Tak tahu nak tulis tajuk apa.
Erine menyilangkan tangan dia. Melihat Jackson sedang rancang bercerita depan Jiya dan Ren. Bukan main rancak lagi dia.
"Aniya!! Aniya!! Jangan dekat!!" ejek Jackson lalu memandang Erine. Erine hanya memberi senyuman palsu. Dia pura-pura tak dengar apa yang Jackson kata.
"Tskk... Tskk.... Pleasee, jangan dekat. Aku takut dengan kau!!" ejek Jackson lalu ketawa. Erine menendang kaki Jackson yang melampau mengejek dia depan 2 orang sahabat dia.
"Ahahahaahaha!" makin gila Jackson ketawa.
Semua di dalam kedai memandang Jackson pelik. Erine menutup muka dia. Mengambil tisu dan pergi kearah Jackson. "Seronok ejek orang?!!" disumbat tisu kedalam mulut Jackson.
Jackson tercekik tisu. Dia muntahkan tisu yang ditelannya. "YAH! Giler ke nak suruh nak makan tisu?!!" marah Jackson.
"Biarlah.... Janji mulut kau tu diam!!" marah Erine.
"Dia malu..... Sebab dia takut badut!!" ejek Jackson pada Erine. Erine menahan marah dia. Aishh, memang nak kena si Jackson ni!!
(Flashback)
"Aniya!!Aniya!!Jangan dekat!!" Erine ketakutan melihat badut di depan dia. Perlahan-lahan dia berundur kebelakang kerana badut di depan dia makin lama makin dekat.
"Rilekksslah, aku nak pulangkan duit ni je" kata badut tersebut.
"Tak payah!! Ambil jelah duit tu!!" marah Erine menutup muka dia. Kini dia tersekat. Tiada jalan untuk dia lari.
Pada ketika itu jugalah, Jackson jumpa Erine dengan badut. Dia pergi kearah mereka berdua. "Ni dah kenapa?" tanya Jackson. Badut tersebut memandang Jackson.
"Duit dia terbang, saya nak kasi kat dia. Tapi dia takut"kata badut tersebut.
"Dia takut dengan badut? Cuba sekali lagi pujuk dia" arah Jackson.
Badut tersebut dekat dengan Erine. Terdengar tangisan Erine. "Pleasee.... Jangan dekat aku! Aku takut dengan kau!!" pinta Erine. Badut tersebut berhenti. Melihat perempuan menangis sebab takut badut.
Jackson ketawa. Ini adalah kali pertama dalam sejarah hidup dia, melihat Erine menangis kerana takut badut. Boleh jadi trend ni!!
"Macam mana ni?" Tanya badut tersebut.
"Tak pe, awak pergi dulu. Biar aku uruskan dia. Lagipun dia kawan aku" kata Jackson lembut. Badut tersebut mengangguk. Dia memberi duit tersebut kepada Jackson.
Selepas badut tersebut pergi, Jackson pergi kearah Erine yang masih menangis. "Pssttt.... Tak sangka perempuan macam kau ni takut badut. Siap menangis lagi..."ejek Jackson.
Erine mengangkat muka. Jackson sedang memandang Erine tetapi mukanya menahan ketawa. "Mana badut tu?"
"Dah pergi"
"Ini kali pertama aku lihat Erine menangis" ejek Jackson. Tetapi tangannnya mengelap air mata Erine.
(End Flasback)Erine menahan malu dia. Menangis depan lelaki bagi dia malu sepanjang umur dia. Tak pernah pon dia menangis teresak-esak depan lelaki kecuali keluarga dia.
"Cukuplah tu ejek orang!!" Marah Erine. Aisshh... Habis jatuh maruah dia.
"Tak sangka, Erine takut badut" ejek Jiya tersenyum. Senyuman jahat terlekat dimuka.
"Erine,perempuan ganas takut dengan badut!!" Ejek Jackson.
"Erine takut badut!!" Ejek Jiya.
Panas telinga mendengar ejekan Jackson dan Jiya. Ren hanyalah tersenyum. Muka tanda dia menyindir. "Rileks Erine, bukan kau seorang takut dengan badut. Aku pon takut dengan badut" kata Ren lembut.
"Kau pon takut badut??" Terkejut Erine mendengar rakannya sendiri takut badut. Ren hanyalah mengangguk.
YOU ARE READING
Tomboy Girl (Got7 Fanfic)
FanfictionGot7 ialah group terkenal di sekolah. Group paling nakal dan paling comel. Mereka suka menyakat budak Junior di sekolah. Tetapi suasana berubah apabila tibanya seorang pelajar perempuan yang berani melawan mereka dan dia suka mahu menjadi lelaki. Da...