Bab 45: Got7 meet BTS

1.6K 129 7
                                    

"Hyung, macam mana ni?" tanya Yugyeom risau. Disebabkan BTS, Bomi masuk hospital. Disebabkan BTS, Erine tidak datang sekolah.

JB mengurut dagunya. Tak tahu nak buat apa. "Next Target adalah Namjoo. Apa yang kita nak buat JB?" tanya Junior. JB cuba berfikir.

"Tanyalah Mark Hyung! Dia paling tua!" marah JB sambil mengurut dahinya pulak. Penat memikirkan keadaan.

Semua mata tertumpu pada Mark. Mark memandang setiap members. Dia menarik nafas panjang. "Aku rasa baik kita lawan BTS" Mark memberikan keputusan.

"Kau biar betul Mark?!! Kau nak jadi hamba BTS lagi ke?? Mark aku tak sanggup"pinta Jackson sambil memandang sayu pada mata Mark.

"Kita tak boleh buat apa-apa. Dah takdir Jackson. Kita semua kena terima takdir ni. Bomi masuk hospital, kemungkinan dia tak boleh mengandung. Kalau dia boleh mengandung, takpelah juga. Tak serius sangat. Kemungkinan tak boleh mengandung. Siapa mahu tanggung? BTS takkanlah, mesti mereka salahkan kita. Aku tak nak tu berlaku pada Namjoo. Kita dan Apink sudah berbaik. Kita selalu buli mereka daj inilah masanya kita perlu menjaga mereka dengan elok

Mereka teruk kena buli dengan kita. Takkan kita nak biarkan mereka kena belasah dengan BTS? Kesian mereka. Kita sebagai Got7 sepatutnya bersatu demi kawan kita" Mark memberi ucapan yang membuatkan semua terdiam. Masing-masing menunduk memandang lantai.

"Betul kata Mark, kalau kita jaga maruah orang lain. Maruah kita juga akan terjaga" JB bersetuju dengan kata-kata Mark.

"Got7! Walaupun mereka mencemarkan nama kita. Kita tetap akan bersatu!!" jerit Jackson. Junior bangun dari tempat duduknya.

Tetapi barisan dongsaeng masih memikirkan nasib mereka. Mereka masih muda menerima semua ni. "Sudahlah... Kami akan sentiasa jaga korang. Jangan risau" Kata Junior memandang Yugyeom.

Bambam mengangkat mukannya. Dia menggoyangkan bahu Youngjae. Youngjae bangun. Dia sanggup berhadapan dengan musuh dia. Tinggal maknae, Yugyeom. "Aku tak sanggup, hyung! Aku tak sanggup jadi hamba BTS lagi!!" kata Yugyeom hampir menangis.

"Gyeom, kami pon tak sanggup. Tapi

Gyeom sanggup ke tengok kawan-kawan kita kena belasah disebabkan kita. Kita kena lawan mereka seperti seorang lelaki" pujuk Jackson.

"Sudahlah Yugyeom. Janganlah nagis. Kami semua akan cuba mempertahankan kau, Gyeom" Junior juga memujuk Yugyeom. Yugyeom menutup mukanya.

"Gyeom" semua pergi kearah Yugyeom. Semua memeluk Yugyeom dengan erat.

"Kita kan Got7. Kita kuat menghadapi semu ni" kata JB menenangkan Yugyeom lalu mengelap air mata Yugyeom. Yugyeom memegang tangan JB kuat.

"Aku boleh lakukan!!"

"Macam tulah, Maknae kita!!!" sorak Got7.

***

Got7 melepaskan keluhan berat. Kaki mereka melangkah pergi ke tempat lepak BTS. Gelanggang Basketball. Jackson memandang Yugyeom. Yugyeom mengangguk yakin.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja apa yang BTS mahu lakukan. JB orang pertama masuk ke dalam gelanggang. Ketika itu hanya Suga sahaja di dalam gelanggang bersama bola keranjang.

"Woahhh.... Got7" kata Suga.

"Kenapa muka macam kalah je??" tanya Suga jahat melihat muka Got7 sedikit takut terutama maknae,Yugyeom.

Members BTS masuk ke dalam gelanggang. Terkejut melihat members Got7 berada di dalam gelanggang. "Fuyooo!!! Got7 in court Yoo!!" jerit RapMon.

Jin menepuk tangannya. Matanya tertumpu pada Mark.

Tomboy Girl (Got7 Fanfic)Where stories live. Discover now