan BTS ada apa-apa hubungan tak suatu ketika dahulu?" tanya Erine.
"Hubungan Ren dengan BTS sama dengan Got7. Mereka bergaduh"
"Dan satu lagi,perangai kau sama dengan Ren masa dia jadi Tomboy dahalu..."
"Sama dengan Ren?" tanya Erine. Jiya mengangguk. "Sebijik, cuma dia hanya tukar gaya seperti lelaki"
Erine mula gelisah. Hati dia dah tenteram. Melihat sekeliling nasib baik tak ada orang mendengar.
"Apa sebernanya hubungan Ren dan BTS?"
***
Jiya dan Ren masuk ke dalam kelas selepas tamatnya rehat. Semua duduk di tempat masing-masing. Cikgu Suzy masuk ke dalam kelas. Dia mengganti guru yang tidak hadir di kelas mereka.
"Selamat sejahtera,cikgu" semua tunduk hormat.
"Baiklah, harini guru kamu tak hadir. Saya ganti. Saya pon tak tahu nak buat apa. Kalau nak mengajar, saya tak tahu mengajar bahasa inggeris. Jadi, kamu semua boleh buat kerja masing-masing" terang Cikgu Suzy. Semua mengangguk faham.
YOU ARE READING
Tomboy Girl (Got7 Fanfic)
FanficGot7 ialah group terkenal di sekolah. Group paling nakal dan paling comel. Mereka suka menyakat budak Junior di sekolah. Tetapi suasana berubah apabila tibanya seorang pelajar perempuan yang berani melawan mereka dan dia suka mahu menjadi lelaki. Da...