PROLOG

2.1K 104 21
                                    

Langkahnya terhenti. Pantas Chaelin memusingkan kepala ke belakang dan matanya meliar ke seluruh lorong kecil yang dilaluinya. Suasana yang gelap ditemani lampu yang agak malap yang menerangi lorong kecil itu cukup menyeramkan.

Chaelin ketakutan. Selama dia melalui lorong ini untuk pulang ke rumah, malam itulah merupakan malam yang paling menggerunkan baginya. Entahlah. Hatinya mengatakan nasib buruk bakal menimpa dirinya tetapi otak merangsang supaya berfikiran positif.

Dah tak ada cara lain. Takut ke tidak, dia perlu melalui lorong itu untuk cepat sampai ke rumahnya.

Peluhnya mula menitik di dahi. Telapak tangannya pula dirasakan basah akibat terlalu takut. Jantung pula langsung tidak berhenti berdenyut mengepam oksigen dan menghantar menerusi hemoglobin mengeluarkan karbon dioksida melalui salur pernafasan.

Walaupun author tak ambil subjek biologi, author masih ingat silibus subjek sains Tingkatan tiga XD.

Chaelin berjalan tanpa sedetik pun terfikir untuk menoleh ke belakang semula.

Dia berjalan.

Berjalan...

Berjalan...

Berjalan lagi...

Sehingga pembaca pun tertanya-tanya masalah author sebenarnya. Mungkinkah author bosan atau tak idea, author sendiri pun tak tahu.

Chaelin berhenti lagi buat kali kedua.

'Dia' pun turut berhenti.

Dalam lima tapak di belakang Chaelin.

Chaelin menelan air liur dengan rakus.

Tiba-tiba, lampu jalan yang menerangi lorong itu berkelip-kelip dan akhirnya terpadam menjadikan lorong itu sangat gelap. Tiada lagi cahaya.

Chaelin menjadi cuak, resah, gelisah dan ketakutan. Bulu romanya pula tegak berdiri apabila dapat merasakan seseorang di belakangnya semakin menghampirinya.

Dia tahu dia berada dalam situasi yang bahaya. Maka, melarikan diri sahaja satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri.

Tapi author tak menjamin apa-apa. XD

Dengan tenaga yang dia ada hasil dari dua biji burger yang disumbat ke dalam perut, Chaelin berlari dengan pantas meninggalkan 'dia' yang tercegat bagaikan tiang lampu. Hampir-hampir sahaja Chaelin jatuh berguling di atas jalan namun, sempat dia menyeimbangkan badannya dan meneruskan lariannya.

Tidak sampai tiga minit mengeluarkan peluh, Chaelin selamat tiba ke rumah dengan jayanya.

Apa lagi ya aku nak tulis...

Ok, masa masuk rumah, dia nampak mak dia baru tutup tv. Nak tidur. Ok, dah dapat idea nak sambung cerita ni. Tap! Tap! Tap!

Chaelin berasa lega tapi hatinya kuat mengatakan bahawa 'dia' masih lagi mengikutnya dari belakang. Chaelin terpandang lama pintu rumahnya.

"Kenapa nak?" soal ommanya kepada Chaelin. Chaelin tidak menghiraukan pertanyaan ibunya tetapi masih termenung ke arah pintu rumahnya, lama.

Jantungnya berdegup kencang selaju 200km/j.

Sedangkan harimau bintang pun berlari sejauh 110km/j, baru je tanya pak cik Google tadi.

Chaelin termenung lama...

Lama...

Kring! Kring!!!

Chaelin hampir terlompat bintang apabila telefon bimbitnya berdering. Chaelin segera mengeluarkan telefonnya dari kocek dan menjawab panggilan tersebut. Kedengaran sedikit keriuhan menyukarkan Chaelin mendengar suara si pemanggil.

Chaelin: Anyeong?

Puan Park: Chaelin-ah. Omma dengan appa kamu ada dinner kat rumah kawan omma. Pukul 10 malam nanti baru omma balik. Chaelin kalau lapar, makanan ada kat dapur. Jaga diri elok-elok tau sayang? Jangan bagi sesiapa masuk ke rumah orang. Ok? Bye.

Serta-merta panggilan ditamatkan.

Chaelin terkaku. Tangan kirinya menggeletar menyebabkan telefon di genggaman jatuh terhempas ke atas lantai.

"Omma tutup lampu ya, nak?" kata 'omma' dan lampu pun terpadam. Suasana ruang tamu menjadi gelap.

Chaelin tak mampu berkata-kata. Lidahnya kelu. Bibirnya kaku.

Walaupun Chaelin tak nampak apa yang berlaku di belakang, dia dapat merasakan bahawa ada seorang manusia sedang berdiri di belakangnya sambil menjulang pisau pemotong daging dan tunggu masa untuk dihayunkan ke arahnya.

*******

Nampak tak di situ? Bahawasanya author tak ada idea untuk memanjangkan bab ini kerana bab ini hanyalah mukadimah sahaja. Sekian.

Hihihi ~

YEOJAWhere stories live. Discover now