Sooyeon menoleh ke belakang. Jantungnya laju saja berdegup merasakan sesuatu yang tidak kena bakal berlaku. Air liurnya pun diteguk berkali-kali.
Angin pada petang itu sangat kuat dan menerbangkan segala objek kecil di sekitarnya. Sooyeon membetulkan beg sekolahnya dan meneruskan perjalanan. Tidak lagi dia terfikir untuk memusingkan kepala ke belakang tatkala melalui sebuah lorong di celahan bangunan.
Semenjak dia keluar dari kafe setelah dia meluangkan masa bersama-sama rakannya, hatinya selalu sahaja tidak tenang. Ada sahaja yang tidak kena sehinggakan kini, sudah lebih lima kali dia menoleh ke belakang.
Nalurinya kuat mengatakan bahawa seseorang sedang mengikutinya dari belakang. Walau bagaimanapun, dia cuba menyangkal nalurinya dan percaya pada akalnya. Akalnya pula cuba berfikiran positif.
"Aku dah tak sedap hati ni," bisik Sooyeon. Dilajukan kakinya untuk menuju ke destinasi dengan segera.
Setibanya dia di hadapan rumahnya, dia mengeluarkan segugus kunci dan cuba membuka pintunya.
"Haih! Masa macam nilah kunci-kunci ni buat hal. Mana kuncinya..." gumam Sooyeon lalu dibelek setiap kunci yang ada di tangannya. Ommanya pun satu. Terlalu banyak kunci yang diberi sehingga dia sendiri pun tidak tahu kunci mana yang perlu dipakai.
Sooyeon menggaru-garu kepalanya.
"Anak..."
Sooyeon menoleh ke belakang.
Bukk!
...............................
Gugusan kunci terlepas dari genggamannya. Cecair pekat mengalir membasahi lantai.
Manusia yang berdiri di hadapannya tersenyum meleret. Inilah masanya untuk membalas dendam.
*******
"Saya kat mana?"
Awak berada di syurga, sayang...
Jihyun: Author boleh tak jangan sibuk?
Biarlah. Karang aku kejutkan engkau dari mimpi ni baru tahu!
Jihyun: Hok aloh. Yalah, cepatlah mulakan babak ni. Readers pun tak sabar nak tunggu dan tertanya-tanya bila hero nak sampai.
Gelojohnya engkau. Engkau ikut je la skrip. Tidur balik!
Jihyun: Ok ok. Zzzzzz....
*******
Take two! Action!
*******
Jihyun mencelikkan matanya dan mendapati dia berada di satu tempat yang sangat... indah...
"Saya kat mana?" gumam Jihyun.
Jihyun bangun dari lenanya dan baru tersedar bahawa dia baring di atas rumput. Pokok-pokok kehijauan yang tumbuh subur dan rendang mengindahkan kawasan itu. Jihyun melihat dirinya yang bergaun biru muda paras lutut. (Anggap dia pakai gaun macam mv Me Gustas Tu huhuhu)
"Eh, crown apa ni?" Jihyun mencabut mahkota yang tersarung di kepalanya. Mahkota itu diperbuat daripada ranting kayu dan bertatahkan berlian permata berwarna perak. Mujurlah bukan milik Dato Seri Vida. Naya beb! Kena kejar sampai Pasir Puteh karang. Puteh jadinya. Crown mahal tu, beb!
Dia duduk bersimpuh di atas rumput sambil memejamkan matanya. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa kulitnya. Jihyun tersenyum sendiri. Indahnya hidup! Kalau boleh, nak saja dia tinggal di sini dan lupakan segala-galanya.
Jihyun ingin baring semula di atas rumput. Jihyun menggigit bibirnya. Kenapa empuk sangat rumput ni? Pelik.
Jihyun duduk semula lalu memandang belakang. Pada masa itu, cahaya matahari terpacak di atas kepala menyebabkan Jihyun agak silau.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...