Jhope berjalan sebelah Yugyeom sambil makan aiskrim. Dia menjeling Yugyeom yang khusyuk membaca buku matematik. 'Apa lah dia baca ni?' bisik hati Jhope.
Dia merampas buku matematik dari Yugyeom. Aiskrim batang dibuang di dalam tong sampah walaupun masih bersisa. "Meh, sini aku tengok apa yang kau baca tu" tanya Jhope.
Dibelek muka surat dalam buku. "Hmmm.... Kau suka ke matematik ke?" tanya Jhope pada Yugyeom.
"Tak sangat tapi aku ada ujian matematik sekejap lagi. Jadi kenalah baca"
"Yo, kalau nak matematik cemerlang. Tak perlu baca buku, kau hanya perlu banyakkan latihan. Tak macam aku, matematik aku 24% je..."
"Eloklah tu, Hyung. Kita dapat 25% je..."
"Kita sama nasib" Jhope memeluk Yugyeom kerana sama nasib matematik fail.
Dalam perjalanan, mereka selalu betanya soalan sifir. "4×7 = ?" tanya Yugyeom pada Jhope. Jhope berfikir. Dia meletakkan jarinya di dagu dan memandang langit.
"63?"
"Deng! Salah" ejek Yugyeom.
"Bukan 63 ke?" Yugyeom geleng.
"Heyhh, 4×7 = 63 kan??" Jhope bertanya pada gadis lalu disebelah dia. Gadis tersebut hanyalah diam. Siapa berani nak cakap dengan BTS?
"4×7 = 63 kan??" tanya Jhope. Gadis tersebut menggeleng. Yugyeom menahan ketawanya, tak percaya Jhope salah jawab.
"Bukan 63 ke??" kini, Jhope memegang baju kolar Yugyeom tanda tak percaya. Yugyeom mengangkat bahu dia.
"Baru aku tahu kenapa aku teruk matematik. Sifir pon aku tak hafal" Jhope melepaskan Yugyeom.
"Hyung!!" Yugyeom menarik Jhope sembunyi di sebalik dinding.
"Apahal dengan kau ni?!!"marah Jhope.
"Shhhh.... Cer tengok tu" Yugyeom menunjukkan jari telunjuk pada sekumpulan orang. Jhope melihat tempat Yugyeom tunjuk. Dia mengecilkan mata dia.
Ada sekumpulan 'manusia' mengelilingi seorang gadis. Dihentak badan gadis tersebut ke dinding. Kumpulan tersebut terdiri daripada 4 orang lelaki dan 2 perempuan.
Apabila perempuan tersebut lemah dan jatuh pengsan. Salah seorang dari lelaki tersebut mengeluarkan picagari dan kawan dia mengoyakkan baju lengan gadis tersebut. Picagari dimasukkan ke dalam lengan dan menekan sehingga cecair di dalam masuk ke dalam badann.
"Apa yang diorang buat tu?" bisik Jhope pada Yugyeom.
"Tak tahu"
Seorang lelaki sado mengangkat gadis tersebut ke dalam kereta. Diikuti dengan kawan-kawan dia juga. "Sini, ikut aku" ajak Jhope lalu pergi dari situ sebelum kereta tersebut pergi.
Yugyeom ikut dari belakang. Mereka berhati-hati supaya mereka tidak nampak oleh mereka. "Apa yang hyung nak buat?" tanya Yugyeom apabila melihat Jhope mengeluarkan telefon pintar dia.
"Ambil nombor plat kereta" kata Jhope. Yugyeom mengangguk perlahan.
Tiba-tiba dari belakang, Yugyeom dipukul dan jatuh tetapi masih sedar. Dia dapat melihat seorang lelaki memegang batang kayu yang keras. Lelaki tersebut memukul Jhope.
Telefon pintar Jhope terjatuh, seorang perempuan mengambil dan membuang gambar tersebut. Perempuan tersebut melihat muka Yugyeom betul-betul, "macam pernah nampak muka budak ni" kata perempuan tersebut.
Jhope mengejutkan Yugyeom yang masih terbaring. Yugyeom membetulkan duduk dia. Dia duduk melihat 'manusia' di depan dia. Mereka seakan ketakutan. Yugyeom dapat mengecam muka perempuan tersebut.
YOU ARE READING
Tomboy Girl (Got7 Fanfic)
FanfictionGot7 ialah group terkenal di sekolah. Group paling nakal dan paling comel. Mereka suka menyakat budak Junior di sekolah. Tetapi suasana berubah apabila tibanya seorang pelajar perempuan yang berani melawan mereka dan dia suka mahu menjadi lelaki. Da...